Tuesday, November 1, 2016

Sungai Nil bertukar keruh selepas hujan lebat, banjir

SUNGAI Nil bertukar ke warna coklat-kuning keruh selepas hujan lebat dan banjir. – Foto AP

KAHERAH: Rakyat Mesir minggu ini menyaksikan air Sungai Nil bertukar ke warna coklat-kuning keruh, akibat berhari-hari hujan lebat di sebahagian negara itu dan banjir selepas itu menghakis permukaan bukit batu kapur dan gunung serta membawanya ke laluan air.

Pihak berkuasa berkata, air keruh itu, kini dipenuhi mendakan, memaksa penutupan beberapa stesen air utama. Ia menyebabkan gangguan kepada bekalan air di sesetengah kawasan.

Mesir, negara yang kebanyakannya padang pasir dengan 92 juta, hampir keseluruhannya bergantung kepada Sungai Nil untuk pertanian dan air minum. Pakar melarang penduduk minum air paip.

Seorang pakar air, Ahmed el-Shennawi, memberitahu rangkaian televisyen Rotana, “perubahan warna kepada kuning adalah bencana dan kita perlu berhati-hati sehingga tapisan air diletakkan.” – AP

Selanjutnya di : http://ift.tt/2ffRbOF