Sebuah MP4 12C Spider McLaren musnah selepas melanggar sebuah kenderaan lain dalam kejadian lumba haram, semalam.
LOS ANGELES – AMERIKA SYARIKAT. Sebuah McLaren MP4 12C Spider musnah selepas melanggar sebuah kenderaan lain dalam kejadian lumba haram, semalam.
Menurut laporan Dailymail, supercar bernilai RM772,837 (harga di negara tersebut) berkenaan melanggar sebuah kereta jenis Audi berhampiran satu sekolah.
Ketika kejadian, pemandu supercar berkenaan memandu kenderaannya hampir 100km per jam di zon had laju 40km per jam.
Pemandu supercar dan Audi berkenaan dibawa ke hospital kerana kecederaan parah.
Pemilik supercar, Kenneth Lynch sebelum ini memuat naik foto supercar tersebut ke laman sosial sambil berkata ‘Malam ini saya berlumba’.
Siasatan awal polis mendapati sebuah kenderaan Dodger Charger dan BMW yang berlumba dengan supercar terbabit telah melarikan diri.
Polis masih mencari pemandu Dodge Charger dan BMW terbabit untuk membantu siasatan.