Saturday, June 4, 2016

MB Kedah Jatuh Pengsan

ALOR SETAR – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah diberitakan telah jatuh pengsan petang tadi.

Menurut sumber SuaraTV, beliau telah jatuh pengsan selepas menghadiri perjumpaan dengan Ketua-ketua UMNO bahagian Kedah di Hotel Grand Alora.

Beliau telah dikejarkan ke Kedah Medical Center dan menurut sumber beliau jatuh pengsan pengsan gara-gara kepenatan.

Dalam pada itu,beliau sepatutnya dijadualkan menyertai perarakan calon BN di Sungai Besar itu terpaksa membatalkan niatnya setelah dimasukkan ke hospital. -SuaraTV.