Quote:
|
JERTIH: Seorang lelaki dan isterinya yang baru pulang dari pasar raya, terkejut mendapati anak lelaki mereka berusia 27 tahun tergantung dalam rumah di Kampung Kubang Ikan, dekat sini, malam tadi Lelaki berusia 55 tahun berkenaan sebelum itu bersama isteri dan anak perempuannya tiba di rumah mereka pada kira-kira jam 10 malam, tetapi mendapati kediaman itu berkunci dari dalam Isterinya kemudian masuk melalui pintu dapur bersama anak perempuan mereka, namun tidak lama kemudian menjerit menyebabkan suaminya masuk ke dalam rumah dan terus ke tingkat atas kediaman sebelum melihat anak lelaki mereka tergantung Mereka kemudian membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut Ketua Polis daerah, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi, ketika dihubungi hari ini, mengesahkan polis menerima laporan berkenaan dan sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa Selanjutnya di : http://ift.tt/2dWQOvy |