ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun menghidupkan enjin kereta sebelum kenderaan itu merempuh sebuah kedai barangan telekomunikasi di Taman Vistana Indah, di sini, petang tadi.
Difahamkan dalam kejadian pada jam 3.20 petang itu, kanak-kanak lelaki terbabit menghidupkan enjin kereta berkenaan selepas diarahkan oleh ibunya yang sedang berada di pusat kecantikan di kawasan sekitar.
Ketika kejadian, kanak-kanak lelaki itu yang berada di dalam kereta bersama sepupunya berusia 12 tahun bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pemilik kedai, Md Shaifon Nizam Ahmad, 35, dia hanya mengetahui mengenai kejadian 10 minit selepas itu setelah dihubungi dua pekerjanya lalu bergegas ke kedai yang terletak kira-kira satu kilometer (km) dari rumahnya.
“Sebaik tiba, saya melihat kereta sudah tersadai di dalam kedai, manakala cermin kedai pecah.
“Mujurlah tiada kemalangan jiwa kerana dilaporkan dua kanak-kanak terbabit tidak mengalami kecederaan, namun masih trauma,” katanya.
Katanya, berikutan kejadian itu dia dianggarkan mengalami kerugian lebih RM20,000 berikutan cermin kedai pecah selain beberapa perabot dalam kedainya rosak.
Selanjutnya di : http://ift.tt/1t66voe