Wednesday, June 1, 2016

Lelaki menyamar anggota Paskal TLDM lengkap dengan senjata, baju kalis peluru


BAJU kalis peluru skuad Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) palsu turut dirampas daripada seorang suspek berusia 41 tahun yang menyamar sebagai seorang anggota TLDM ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah, Melaka.- Foto Muhammad Hatim Ab Manan

Alor Gajah: Lelaki yang menyamar sebagai anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditahan polis ketika memandu van di Kilometer 210 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, 3.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, senjata, peluru serta kelengkapan lain turut ditemui di dalam van itu.

Katanya, lelaki berusia 41 tahun yang lengkap berpakaian seragam PASKAL ditahan selepas unit kereta peronda (MPV) terserempak dengannya dalam keadaan mencurigakan, 3.45 pagi tadi.

“Curiga dengan kenderaan yang dipandu suspek dalam keadaan laju, anggota MPV kemudian menahannya sebelum mendapati suspek gagal menunjukkan kad kuasa PASKAL dengan memberi alasan tertinggal di rumah.

“Pemeriksaan dilakukan menemui tiga senapang, 77 butir peluru, dua pistol, walkie talkie serta beberapa alatan lain di dalam van berkenaan,” katanya.

Katanya, ketika ditahan suspek dikatakan dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

Supek kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 36 Akta Senjata Api 1960 Kanun Keseksaan.

Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai rekod kesalahan lampau membabitkan kesalahan sama dan pernah dipenjara enam bulan pada 2012.

http://ift.tt/1O4IZkA