Wednesday, October 12, 2016

Kata kena samun, sebenarnya tak mahu bayar denda hilang IC kali ke 4

Quote:

TELUK INTAN – Gara-gara ingin mengelak dari membayar denda RM300 ekoran kehilangan kad pengenalan, seorang buruh ditahan polis selepas membuat laporan palsu dia disamun

Lebih malang ia merupakan kali ke empat lelaki berkenaan kehilangan kad pengenalan

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, lelaki berusia 30 tahun itu, membuat laporan palsu di Balai Polis Teluk Intan, 10 Oktober lalu

“Menurut daripada laporan yang dibuat lelaki tersebut, dia di samun ketika menunggang motosikal di Langkap apabila ditahan seorang wanita Melayu meminta tolong untuk membelikan minyak motosikalnya yang habis

“Setelah berhenti dia didatangi dua lelaki India yang meletakkan parang di lehernya dan meminta menyerahkan semua barang berharga termasuk beg duit miliknya yang mengandungi kad pengenalannya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak, pagi tadi

Menurut Wan Hassan, bagaimanapun polis berasa ragu dengan laporan yang dilakukan lelaki tersebut dan menjalankan soal siasat bagi mendapat cerita sebenar

“Kerana tidak tahan disoal siasat pihak polis, lelaki terbabit akhirnya mengaku bahawa dia membuat laporan palsu kononnya dirinya disamun bagi mengelakkan membayar denda RM300 yang dikenakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

“Lelaki berkenaan disiasat menikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh di penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya

Wan Hassan turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu jika kehilangan kad pengenalan melainkan jika benar-benar di disamun

“Jika tidak anda bakal berhadapan dengan hukuman yang lebih berat,” katanya

http://ift.tt/2d6Gtxe