Wednesday, June 1, 2016

Ghairah hingga lupa tarik brek tangan, van terjunam ke bawah bukit

Sebuah van berwarna perak tersadai di tepi semak selepas terlajak ke arah kaki bukit Tantoberget di selatan Stockholm. — Foto ihsan Twitter/YB Södermalm

STOCKHOLM, 1 Jun — Polis Sweden memberi amaran kepada pasangan yang mahu melakukan hubungan seks di dalam kenderaan agar tidak terlupa menarik brek tangan.

Amaran itu dikeluarkan selepas van mini yang dijadikan tempat satu pasangan meluahkan rasa berahi mereka tiba-tiba meluncur menuruni bukit, lapor AFP.

Berdasarkan foto yang ditweet oleh polis daerah Sodermalm di sini, van tersebut tersadai di tepi semak selepas terlajak ke arah kaki bukit Tantoberget.

“Di puncak bukit Tanto, brek tangan tidak ditarik sewaktu satu pasangan terlalu ghairah melampiaskan nafsu. Utamakan keselamatan pada bila-bila masa,” kata polis di Twitter.

Menurut portal The Local pula, seorang wanita warga emas yang menyaksikan kereta itu menuruni bukit kemudian menghubungi pihak berkuasa.

Namun pasangan itu tidak mengalami kecederaan, hanya kenderaan tersebut yang rosak, kata anggota polis Johan Säftström.

– See more at: http://ift.tt/1PjhLa8