Quote:
|
KUALA LUMPUR 28 Okt. – Sebanyak 3.15 juta rakyat Selangor menggunakan perkhidmatan Bas Smart Selangor di semua laluan sejak dilancarkan pada Julai 2015 hingga September tahun ini Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) dan Pengangkutan, Datuk Teng Chang Khim berkata, daripada jumlah tersebut, kawasan dibawah pentadbiran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) antara kawasan paling popular mengguna perkhidmatan percuma tersebut dengan catatan angka seramai 590 pengguna di semua laluan sedia ada “MPSJ merupakan kawasan yang berjaya menarik minat orang ramai untuk menggunakan pengangkutan awam terutamanya penggunaan Bas Smart Selangor “Dengan kejayaan itu, kita akan memperluasman usaha ini bagi memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengguna,” katanya ketika berucap merasmikan majlis Pelancaran Bas Smart Selangor Bagi Laluan Baru di sini hari ini |