http://www.youtube.com/watch?v=w4Ci89ju9cQ
KUWAIT – Demi membuktikan kepada bekas kekasih dirinya masih ‘laku’, seorang lelaki Kuwait dilaporkan menikahi empat wanita pada hari sama.
Selain dianggap ‘bertuah’ oleh lelaki-lelaki di luar sana, foto-foto lelaki berusia 28 tahun itu bersama isteri-isterinya turut menjadi viral di media sosial.
Menurut komen-komen yang didapati di media sosial, lelaki itu bertindak demikian selepas bekas kekasihnya mencabar supaya mencari seorang wanita yang sudi mengahwininya, lapor Naij.Com News.
Bagaimanapun, lelaki itu bukan hanya mengahwini seorang wanita, tetapi empat!