Friday, July 8, 2016

Pak Ali, pengusaha lemang tersohor meninggal dunia


Kuala Lumpur: Pengusaha lemang tersohor, Pak Ali, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat, pagi ini.

Allahyarham Pak Ali atau Md Ramli Abdul Rasip, 73, menghembuskan nafas terkahirnya di Hospital Ampang, pada 3.40 petang semalam.

Arwah Pak Ali memulakan pernigaan lemang pada 1984 dan gerai Gerai Pak Ali Lemang Asli adalah berdekatan susur masuk ke Taman Melawati.

Antara PETIKAN KATA arwah Pak Ali yang temubual oleh Bernama dan disiarkan BH Online pada 15 Julai 2015

“Memang beginilah keadaannya pada hari-hari terakhir Ramadan dan kami begitu sibuk kerana pelanggan meningkat mendadak serta berganda berbanding hari biasa. Ini disebabkan, pakcik tidak menjual ‘lemang rebus’,” katanya.

“Bagi mereka yang tahu dan hendak makanan sedap pastinya akan cari yang asli,” katanya.

“Saya menggunakan bahan seperti garam, santan dan beras pulut, sama saja dengan peniaga lain. Cuma, rasanya berbeza mungkin disebabkan sukatan dan kualiti bahan digunakan.”

“Aroma daripada santan dan pulut yang dibakar menggunakan kayu getah berbau harum dan boleh membangkitkan selera pelanggan singgah ke gerai kami. Kayu getah juga menjadikan lemang ini bertambah sedap,”.

“Satu hari secara purata, sebanyak 500 batang lemang akan dijual. Pernah satu ketika kami mendapat tempahan sebanyak 5,000 batang dan terpaksa mengambil masa tiga hari tiga malam untuk menyiapkannya,”.

http://ift.tt/29tbD1l