Thursday, October 27, 2016

Pesawat bawa calon Naib Presiden Republikan tergelincir ketika mendarat

Quote:

NEW YORK: Pesawat yang membawa calon Naib Presiden Republikan, Mike Pence, tergelincir dari landasan selepas mendarat dalam hujan di Lapangan Terbang LaGuardia pada Khamis, menyebabkan penerbangan lain terkandas sekurang-kurangnya sejam

Tiada yang cedera dalam kejadian yang berlaku tidak sampai dua minggu sebelum pemilihan presiden diadakan, hari kempen penting bagi Pence dan calon presiden, Donald Trump

Pence berikrar akan meneruskan kempen semula pada Jumaat

“Saya amat bersyukur semua orang dalam pesawat itu selamat. Saya berterima kasih kepada mereka yang mula tiba dan doa semua,” kata gabenor Indiana itu dalam Twitter selepas kejadian

Kira-kira jam 8.00 malam waktu tempatan, pegawai pengurusan kecemasan New York City berkata dalam Twitter lapangan terbang itu ditutup dan menggesa penumpang memeriksa dengan syarikat penerbangan untuk maklumat selanjutnya

Sejam kemudian, agensi itu berkata lapangan terbang dibuka semula, tetapi untuk perjalanan udara terhad, meminta penumpang menjangkakan kelewatan penerbangan

Populariti Trump dan Pence jatuh dalam tinjauan pandangan beberapa minggu ini, sebahagiannya disebabkan reaksi umum kepada penyiaran video yang menunjukkan Trump membuat komen lucah mengenai wanita dan berkata beliau boleh meraba kemaluan mereka kerana status selebritinya

Selanjutnya di : http://ift.tt/2eBzTi3