Thursday, October 13, 2016

Notis cuti di pintu kedai undang pencuri

Quote:

Segamat: Walaupun hanya tabung berisi syiling RM20 dilarikan pencuri namun pemilik premis menjual buah-buahan di Kampung Abdullah di sini, menerima pengajaran berguna

Lee Hong Cham, 60, berkata, dia silap kerana menampal notis tidak beroperasi kerana bercuti pada pintu premis perniagaannya

“Saya baru pulang dari Hattyai, Thailand jam 6 petang semalam (kelmarin) selepas bercuti tiga hari. Saya terkejut apabila mendapati pintu depan kedai kena pecah

“Saya memeriksa dalam kedai dan mendapati hanya tabung berisi syiling milik anak lelaki berusia tujuh tahun hilang,” katanya, semalam

Katanya, penjenayah bagaimanapun tidak melarikan rokok selain makanan dan buah-buahan

“Tujuan saya meletakkan notis pemberitahuan cuti itu bagi memudahkan pembekal buah-buahan supaya tidak perlu menghantar bekalan sepanjang tempoh berkenaan

“Tidak sangka penjenayah pula yang mengambil kesempatan memecah masuk kedai. Saya lebih berhati-hati pada masa depan,” katanya

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi menasihati orang ramai yang bercadang meninggalkan rumah dalam jangka masa panjang supaya memaklumkan kepada pihaknya

“Orang ramai boleh mengisi borang yang disediakan dan ia untuk memudahkan kami menghubungi pemilik premis sekiranya berlaku bencana atau sesuatu yang tidak diingini,” katanya

http://ift.tt/2dZst85