Friday, June 3, 2016

Wahid Omar tamat perkhidmatan sebagai Senator, Menteri esok

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengemaskan semua dokumennya sebelum menamatkan perkhidmatannya selaku Menteri itu pada 4 Jun ini.

PUTRAJAYA: Tempoh perkhidmatan Senator Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebagai Ahli Dewan Negara dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan tamat pada 4 Jun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan, berkata adalah menjadi hasrat Abdul Wahid untuk hanya berkhidmat bagi satu penggal ketika beliau menerima pelantikan ini pada 2013.

“Saya menerima keputusan Abdul Wahid untuk kembali ke sektor korporat sebagaimana yang telah dipersetujui pada 2013.

“Namun Abdul Wahid akan terus kekal sebagai Ahli Majlis Ekonomi yang dipengerusikan oleh saya pada setiap minggu.

Bagi Datuk Seri Wahid Omar, berada dalam barisan Kabinet untuk tempoh tiga tahun merupakan keistimewaan yang jarang diperoleh semua orang.

Beliau berkata ia merupakan satu penghormatan baginya apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjemput beliau menyertai Kabinet.

“Ia peluang yang jarang diperoleh orang lain tanpa bertanding dalam pilihan raya,” katanya pada sidang media di sini hari ini, sebelum menamatkan perkhidmatannya dalam kerajaan pada 4 Jun.

http://ift.tt/1t66UXA