Friday, May 27, 2016

Remaja 17 tahun uji bahan letupan dijel 12 tahun

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas didapati bersalah atas tuduhan mempromosikan keganasan di negara ini tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan membuat keputusan tersebut terhadap tertuduh selepas berpuas hati dengan laporan akhlak yang dikemukakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), rayuan pihak pembelaan dan hujahan pendakwaan terhadap remaja itu yang akan menyertai eksperimen untuk menguji bahan letupan di Gunung Nuang.

Nordin dalam penghakimannya berkata, kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius kerana ia melibatkan keselamatan orang awam.

“Perbuatan tersebut memberikan impak yang besar kepada keselamatan negara dan ia perlu ditangani kerana kita sentiasa berada dalam situasi gangguan dan serangan ideologi yang dibawa oleh pihak-pihak radikal tanpa mengikut lunas undang-undang.

“Mahkamah melihat masa depan remaja ini, bagaimanapun keselamatan orang ramai juga perlu diberi pertimbangan sewajarnya,” jelasnya.

Sumber: http://ift.tt/1TJBvWw