Monday, May 30, 2016

Russia bangunkan dron kamikaze

Drone Battlehawk. foto hiasan

KREMLIN – Russia akan mengubahsuai salah sebuah model dron yang digunakan sebagai kamikaze, kata media negara itu. Dron seumpama itu boleh digunakan untuk tujuan pertahanan udara atau menyediakan sokongan tektikal udara kepada unit darat.

“Sebuah dron yang boleh bertindak sama seperti sebuah kapal penyerang sedang dibangunkan. Ia akan meletup selepas terkena sasaran,” kata seorang sumber pertahanan kepada TASS.

Projek itu berasaskan sebuah model yang telah digunakan, tambah sumber, tanpa menyediakan maklumat lanjut.

Dikenali dron kamikaze, ia merupakan pesawat tanpa jurterbang kecil yang membawa bahan letupan.

Tidak seperti dron yang lebih besar yang melepaskan peluru berpandu ke arah sasaran, dron kamikaze ini terbang ke arahnya (sasaran) dan bersedia untuk diletupkan. Kelebihannya ialah ia lebih murah, ringan dan sukar dikesan.

Dron seperti ini sedang dibangunkan atau telah digunakan di beberapa buah negara. Pentagon memiliki pesawat tanpa pemandu (UAV) AeroVironment Switchblade seberat 2.7 kilogram yang direka untuk platun tentera darat.

Dengan jarak penerbangan sehingga 10 kilometer dalam masa 10 minit, ia boleh digunakan untuk menyerang sasaran yang terlindung seperti melakukan serangan hendap musuh.

Israel mempunyai Harpy and Harop, iaitu dron kamikaze yang dihasilkan Israel Aerospace Industri, ia digunakan untuk memusnahkan stesen radar musuhnya.

Dron kecil boleh menghampiri radar tanpa dikesan sehingga pada jarak terlalu dekat bagi mengelakkan dikesan sistem anti pesawat.

Amerika Syarikat didakwa menggunakan Harop di Azerbaijan dalam operasi serangan di wilayah Nagorni Karabakh untuk memusnahkan markas pemerintah baru-baru ini.


Harop killer drone on-display at the paris Airshow.

http://ift.tt/1REyxen