Wednesday, October 26, 2016

2 maut nahas Myvi bertembung Waja di Baling

Bomba memadamkan kebakaran Perodua Myvi yang terbakar selepas dipercayai dirempuh Proton Waja petang tadi. – Foto ihsan pembaca

BALING: Dua lelaki maut manakala dua lagi parah selepas kereta yang mereka naiki bertembung di Kampung Tas, Jalan Baling-Parit Panjang, dekat sini petang tadi.

Menurut jurucakap polis, nahas itu jam 4.30 petang membabitkan Perodua Myvi dan Proton Waja.

Katanya, pemandu Myvi, Muhamad Osman Zainol, 22, meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi yang belum dikenal pasti meninggal di Hospital Baling kira-kira dua jam kemudian.

Sementara itu, seorang lagi penumpang Myvi dan pemandu Waja, Muhammad Almiqdad Abdul Rashid, 25, cedera dan dirawat di Hospital Baling.

“Siasatan awal mendapati Myvi yang dipandu Muhamad Osman bersama dua rakannya yang juga adik beradik dalam perjalanan menuju ke Parit Panjang.

“Apabila tiba di lokasi kejadian, Proton Waja yang dipandu Muhammad Almiqdad dari arah Parit Panjang cuba memotong sebuah kenderaan tetapi bertembung dengan Myvi,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, rempuhan itu menyebabkan Myvi terbabas ke kiri jalan sebelum terbakar.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu hingga menyebabkan kematian,” katanya.

Quote:







http://ift.tt/2f7rVyL