Wednesday, October 26, 2016

Seorang maut, dua sesak nafas hidu gas metana

Quote:

KEMAMAN – Seorang pekerja kontrak maut sementara dua rakan setugasnya sesak nafas teruk selepas terhidu gas ketika melakukan kerja pembersihan sebuah tangki gas metana di Loji Pemprosesan Gas Kerteh milik Petronas Gas Berhad (PGB)

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 petang semalam itu, Mohd Mazwan Mustafa Afandi, 35, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua rakannya, Mohd Zul Aizat Aziz, 23, dan Mohd Yaacob Badrishah, 24, bernasib baik kerana terselamat

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, insiden berlaku sebaik sahaja tiga mangsa terbabit memasuki tangki gas metana yang dikatakan telah dikosongkan untuk kerja penyelenggaraan dan berada pada ketinggian enam meter dari permukaan tanah

“Sejurus memasuki pintu tangki, Mohd Mazwan secara tiba-tiba tidak sedarkan diri menyebabkan dua rakan sekerjanya yang ketika itu masih berada di luar cuba masuk untuk membantu tapi sebaik sahaja masuk ke dalam tangki mereka sesak nafas

“Namun kedua-duanya sempat keluar semula dan Mohd Marwan kemudiannya dikeluarkan pasukan penyelamat loji itu sebelum dihantar ke klinik di kawasan industri itu sebelum disahkan telah meninggal dunia,” katanya

Mayat bapa kepada seorang anak itu tiba di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kemaman kira-kira jam 7 petang semalam untuk bedah siasat sementara dua lagi mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk mendapatkan rawatan lanjut dilaporkan berada dalam keadaan stabil

Sementara itu, PGB dalam kenyataan rasmi yang baharu dikeluarkan jam 1.15 tengah hari ini mengesahkan insiden itu belaku dalam loji miliknya melibatkan pekerja syarikat kontraktor yang dilantik melakukan kerja penyelengaraan

“PGB merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal dunia dan kami kini sedang menyiasat punca kejadian,” kata kenyataan itu

http://ift.tt/2eIsFsX