|
LOS ANGELES: Seramai 14 remaja cedera selepas tiga lelaki muda bersenjata melepaskan tembakan ke arah sekumpulan 150 remaja yang sedang berparti di sebuah rumah di California, kata polis Insiden awal pagi semalam di Bakersfield, 160 kilometer ke utara Los Angeles itu disifatkan polis sebagai kejadian tembak dan lari Dalam kejadian itu, tiga lelaki dipercayai remaja yang dikatakan diminta meninggalkan parti lebih awal, kembali ersama senjata api dan mula melepaskan tembakan ke arah tetamu Jurucakap Jabatan Sheriff Daerah Kern, Ray Pruitt, berkata kejadian berlaku sekitar jam 1 pagi apabila tiga remaja kulit hitam berusia antara 16 dan 19 tahun menghampiri lokasi parti dengan kereta, melepaskan tembakan rambang sebelum melarikan diri dengan kenderaan mereka “Kami percaya ada tetamu yang tidak diundang muncul ke parti berkenaan dan lama kelamaan keadaan menjadi tidak terkawal,” katanya Polis sedang mempertimbangkan untuk mendakwa ibu bapa remaja yang menganjurkan parti berkenaan kerana dipercayai menghidangkan minuman beralkohol dan dihadiri remaja bawah umur |
Saturday, July 16, 2016
14 cedera ditembak hadiri parti remaja
Quote: