Thursday, October 13, 2016

Bot dipukul ombak, seorang nelayan hilang

Quote:

KUCHING: Seorang nelayan berjaya menyelamatkan diri selepas terjatuh ke dalam laut apabila bot yang dinaiki bersama seorang lagi rakannya dipukul ribut di perairan Tanjung Po, di sini, malam tadi

Jurucakap Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) berkata, bagaimanapun rakannya yang turut terjatuh dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu masih belum ditemui

Beliau berkata, nelayan yang selamat itu berjaya berenang ke tebing sebelum memaklumkan kejadian itu kepada penduduk kampung

“Laporan kejadian itu hanya diterima pada jam 6.30 pagi tadi dan operasi mencari dan menyelamat sudah digerakkan untuk mencari seorang nelayan yang masih hilang iaitu Razali Pet yang berumur 36 tahun

“Nelayan yang berjaya berenang ke tebing pula ialah Hamdi Jarawi dan kedua-duanya adalah penduduk Kampung Muara Tebas,” katanya

Beliau berkata, bot yang dinaiki dua nelayan terbabit sudah ditemui oleh penduduk kampung pagi tadi

“SAR kini digerakkan oleh dua kapal APMM dan semua agensi lain juga sudah dimaklumkan,” katanya

Selanjutnya di : http://ift.tt/2dRA2zC