Wednesday, October 26, 2016

Pelancong Australia hilang di Mulu

Quote:

MULU: Seorang pelancong warga Australia berusia 26 tahun dilaporkan hilang ketika berkunjung ke Tapak Warisan Dunia, Taman Negara Mulu, utara Sarawak, kelmarin

Andrew Gaskeli memasuki taman negara berkenaan pada 20 Oktober dan sepatutnya balik ke rumah penginapan yang disewanya, keesokan hari

Bagaimana pun, selepas hampir seminggu pelancong itu masih gagal dihubungi rakannya yang khuatir mangsa ditimpa masalah dan membuat laporan polis di Balai Polis Miri, kelmarin

Jurucakap polis Miri ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes itu dan berkata, operasi mencari dan menyelamat disertai pihak anggota Bomba dan Penyelamat sudah dihantar ke lokasi kejadian

“Sejurus menerima laporan mengenai kejadian itu kelmarin kita terus melancarkan gerakan mencari dan menyelamat. Sehingga pagi ini belum ada maklumat mengenai mangsa,” katanya di sini, sebentar tadi

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, empat anggotanya dihantar ke Taman Negara Mulu menggunakan bot aluminium untuk membantu gerakan mencari dan menyelamat

Selanjutnya di : http://ift.tt/2dMF0rl