Friday, October 28, 2016

SPM bermula 7 November, 434,535 calon mendaftar

Quote:

PUTRAJAYA: Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan berlangsung pada 7 November hingga 6 Disember ini. Kementerian Pendidikan memaklumkan, seramai 434,535 calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan itu pada tahun ini di 3,732 pusat peperiksaan seluruh negara

Katanya, daripada jumlah itu, 377,194 orang (86.8 peratus) adalah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

“Seramai 9,094 orang (2.1 peratus) adalah calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan, 7,931 orang (1.8 peratus) calon Sekolah Menengah Agama Negeri dan 12,847 orang (tiga peratus) calon sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan

“Selain itu, 25,713 orang (5.9 peratus) adalah calon persendirian dan 1,756 orang (0.3 peratus) adalah calon Sekolah Menengah Agama Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Kementerian memaklumkan, seramai 32,220 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan itu berjalan lancar seperti yang dijadualkan

“Lembaga Peperiksaan mengingatkan semua calon supaya merujuk jadual waktu peperiksaan dan arahan serta amaran yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan. Jadual boleh dimuat turun daripada laman web Lembaga Peperiksaan di http://lp.moe.gov.my

“Calon juga diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar,” katanya

Selanjutnya di : http://ift.tt/2e2Xyag