|
SUNGAI PETANI – Lima remaja berusia antara 16 dan 17 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pergaduhan dan penyebaran viral palsu berbaur hasutan mengajak orang ramai berkumpul dan bergaduh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, polis turut menerima mesej viral tersebut yang berniat meminta orang ramai berkumpul di belakang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Ria pada 27 Oktober jam 1.30 petang untuk bergaduh Menurutnya, dalam mesej tersebut bertulis, Area Sungai Petani, pada hari Khamis 27/10/16, jam 1.30 berkumpul, jam 1.45 ‘get ready’ dan 1.50 gaduh besar-besaran. Tempat berkumpul di belakang kilang berhampiran SMK Taman Ria. Barang bebas bawak mai barang tajam pun takpa “Namun begitu, hasil siasatan polis mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada pergeselan motosikal antara dua pelajar di sekolah terbabit pada 19 Oktober lalu “Pada keesokan hari, kedua-dua pihak telah berbincang di perhentian bas berdekatan sekolah untuk penyelesaian namun gagal apabila masing-masing bergaduh dan cedera ringan akibat dipukul topi keledar,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda semalam Katanya, semalam (Selasa), polis turut menerima aduan dari pihak sekolah tentang kehadiran satu kumpulan di hadapan pagar sekolah jam 3 petang dengan membawa senjata rantai besi, batang besi dan kayu “Selepas mendapat aduan, kita telah menghantar pasukan peronda polis ke lokasi kejadian menyebabkan kumpulan yang berkumpul bersurai. Bagaimanapun, kita percaya ia mempunyai kaitan dengan kes yang diviralkan “Lima ditahan di mana kita percaya tiga daripadanya terlibat dalam penyebaran viral ini dan dua lagi pelajar terlibat dalam pergaduhan “Kesemua mereka telah direman bermula 26 hingga 29 Oktober 2016 bagi membantu siasatan,” katanya Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan Beliau turut menggesa orang ramai tidak mempercayai hasutan terbabit atau terlibat dalam kejadian sebegini dan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak serta bersiap sedia melakukan tindakan dan langkah pencegahan awal bagi mengelakkan ia berlaku |
Wednesday, October 26, 2016
5 remaja di tahan, Sebar viral hasut ajak bergaduh
Quote: