Quote:
|
ROME 27 Okt. – Sebanyak dua gempa bumi menggegarkan bahagian tengah Itali, semalam, dengan satu daripada gegaran itu berukuran 6.0 pada skala Richter yang berlaku di wilayah sama yang dilanda bencana yang mengorbankan hampir 300 orang, Ogos lalu Ketua jabatan pertahanan awam Itali, Fabrizio Curcio berkata, berpuluh-puluh orang diberikan rawatan kerana cedera ringan namun tiada kecederaan parah dilaporkan setakat ini Gempa itu dirasai di Rome mengakibatkan penduduk bertempiaran lari dari rumah ke jalan raya ketika gegaran kedua dirasai sehingga Venice di utara dan Naples di selatan ibu negara Itali berkenaan |