Thursday, July 7, 2016

2 lelaki mati ditetak di Publika Solaris

KEADAAN mangsa yang maut dan seorang wanita putus tangan ditetak. FOTO ihsan pembaca

Kuala Lumpur: Dua lelaki maut manakala seorang wanita putus tangan selepas ditetak sekumpulan lelaki bertopeng di sebuah pusat hiburan di Jalan Dutamas 1, Sentul, kira-kira jam 11 malam tadi.

Sumber polis berkata, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv), dua buah kenderaan yang dinaiki sekumpulan lelaki berhenti di hadapan pusat hiburan itu dengan tiba-tiba sebelum menunjuk ke arah seorang mangsa yang duduk di hadapan pusat hiburan itu.

Katanya, kumpulan lelaki itu menyerang mangsa dengan parang beberapa kali sebelum meluru masuk ke dalam pusat hiburan pula dan menetak dua lagi mangsa termasuk wanita berkenaan yang bekerja sebagai juruwang di pusat hiburan berkenaan.

“Berdasarkan keterangan saksi kejadian dan orang awam di lokasi kejadian, semua suspek memakai topeng dan bersenjatakan parang.

“Selepas menetak semua mangsa, kumpulan suspek melarikan diri dengan menaiki kenderaan yang sama dan akibatnya, dua mangsa lelaki meninggal dunia di lokasi kejadian manakala wanita berkenaan putus tangannya dan difahamkan masih kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya kepada Harian Metro.

Susulan dari kejadian itu, pada jam 2 pagi tadi, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mencekup enam lelaki tempatan berusia 31 hingga 23 tahun di sekitar Lembah Klang.

Quote:

Kes Bunuh Di Publika Solaris, Pub Destiny, jln Dutamas 1, jln Duta KL. Sentul

Sentul Rpt/12048/16 Sek.302 -IO: Asp Stephen Genason.

Pengadu : Noores Wandy Bn Mohd (Anggota DCC Sentul ).

Tempat kejadian: dihadapan Pub Destiny, Publika, Solaris Dutamas 1, Jln Duta KL.

FAKTA KES – Pada 06.07.16 jam l/kurang 2300hrs ketika pengadu sedang bertugas di DCC IPD Sentul telah terima panggilan telepon MERS 999 dari seorang seorang lelaki cina yang kenalkan diri sebagai MR.YEE (Tel.016-*****) dan maklumkan pengadu bahawa beliau melihat 1 L/India telah menetak 1 Lelaki bangsa tidak pasti( si mati) dengan bersenjatakan parang.

SIASATAN AWAL DI TEMPAT KEJADIAN .

Tempat kejadian adalah dihadapan Pub Destiny, dimana daripada semakkan cctv didapati 2 buah kenderaan telah sampai dihadapan pub tersebut dan berhenti dan secara tiba-tiba keluar beberapa lelaki (disyaki india) menujuk ke arah pub tersebut dan, 1L saspek menunjuk kearah mangsa(si mati) yg sedang duduk dihadapan kaki Lima Pub dan terus menyerang bertubi-tubi, manakala saspek lain telah masuk ke arah dalam kawasan Pub tersebut tetapi tiada rakaman cctv.

Dalam siasatan awal di tempat kejadian setakat ini tiada saksi awam dikenal pasti tampil beri keterangan dan tiada saksi tampil beri maklumat mengenai diskripsi kesemua saspek dan butiran kenderaan yang digunakan saspek.

Beberapa orang awam dan pekerja berhampiran tempat kejadian telah ditemubual dan difahamkan kesemua saspek telah memakai topeng dan bersenjatakan parang dan kejadian telah berlaku begitu pantas dan selepas menetak mangsa kesemua saspek telahpun melarikan diri dengan menaiki kenderaan yang sama.

Dalam kejadian ini 3 orang( 2 L/ India & 1P/india) telah ditetak saspek dengan parang dan ketiga-tiga mangsa telah mengalami cedera parah, 2 mangsa (1L/India dan 1P/India) telahpun meninggal dunia setelah sampai di HKL, manakala 1L/India (mangsa) sedang dirawat di HKL dan difahamkan masih kritikal.

Butiran mangsa:-

1. Mogan a/l M. Sandran KP.95***** 21th ( meninggal dunia)
2. Mythurai a/p Raja. KP:93***** 23thn ( meninggal dunia)
3. Allen(nama panggilan). Dlm kritikal sedang dirawat.Butiran masih blm peroleh.

TANGKAPAN:-

Pada 7.7.16@0200hr Insp.Rama Rau Peg.D7 ipd sentul dan anggotanya telah menangkap 6 L/India yang disyaki terlibat dalam kejadian ini untuk siasatan lanjut.

Butiran OYDS:-
1. Parthiban al Arumugam, KP.89*****, Bt 8 jln klg Lama. PJ.
2. Tamil Arus al Sukumaran KP.88*****, PPR Bt.Muda, Kpg Bt Muda, jln Ipoh.KL.
3. Vinothan Panickar al Hari Govindan, KP.87*****, Bt Cave.S’ngor.
4. Surendren al Kupusamy, KP.95*****, Saujana Puchong. Puchong S’ngor.
5.Kuganeswaran A/L Kreshan Kp:85*****, BT 3 Shah Alam Selangor.
6.Madhavan A/L Kumar Kp:93*****, Sek 24 Shah Alam Selangor.

Kesemua saspek akan dipohon reman 7 hari untuk siasatan lanjut. Post mortem keatas si mati akan di jln oleh Dr.Siew Pathology Jab. Forensik HKL pada hari ini 7.7.16 @ 0930hrs.

Perkembangan siasatan kes ini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.




http://ift.tt/29sk1vv