Wednesday, October 26, 2016

Kementerian Pendidikan perhalusi cadangan ganti UPSR – Mahdzir

Quote:

PADANG TERAP 27 Okt. – Kementerian Pendidikan akan mengadakan perjumpaan dengan semua pihak berkepentingan untuk perhalusi cadangan mengantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan ujian berasaskan pentaksiran

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sudah sampai masa ujian berorentasikan peperiksaan yang dilaksanakan pada masa ini dikaji semula bagi menilai pencapaian sebenar murid

“Kita tidak patut fokus kepada keputusan akademik semata-mata untuk menilai pencapaian murid. Mungkin kita boleh menggunakan model yang diguna pakai dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3),” katanya

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Masjid Baharu Kariah Pulau Kijang, di sini hari ini

http://ift.tt/2exKHOb