Wednesday, November 2, 2016

Wanita diserang buaya ketika mandi dalam kolam renang

http://www.youtube.com/watch?v=nQRUzVR9vlM

GAMBAR daripada rakaman video menunjukkan seekor buaya menyerang Amilia Roberts dalam kolam mandi di sebuah vila di Lake Kariba, Zimbabwe, baru-baru ini. AGENSI

LAKE KARIBA 2 Nov. – Keseronokan percutian seorang wanita dan teman lelakinya dari Australia di sebuah vila di sini bertukar tragedi mengerikan apabila diserang seekor buaya ketika sedang mandi di dalam kolam renang vila tersebut, minggu lalu.

Rakaman video kejadian berkenaan yang dimuat naik dalam YouTube dan telah ditonton lebih 900,000 kali menunjukkan buaya itu menyelinap di ruang rehat sebelum memasuki kolam tersebut.

Menurut laporan news.com, mangsa, Brendan Fowler, 27, memberitahu The Sun, dia bertindak keluar dari kolam itu selepas terlihat buaya tersebut serta lari meninggalkan kekasihnya, Amilia Roberts, 22, seorang diri.

“Buaya itu seolah-olah terbang di atas bahu dan menerpa ke muka saya. Semuanya berlaku dengan pantas, sukar untuk berfikir jika berada dalam situasi sedemikian,” katanya.

Buaya berkenaan dilihat menggigit teman wanitanya dan bertambah agresif apabila Amilia berenang menyelamatkan diri ke bahagian lain kolam terbabit.

Wanita itu bernasib baik kerana hanya mengalami luka di bahagian siku, bahu dan belakang badannya.

– See more at: http://ift.tt/2eWiQHv