Quote:
|
BACHOK: Seorang lelaki cedera tulang belakang dan mata kiri selepas terjatuh dari pokok kelapa pada ketinggian lebih 14 meter di Kampung Tanjung Jenera, Beris Kubur Besar di sini, petang semalam Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, lelaki berusia 30-an berkenaan dikatakan memanjat pokok bagi mencuri kelapa di semak tepi sungai berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Jenera menjelang waktu berbuka puasa Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Bachok, Mohd Faizal Mohamed, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7 malam dan tiba di lokasi 15 minit kemudian Katanya, tiga anggota JPAM menemui seorang lelaki terbaring dan patah di belakang badan manakala darah keluar pada bahagian mata kirinya “Lelaki itu dihantar ke Wad Kecemasan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini Kejadian itu turut tersebar luas di laman sosial Facebook |