Friday, October 28, 2016

Pemandu bas dibakar hidup-hidup depan penumpang

Quote:

SYDNEY: Seorang penumpang menyimbah pemandu bas yang dinaikinya dengan cecair mudah terbakar dan membakar mangsa sehingga mati di depan penumpang lain yang ketakutan di Brisbane

Setakat ini tiada motif jelas pembunuhan lelaki berusia 29 tahun dinamakan media tempatan sebagai Manmeet Alisher, penyanyi terkenal dalam komuniti India Punjabi

Superintendan Polis, Jim Keogh, memberitahu wartawan ‘ia adalah kejadian ngeri berlaku di pinggir Moorooka yang tenang.’

“Ini sesuatu yang amat jarang, berlaku tanpa motif jelas. Pemandu bas yang menjalankan tugasnya, membantu komuniti, dan nyawanya diambil dengan cara paling tidak masuk akal dan sia-sia,” katanya

Suspek berusia 48 tahun itu ditangkap di perhentian bas dan kini dalam tahanan

Orang ramai menendang pintu belakang bas untuk menyelamatkan penumpang lain yang trauma dengan kejadian itu, kata Keogh

“Mujur keseluruhan bas tidak terbakar,” katanya

Ada enam penumpang lain dalam bas itu ketika kejadian dan mereka diberi rawatan kerana terhidu asap

Selanjutnya di : http://ift.tt/2eTyCRE