Sunday, June 26, 2016

Lelaki maut dihempap batang besi


GUA MUSANG – Seorang lelaki terkorban selepas sebatang besi padu daripada sebuah lori terjatuh lalu menghempapnya dalam kejadian di Kilometer 57, Jalan Gua Musang-Lojing, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, mangsa, Mohamad Ameerul Asyraf Abdul Aziz, 26, yang memandu kereta BMW 523i, maut serta-merta di tempat kejadian.

Manakala bapanya, Abdul Aziz Zakaria, 54, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan tidak mengalami kecederaan.

Kedua-dua mangsa yang berasal Bandar Meru Raya, Ipoh, Perak dalam perjalanan menghala ke Gua Musang.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, ketika kejadian penumpang hadapan sempat mengawal kenderaan dengan memegang stereng kenderaan lalu berhenti di bahu jalan.

“Kita masih lagi mengesan pemandu lori dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang bagi proses bedah siasat,” jelasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

http://ift.tt/28YRRbW