Sunday, July 3, 2016

7 sekeluarga maut Myvi dirempuh lori di Jalan Gua Musang-Kuala Krai

Kemalangan yang mengorbankan tujuh sekeluarga di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat (RKT) KESEDAR Renok, awal pagi tadi. FOTO Ramli Ibrahim

Gua Musang: Tujuh sekeluarga maut, lapan cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Renok, di sini, awal pagi tadi.

Berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan pada 1.30 pagi itu mengorbankan pemandu dan penumpang kereta Perodua Myvi.

Difahamkan, kejadian dipercayai berpunca daripada lori lima tan yang datang dari arah Kuala Krai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Myvi itu.

Sebuah lagi Perodua Myvi dan Perodua Alza terbabit dalam kemalangan itu.

Mangsa yang maut dan cedera dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM), di sini.

http://ift.tt/29gk7au

Quote:

masa kejadian pkl 01:19 pagi
Bertarikh 04/07/2016

Kenderaan dan mangsa terlibat

1) 1 lori hini(2 lelaki india-cedera)
2) Kereta Alza(2lelaki melayu-cedera)
3) Kereta Myvi (1lelaki, 2 perempuan- cedera)
4) Kereta Myvi (2 lelaki- meninggal, 2 perempuan-meninggal, 2 bayi lelaki-meninggal, 1 kanak2 lelaki-meninggal, 1 bayi perempuan-cedera)

Jumlah kenderaan terlibat 1 lori, 3 kereta.

Jumlah Mangsa terlibat 15 org – 7 org meninggal, 8 org cedera