Wednesday, October 12, 2016

Pejawat Awam Di Malaysia Sangat Beruntung – Timb Menteri

Quote:

Pejawat Awam Di Malaysia Beruntung – Dr Hilmi

KOTA SAMARAHAN, 12 Okt (Bernama) — Penjawat awam sangat beruntung kerana kerajaan amat prihatin menjaga kebajikan mereka, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata kakitangan perkhidmatan awam dibayar gaji tinggi, pembayaran gaji tepat pada masanya serta pelbagai elaun dan insentif di samping mendapat kenaikan pangkat dan pencen selepas bersara daripada perkhidmatan.

Katanya, penjawat awam seharusnya merasa diri mereka beruntung berbanding mereka yang bekerja dalam sektor swasta yang tidak begitu terjamin masa depan mereka

Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya mengatakan sedemikian ketika majlis konvokesyen institute latihan Kementerian Kesihatan di UNIMAS hari ini