Jerantut: Kesepian hidup sebatang kara dirasai memaksa seorang wanita warga emas membawa ayam peliharaan tinggal di dalam rumah.
Tanpa mempedulikan bau busuk najis haiwan itu, Rokiah Akob, 80, menjadikan lima ekor ayam peliharaannya sebagai ‘peneman’ untuk menghabiskan sisa-sisa hidup.
Wartawan Harian Metro dimaklumkan, warga emas itu menetap bersendirian selepas kematian suami dan anak lelakinya.
Ketika kunjungan wartawan bersama sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ke rumahnya di Kampung Bharu, di sini, najis ayam didapati memenuhi lantai rumah selain keadaan kediaman itu yang tidak terurus.
Difahamkan sebelum ini ada pihak bergotong-royong membersihkan rumah Rokiah namun ia kotor semula.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.