Friday, June 24, 2016

Loji penapis minyak Petron di Port Dickson terbakar

http://www.youtube.com/watch?v=zMu7rxSzvbc



TELOK KEMANG 25 Jun – Sebahagian daripada loji penapis minyak milik syarikat Petron di Port Dickson di sini dipercayai musnah dalam satu kebakaran kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Difahamkan, kebakaran melibatkan paip saluran penerimaan di bahagian penapisan minyak.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, pihaknya yang terdiri daripada 22 anggota bersama empat jentera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 9.37 malam.

Pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dalam tempoh kira-kira dua jam kemudian, katanya ketika dihubungi di sini.

Ujarnya, tiada laporan kemalangan diterima dan punca kebakaran serta jumlah kerugian sedang disiasat.

– See more at: http://ift.tt/28Z8h3N