Wednesday, October 12, 2016

Melaka keempat terbaik dalam senarai pendapatan perkapita negara

Quote:

AYER KEROH: Melaka berada pada tangga keempat apabila pendapatan perkapita negeri pada tahun lalu melebihi pencapaian di peringkat nasional

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, berkata berdasarkan laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, pendapatan perkapita negeri ini tahun lalu adalah RM39,853, berbanding RM37,104 di peringkat nasional

Katanya, angka terbaru itu menunjukkan perkembangan membanggakan buat Melaka, sekali gus memberi harapan cerah mencapai sasaran RM48,000 bagi pendapatan perkapita dengan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak tujuh peratus menjelang 2020

“Kita mahu pertumbuhan menggalakkan ini diteruskan serta dipertingkatkan dalam usaha memastikan pembangunan ekonomi negeri dapat melangkah ke tahap lebih tinggi, berbanding sebelumnya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri, di sini hari ini

Idris turut berbangga apabila Melaka diiktiraf sebagai negeri terbaik dalam menerima kadar kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) serta pelaburan langsung domestik (DDI) sepanjang 2014

Dalam isu lain, beliau meminta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Naim Abu Bakar mengadakan rundingan bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mat Ali Hassan berkaitan isu empangan air di kedua-dua negeri

Katanya, ia membabitkan projek pembinaan Empangan Jernih di Alor Gajah dan isu persempadanan Negeri Sembilan dan Melaka

“Beberapa isu timbul daripada projek berkenaan kerana sebahagian kawasan yang terbabit dalam pembinaan empangan itu di kawasan sempadan Melaka dan Negeri Sembilan

“Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) juga sudah memohon ulasan Kerajaan Negeri Sembilan berhubung pembinaan projek ini. Kerajaan Melaka bersetuju supaya ia diselesaikan menerusi rundingan oleh kedua-dua pihak,” katanya

Selanjutnya di : http://ift.tt/2e5pUTG