Sedutan video menunjukkan seorang wanita bergaduh dengan dua lelaki kerana masalah parkir
ST PETERSBURG – RUSIA. Seorang wanita pengsan selepas disembur penyembur lada selepas bergaduh dengan dua orang lelaki minggu lepas.
Laporan Dailymail mengatakan seorang lelaki bernama Vladislav Oreshkin dan seorang lagi lelaki cuba menghalang suami wanita berkenaan dari meletakkan keretanya di laluan pejalan kaki di St Petersburg.
Wanita itu yang hilang sabar kemudian menyerang kedua-dua lelaki dan mula bergaduh.
Ketika suaminya cuba meleraikan pergaduhan, beliau dan isterinya disembur penyembur lada oleh seorang lagi lelaki lain.
Mangsa dan suaminya kemudian dibawa ke hospital.
Salah seorang lelaki yang diserang juga dirawat kerana disyaki mengalami retak pada bahagian soket matanya.
Sementara itu, Vladislav memberitahu polis lelaki yang menggunakan penyembur lada tersebut hanya mahu mempertahankan diri.
“Wanita tersebut mengamuk dan menyerang lelaki berkenaan,” jelas Vladislav.