|
PENJELASAN BERKENAAN ISU PATI KIUB PORK JENAMA KNORR 26 OKTOBER 2016 M Viral berkenaan pati kiub pork jenama Knorr ini kembali menghantui dan mengundang keresahan dalam kalangan netizen di alam maya Untuk makluman, produk ini memang wujud dan terdapat di pasaran namun BUKAN DI PASARAN DAN BUKAN DIKILANGKAN DI MALAYSIA serta tiada pengesahan halal dari mana-mana badan Islam di beri untuk produk ini Perlu ditegaskan di sini bahawa produk jenama Knorr yang dikilangkan oleh Unilever Foods (Malaysia) Sdn Bhd mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga kini Justeru, masyarakat Islam diseru agar lebih bijak dan peka apabila menerima sesuatu maklumat. Jangan mempercayai maklumat yang tidak disahkan, serta perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum menyebarkan maklumat tersebut Sebarang kemusykilan mengenai produk-produk yang berada di pasaran, bolehlah di semak di www.halal.gov.my atau direktori Halal Malaysia di aplikasi telefon pintar MyJakim Unit Hal Ehwal Korporat
|
Wednesday, October 26, 2016
Penjelasan Isu Pati Kiub Pork Jenama Knorr – Bahagian Hab Halal JAKIM
Quote: