Monday, July 18, 2016

Diperkosa kali kedua perogol yang sama

Quote:

New Delhi: Seorang pelajar perempuan berusia 21 tahun sekali lagi menjadi mangsa rogol beramai-ramai dengan dua perogol terbabit sedang dibicarakan kerana merogolnya tiga tahun lalu

Menurut polis di Haryana dekat sini, mereka sedang memburu lima lelaki dengan dua daripadanya berada dalam jaminan menunggu perbicaraan kerana pernah merogol mangsa pada 2013

Pelajar itu diculik di luar kolejnya sebelum dia diberi dadah dan dirogol dalam kereta. Mangsa ditemui tidak sedarkan diri dalam semak di tepi satu lebuh raya malam Rabu lalu, di Haryana, yang berjiran dengan New Delhi

Ketua Polis Haryana, Pushpa Khatri, berkata dua lelaki itu dikenal pasti merogol mangsa di Bhiwandi pada 2013 dan pelajar itu masih dirawat di hospital

Keluarga mangsa mendakwa lima lelaki itu mengugut mereka supaya menarik balik laporan polis kejadian rogol pada 2013 menyebabkan keluarga itu berpindah ke daerah Rohtak kerana bimbangkan keselamatan