GOMBAK – Tindakan ala ‘MacGyver’ seorang kanak-kanak berusia 12 tahun yang cuba mengubah suai mercun bola mengundang padah apabila ‘bahan uji kaji’ itu meletup di sebuah taman permainan di Apartmen Sri Batu, Selayang di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 10 pagi, mangsa mengalami kecederaan parah selepas putus jari hantu dan manis manakala tapak tangan kanannya hampir terbelah dua.
Menurut saksi yang merupakan jiran mangsa, Mahadizan Hamzah, 40, ketika kejadian mangsa sedang bermain bersama dua lagi rakannya di taman permainan itu.
Mahadizan berkata, ketika sedang berehat di rumah, beliau mendengar letupan mercun yang amat kuat sebelum mangsa menjerit meminta pertolongan.
“Saya kemudian memberi rawatan kecemasan awal kepada si mangsa.
“Jari manis yang putus itu saya temui dan merendamnya bersama air batu. Kanak-kanak itu kemudian saya hantar ke hospital,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Artikel Penuh: http://ift.tt/29afha6