Tuesday, May 31, 2016

Pemimpin PAS Gantung Jubah, Sarung Baju Pahlawan Melayu

KOTA BHARU – PAS sangat sinonim dengan pakaian berjubah serta bersongkok ataupun berserban mencerminkan identiti Islam yang dibawa parti tersebut.

Walaubagaimanapun situasi tersebut berbeza apabila beberapa pemimpin utama PAS hadir ke Muktamar Pemuda parti semalam berpakaian lengkap bak pendekar silam Melayu siap dengan tengkolok di kepala serta keris terselit di samping.

Nyata penampilan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz: timbalannya, Muhammad Khalil Abdul Hadi mengejutkan ramai pihak.

Utusan Malaysia melaporkan, idea mengenakan pakaian pahlawan dicetuskan oleh Ketua Pemuda parti Nik Mohamad Abduh mahu menunjukkan bahawa pemuda mempunyai semangat dan kekuatan tersendiri.

Bercakap mengenai penampilan mereka, Tuan Ibrahim memuji inisiatif Pemuda PAS yang membawa kelainan dalam muktamar kali ini.

“Pakaian pahlawan Melayu ini mencerminkan budaya kita. Saya hari ini memakai tanjak dan berkeris, satu penampilan baharu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Tahniah Pemuda Pas yang mengemukakan idea seperti ini.

“Kekuatan pahlawan sebenarnya bukan terletak kepada baju semata-mata, namun lebih daripada itu ketika menentang musuh,” kata Tuan Ibrahim. – Malaysian Digest

Nelayan Didakwa ‘Sakitkan Hati’ TMJ Ditahan Atas Bot

JOHOR BAHRU — Seorang nelayan ditahan di atas botnya semasa berada di perairan Tenggara, Pulau Tioman semalam kerana dipercayai menghantar mesej berbaur jelik dan menghina Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim melalui laman sosial Facebook pada Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata bertindak atas maklumat, polis menahan nelayan berusia 46 tahun itu yang dipercayai pemilik akaun ‘Minah Pendek’ pada kira-kira 11 pagi semalam.

Beliau berkata pihaknya menerima dua laporan polis pada 8.20 pada dan 9 pagi Sabtu lepas berikutan penghantaran mesej jelik, menghina dan menyakitkan hati Tunku Ismail.

“Suspek didapati memuat naik mesej itu menerusi akaun Facebook atas nama ‘Minah Pendek’. Ekoran itu, kami membuka dua kertas siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Wan Ahmad Najmuddin berkata pihaknya turut merampas dua unit telefon bimbit bersama sim kad telefon bimbit daripada nelayan itu.

Nelayan itu akan direman untuk membantu siasatan kes mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya. — Bernama

Ramai Graduan Muflis Kerana Mahu Gaya Hidup Mewah – AKPK

KUALA NERUS – Terlalu mementingkan gaya hidup mewah dan takut dilabel sebagai miskin menjadi faktor utama kebanyakan graduan berumur bawah 30 tahun terperangkap dengan hutang dan seterusnya mengundang kepada muflis.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tasir berkata kebanyakan graduan membuat pinjaman bank dan menggunakan kad kredit semata-mata untuk hidup mewah meskipun sebenarnya ia di luar kemampuan mereka.

“Graduan ini biasanya berumur di bawah 30 tahun yang mana mereka baru menamatkan pengajian dan baru saja memasuki alam pekerjaan dan biasanya mereka masih belum mempunyai simpanan yang banyak tetapi mereka sangat cenderung untuk terikut-ikut dengan gaya hidup mewah.

“Kebanyakkan mereka membuat pinjaman bank dan menggunakan kad kredit untuk membeli gajet terbaharu dan pakaian mengikut trend selain untuk tujuan membeli kereta dan membayar pinjaman perumahan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara AKPK dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini, Selasa.

Turut hadir Dekan Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan UniSZA, Prof Dr Izah Mohd Tahir dan Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan UniSZA, rof Dr Ahmad Puad Mat Som.

Azaddin berkata sekiranya graduan tidak dapat menguruskan kewangan mereka dengan cara betul mereka akan terus dibelenggu hutang yang boleh mengundang muflis.

“Sehingga 30 April tahun ini, daripada 429,588 pelanggan yang mendapatkan khidmat nasihat daripada AKPK, 15 peratus daripadanya adalah mereka yang berusia 20 hingga 30 tahun dan 52 peratus daripadanya tidak tahu bagaimana untuk menguruskan wang dengan cara yang betul.

“Bagaimanapun hanya 35.1 peratus atau 150,706 orang menjalani Program Pengurusan Kredit dan daripada jumlah 150,706 ini kira-kira 80 peratus individu mampu membayar balik hutang selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada AKPK,” katanya.

Beliau berkata kegagalan 20 peratus lagi individu untuk membayar balik hutang adalah disebabkan perkara luar jangka seperti kehilangan pekerjaan.

Mengulas mengenai MoU itu, Azaddin berkata AKPK akan bekerjasama dengan UniSZA dari segi khidmat nasihat, kerjasama dalam latihan industri yang membolehkan pelajar dan kakitangan UniSZA ditempatkan di AKPK dan pegawai AKPK juga berpeluang melanjutkan pengajian di universiti tersebut.

“Kita berterima kasih kepada UniSZA yang sudi menjalinkan kerjasama dengan pihak kami dan kerjasama ini diharapkan dapat memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak,” katanya. – mstar

Pindaan Akta 533 Tidak Libatkan Hukuman Bunuh, Potong Tangan – Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, usul persendirian yang dibentangkan pas untuk meminda kuasa Mahakamah Syariah menerusi pindaan Akta 533 tidak melibatkan hukuman bunuh dan potong tangan pencuri.

Beliau berkata, pindaan Rang Undang-Undang (RUU) itu demi meningkatkan kuasa Mahkamah Syariah dalam sistem perundangan Islam yang melibatkan pemulihan serta meningkatkan beberapa perundangan Syariah berkaitan perkara am, seperti undang-undang keluarga, harta peninggalan dan waqaf.

“Hukuman jenayah berat dalam perkara Hudud dan Qisas seperti hukuman bunuh, memotong tangan pencuri seperti yang amat ditakuti DAP dan sepertinya tidak terlibat,” katanya memetik laporan Harakah Daily.

Sehubungan itu, beliau berkata, parti bukan Islam tidak perlu khuatir terhadap Pindaan tersebut kerana ia memerlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat untuk dilaksanakan.-SuaraTV

Tijah gergasi kejutkan penduduk kampung

Penduduk menunjukkan tijah gergasi yang lebih besar berbanding tijah biasa yang lazim ditemui di Sungai Batang Gergaji.

JABI – Penemuan siput tijah gergasi mengejutkan penduduk Kampung Batang Gergaji, di sini, baru-baru ini.

Yusof Abd Rahman, 50, yang lebih dikenali dengan panggilan Said berkata, enam siput tijah dengan berat kira-kira tiga kilogram itu ditemui beberapa penduduk yang menyertai pesta menimba ikan di sungai kampung berkenaan.

Menurutnya, hampir semua penduduk terkejut melihat saiz siput itu yang amat besar, berbanding saiz biasa sekitar tujuh sentimeter panjang sahaja.

“Saiz tijah dijumpai di sungai dikeringkan ini lebih besar, sehingga tiga hingga empat kali ganda daripada saiz tijah yang biasa ditemui,” katanya yang kali pertama menyertai pesta menimba di sungai berkenaan.

Menurut Said, penemuan siput itu menarik perhatian ramai untuk melihat dengan lebih dekat.

Katanya, penduduk percaya siput itu mengambil masa lama untuk membesar kerana sebelum ini tidak pernah ada pesta menimba dan menangkap ikan dilakukan di situ.

“Saya sendiri yang sudah berpuluh tahun terlibat dengan aktiviti menimba ikan, tidak pernah melihat siput seperti itu. Saiz siput itu yang besar menyebabkan isi lebih banyak dan enak,” katanya.

Said berkata, penduduk kampung diketuainya sendiri mencipta sejarah apabila menjadi kumpulan pertama mengadakan pesta menimba di situ.

Bagaimanapun katanya, hasil tangkapan tidak begitu memuaskan kerana hanya memperoleh 30 kilogram ikan terdiri daripada haruan, lampam jawa, keli dan pelbagai spesies lain.

http://ift.tt/1XeG5gH

Aznil Nafi Tuduhan Suntik Botoks

KUALA LUMPUR – Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau lebih dikenali sebagai Pak Nil, menyangkal dakwaan beliau mengambil suntikan botoks bagi mencantikkan wajah.

Pak Nil, 54 berkata, sejak dari dulu beliau memperuntukkan wang yang banyak demi menjaga penampilan wajah.

“Dahulunya, saya sanggup berhabis wang beribu-ribu ringgit sebulan demi menjaga penampilan wajah. Namun begitu, saya menyangkal dakwaan yang mengatakan saya mengambil suntikan botoks kerana ianya memudaratkan.

“Mustahil saya gunakan botoks kerana jika benar, pastinya saya tidak boleh memberikan reaksi wajah yang berbeza-beza, sama ada sedih, gembira atau pun terkejut setiap kali saya mengacarakan mana-mana program di kaca televisyen. Saya hanya melakukan rawatan yang selamat serta tidak membahayakan dan berjumpa dengan pakar dermatologi,” katanya lapor Astro Gempak.

Selain itu, Pak Nil turut muncul dengan produk penjagaan wajah jenama sendiri iaitu Anell by Aznil Nawawi.

“Menerusi Anell, saya menemui jalan penyelesaian untuk menjaga wajah secara murah dan selamat. Saya bersama dengan rakan kongsi, Aisyah Nik Jaafar berusaha mencari formulasi berkesan dalam merealisasikan Anell.-SuaraTV

Tak senang hati dengan Johor? Minta Najib pisahkan keluar Malaysia, cadang TMJ

Quote:

JOHOR BARU, 1 Jun — Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim mencadangkan semalam agar mereka yang tidak senang hati dengan Johor agar meluahkan perasaan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut putera Johor itu, para pengkritik boleh mengusulkan kepada Najib supaya negeri itu dikeluarkan daripada Malaysia.

“Sekiranya anda tidak senang hati dengan adanya Johor Darul Ta’zim di dalam Malaysia, anda boleh beramai-ramai berjumpa dengan YAB Perdana Menteri di Putrajaya untuk mengusulkan satu deklarasi kepada beliau untuk mengeluarkan negeri Johor dari Malaysia,” katanya dalam satu coretan di laman rasmi pasukan bola sepaknya, Johor Southern Tigers.

Menurut baginda, Johor telah lama wujud sejak 1885 berbanding kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957.

Baginda juga mendakwa Johor dibina bukan atas dasar perkauman, tetapi dibina atas kesatuan para penduduknya.

Coretan tersebut juga menyenaraikan beberapa nasihat untuk mereka yang cemburu dengan hubungan penduduk Johor dan pemimpin di negeri itu.

“Jangan salahkan negeri Johor jika pemimpin anda tidak bersama-sama dengan anda disaat negara menghadapi kecelaruan integriti dan krisis kepercayaan kerana kami di sini mempunyai pemimpin yang senantiasa memperjuangkan hak kami dan senantiasa berlaku jujur pada kami.

“Jangan salahkan negeri Johor jika pemimpin anda tidak berada di dalam negeri sendiri untuk anda mengadu nasib pada saat-saat diperlukan,” tambah coretan itu.


http://ift.tt/1r2tjmX ource=twitter.com&utm_campaign=buffer

Berang ditegur pukul isteri, anak belasah ibu ayah dengan kayu

KETUA Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin. – Foto Amran Hamid

ALOR SETAR: Berang kerana perbuatannya memukul isteri ditegur, seorang penganggur bertindak kurang ajar membelasah ibu dan bapanya menggunakan kayu sehingga cedera teruk.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata suspek yang berusia 33 tahun memukul kedua-dua mangsa kerana cuba menghalangnya daripada memukul isterinya akibat masalah rumah tangga di Kampung Teluk Jamat, Pokok Sena di sini, jam 9 malam kelmarin.

Katanya, suspek yang tinggal bersama orang tuanya itu memukul isteri sebelum ibunya yang berusia 60 tahun cuba menghalangnya.

“Tidak puas dengan tindakan itu, suspek mengambil kayu panjang lalu memukul ibunya bertubi-tubi sehingga menyebabkan kecederaan teruk di muka dan badan sebelum bapanya memarahinya dan cuba melawan.

“Berang dengan tindakan itu, suspek yang mempunyai anak berusia hampir setahun, kemudian turut memukul bapanya sehingga kedua-dua mangsa terjatuh dan tidak mampu melawan sebelum melarikan diri,” katanya yang ditemui di sini semalam.

Mohd Rozi berkata, kedua-dua ibu bapa suspek yang mengalami kecederaan teruk di muka, tangan dan kaki akibat dipukul bertubi-tubi kemudian dibantu isteri suspek.

Katanya, pihaknya yang mendapat laporan yang dibuat ibu suspek kemudian melakukan operasi memburu bagi mengesan suspek.

Suspek ditahan di sekitar kampung terbabit jam 12.15 tengah hari tadi semalam dan pemeriksaan menemui kayu yang digunakannya memukul mangsa.

“Siasatan lanjut juga mendapati suspek positif syabu dan kini ditahan sebelum perintah reman diperoleh,” katanya.

Selanjutnya di : http://ift.tt/1O3X5mi

GST Semakin Diterima Baik – PM DS Najib

Quote:

PUTRAJAYA: Walaupun dikritik hebat semasa dilaksanakan bermula 1 April tahun lepas, kini semakin ramai rakyat menerima baik pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana menyedari ia penyelamat ekonomi negara dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dilihat sebagai keputusan tidak popular kerajaan sehingga dijadikan senjata politik, beliau berkata pakar-pakar ekonomi berpendapat bahawa pelaksanaan GST merupakan langkah amat tepat kerajaan Malaysia.

Dengan ketidaktentuan ekonomi global dan tanpa pelaksanaan GST, Malaysia akan menghadapi krisis ekonomi yang amat serius seperti Greece, katanya.

“Secara keseluruhannya, kami bukan sebuah kerajaan yang lari daripada tanggungjawab untuk melaksanakan apa-apa keputusan yang difikirkan bagi kebaikan negara dan rakyat.

“Namun, niat baik dan tujuan murni kita disalahertikan oleh sesetengah pihak dan dijadikan isu politik walhal secara rasional dan waras, ia sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Hasil negara yang kukuh menyumbang kepada ekonomi resilien yang menentukan kesejahteraan rakyat terus terbela,” katanya.

Najib menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015 Perbendaharaan Malaysia di Kompleks Kementerian Kewangan di sini, Selasa.

Hadir sama ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chua Tee Yong dan Datuk Johari Abdul Ghani serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Malaysia mula melaksanakan GST pada kadar enam peratus pada 1 April 2015.

Najib berkata kutipan bersih GST bagi tempoh sembilan bulan tahun lepas adalah sebanyak RM27.01 bilion dan pada tahun ini dijangka meningkat RM39 bilion.

“Kutipan GST dipulangkan kepada rakyat dengan melaksanaka projek-projek utama seperti MRT, LRT, Lebuhraya Pan Borneo, Rapid Pengerang manakala projek-projek ICU masih kita laksanakan. Selain itu, kebajikan penjawat awam diteruskan termasuk kenaikan tahunan khas pada tahun ini, masih mampu dilaksanakan,” katanya.

Najib berkata ekonomi Malaysia dipengaruhi faktor luaran seperti ketidaktentuan ekonomi dunia berikutan kejatuhan harga minyak, penguncupan ekonomi China dan kenaikan kadar faedah Amerika Syarikat yang di luar kawalan kerajaan.

Maka beliau berkata pengawalan dalaman perlu dan membuat keputusan harus tepat untuk menyumbang dan mendorong pemacuan ekonomi negara walaupun faktor luaran menggugat dan menekan prestasi ekonomi negara.

“Lantaran itu, pencapaian ekonomi negara pada kadar 5 peratus pada tahun lepas dan 4.2 peratus pada suku pertama tahun ini boleh dianggap pencapaian yang amat baik bersandarkan kepada senario luaran yang tidak menentu dan lemah,” kata perdana menteri.


PAS Tentang Cubaan Guling PM – Dr Mahfodz

PASIR PUTEH – PAS kini lebih cenderung menggunakan diplomasi berbanding menjadi pembangkang secara membuta tuli dalam merungkai permasalahan yang timbul.

Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, berkata parti itu juga tidak bersetuju dengan percubaan menjatuhkan kerajaan dan menggulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita menolak sebarang usaha menyingkirkan Perdana Menteri jika yang menggantinya adalah orang UMNO juga.

“Kalau tukar PM (Perdana Menteri) dan yang menggantinya UMNO juga, tiada beza.

“PAS mahu menggunakan politik dengan menasihati dan bukan membangkang semata-mata. Ini yang kita panggil politik matang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucaptama pada majlis perasmian Dewan Ulama PAS ke-55 di Sweet Beach Resort di sini, malam tadi.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Idris Ahmad. – BH

Bandar Idlib Di Syria Bermandi Darah

BEIRUT – Lebih 60 orang awam terbunuh, manakala 200 yang lain cedera dalam serangan udara besar-besaran oleh tentera Rusia di hospital dan masjid di bandar Idlib, barat laut Syria, malam kelmarin.

Menurut Jurucakap Pertahawan Awam di Idlib, Abdurrazak Jubeiro, sebanyak tiga buah jet melancarkan 17 serangan udara ke arah beberapa sasaran termasuk Hospital Kebangsaan Ibn Sina, Hospital al Watani dan sebuah masjid.

Selain itu, bedilan bertubi-tubi oleh tentera Rusia turut mengenai beberapa buah kediaman, mengakibatkan penduduk terperangkap di bawah runtuhan.

Abdurrazak berkata, antara yang maut adalah wanita dan kanak-kanak ketika anggota pasukan pertahanan awam bertungkus lumus sepanjang malam menggali di sebalik sisa runtuhan bagi mencari mangsa yang cedera dan terkorban.

Katanya, dua buah hospital itu rosak teruk dan tidak dapat menyediakan perkhidmatan perubatan selepas ini.

Angka korban dijangka terus meningkat.

Pasukan Pertahanan Awam Idlib menerusi laman Facebook, turut berkongsi gambar me­nunjukkan anggotanya berjaya membawa keluar seorang kanak-kanak yang masih hidup daripada sisa runtuhan sebuah bangunan.

Dalam pada itu, Pengarah Badan Pemantau Hak Asasi Sy­ria, Rami Abdel Rahman berkata, pengeboman itu adalah yang pa­ling hebat sejak gencatan senjata dicapai pada Februari lalu.

Bandar Idlib merupakan kubu kuat kumpulan penentang termasuk rangkaian kumpulan al-Qaeda, Barisan Nusra.

Tentera udara Rusia dihantar ke Syria tahun lalu bagi menyokong Presiden Syria, Bashar al-Assad dalam perang saudara yang mahu menamatkan peme­rintahan beliau.

Namun, Rusia dalam satu kenyataan hari ini sekeras-kerasnya menafikan penglibatannya da­lam serangan berkenaan.

“Jet Rusia tidak melaksanakan apa-apa misi tempur atau serangan udara di Idlib,” kata jurucakap Kementerian Pertahanan Rusia, Igor Konashenkov. – REUTERS

Alligator besar gedabak merayau di padang golf

bukan fake…. buaya di padang golf florida

http://youtu.be/RXn1g0xtUMk

http://www.youtube.com/watch?v=RXn1g0xtUMk

Syarikat Tempatan Perlu Cari Peluang Baru Kembang Perniagaan – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa syarikat Malaysia untuk keluar dan mencari perniagaan dan peluang baharu bagi memastikan perniagaan mereka berkembang lebih pantas.

“Jangan terlalu bergantung kepada buruh asing atau sektor-sektor yang terlalu tradisional, pergi keluar dan cari peluang baharu dan perniagaan baharu yang akan menjadikan syarikat anda berkembang lebih pantas,” katanya.

Najib juga menggesa perniagaan di Malaysia menumpukan kepada inovasi, kecekapan, produktiviti dan daya saing untuk membina ekonomi yang lebih inklusif dan mampan.

“Ini akan membina ekonomi yang lebih mampan dan inklusif agar Malaysia boleh mengekalkan kelebihannya di rantau ini dan di luar darinya,” katanya dalam ucapan alu-aluan pada ASEAN Business Awards Malaysia 2016 (ABAM 2016) di sini, Selasa.

ABAM 2016, anjuran Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) diadakan setiap tahun bagi mengiktiraf syarikat yang berjaya di peringkat kebangsaan dan terbukti menyumbang kepada ekonomi negara dengan berkembang ke rantau ASEAN.

Najib yang turut menyampaikan anugerah kepada penerima ABAM 2016, juga menggalakkan syarikat-syarikat tempatan untuk merebut peluang besar ditawarkan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC), sejajar kedudukan ASEAN sebagai ekonomi ketujuh terbesar dunia dan dijangka menjadi keempat terbesar menjelang 2050.

“Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mewakili 97 peratus perniagaan di Malaysia.

“Jika cekap serta pantas, PKS ini berpotensi besar mencapai kejayaan, khususnya selepas penubuhan AEC,” katanya.

AEC diwujudkan pada 2015 dan disifatkan sebagai satu pencapaian utama bagi penyepaduan rantau ini dengan gabungan nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$2.6 trilion serta memiliki 625 juta penduduk.

Sementara itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata penyepaduan ekonomi ASEAN tidak boleh dibandingkan dengan Kesatuan Eropah atau perkumpulan serantau yang lain memandangkan ASEAN tidak berhasrat menjadi kesatuan bersifat politik atau mengguna pakai mata wang tunggal.

“Sejak lapan tahun lepas, ASEAN secara beransur-ansur mengurangkan sekatan perdagangan dan kini ia boleh dianggap pasaran bebas cukai.

“Pelaburan dalam sektor perkhidmatan dan pembuatan telah mengalami liberalisasi yang ketara manakala mobiliti individu berkemahiran dan pengunjung perniagaan dipermudahkan melalui peraturan pengiktirafan bersama,” katanya.

Walaupun mengatakan sekatan perdagangan telah dikurangkan, Mustapa berkata kerajaan di rantau itu bagaimanapun menyedari lebih banyak usaha perlu dilaksanakan, terutamanya bagi mengurangkan sekatan bukan tarif, mengiatkan liberalisasi perkhidmatan, serta meningkatkan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.

“Ini turut termasuk untuk mengubah ASEAN menjadi ekonomi digital, menggalakkan e-dagang, meningkatkan liberalisasi perkhidmatan kewangan dan penyepaduan pasaran modal,” katanya. – BERNAMA

Lelaki parah ditelan eskalator di China

Seorang lelaki nyaris maut ‘disedut’ eskalator di China.

CHONGQING – CHINA . Kecuaian seorang kakitangan teknikal kerana lupa menutup suis eskalator ketika cuba membaiki jentera tersebut hampir membawa maut, semalam.

Menurut laporan Dailymail, eskalator berkenaan tiba-tiba berpusing ketika lelaki berkenaan sedang membuka lantai eskalator.

Dalam sekelip mata, mangsa ‘disedut’ masuk dan tersepit di celah-celah jentera berkenaan yang tiba-tiba berhenti.

Pasukan bomba kemudian berjaya mengeluarkan mangsa yang didakwa mengalami kecederaan parah.

Lokasi eskalator yang berada di laluan awam menyebabkan berpuluh-puluh orang awam menyaksikan kejadian tersebut.

Pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut.





http://ift.tt/1UsRapY

Peluncur ombak putus sebelah kaki diserang jerung


Seorang peluncur ombak putus kaki selepas diserang jerung di Falcon Beach, Mandurah, selatan Perth, Australia.-Agensi

PERTH 1 Jun – Seorang peluncur ombak cedera parah selepas sebelah kakinya putus akibat diserang seekor jerung berhampiran kawasan pantai barat Australia semalam.

Pasukan kecemasan berkata, lelaki berusia 29 tahun itu diserang ketika sedang meluncur di pantai Falcon, Mandurah yang terletak di selatan Perth.

Menurut mereka, kawasan tersebut sememangnya dikenali sebagai lokasi tumpuan untuk kegiatan meluncur ombak.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif Hospital Royal Perth, Margaret Sturdy berkata, mangsa kemudian diterbangkan sejauh kira-kira 70 kilometer dan dikejarkan ke unit kecemasan hospital itu serta-merta.

“Keadaannya ketika ini agak kritikal akibat gigitan jerung tersebut dan pihak hospital sedang berusaha untuk menstabilkannya,” kata Sturdy. – AP

** Pada Oktober 2015, seorang peluncur, Colin Cook kehilangan sebelah kakinya diserang jerung di pantai Oahu, Hawaii.



– See more at: http://ift.tt/1VtZpET

Lelaki bayar guna duit syiling lepas disaman memandu 63 km/j

http://www.youtube.com/watch?v=9553VBLpO2U

Agensi – BRETT menuang salah satu baldi mengandungi duit syiling untuk membayar saman di kaunter Mahkamah Perbandaran sebagai tanda protes.

TEXAS – Seorang lelaki yang berang selepas disaman memandu melebihi had laju bertindak mencurahkan dua baldi duit siling di kaunter bayaran Mahkamah Perbandaran di sini.

Brett Sanders, dari bandar Frisco, membawa duit syiling sebanyak AS$220 (RM905) itu dalam dua baldi hitam yang dicat dengan tulisan ‘wang pemerasan’ sebagai tanda protes.

Dia disaman kerana memandu pada kelajuan 63 kilometer sejam (km/j) di zon had laju 48km/j dan membawa kes itu ke mahkamah, namun pihak juri memutuskan Brett perlu bayar denda sebanyak AS$212 (RM873).

“Ini adalah protes daripada saya dalam kes yang benar melawan yang salah. Saya tidak cederakan atau bahayakan nyawa sesiapa pun,” kata Brett kepada stesen televisten NBC 5.

Rakaman video perbuatan Brett itu juga dimuat naik ke laman YouTube dan sudah ditonton 44,900 kali serta menerima hampir 600 komen yang mengkritik perbuatannya.

“Apa yang kamu lakukan ialah menyusahkan seorang wanita, petugas kaunter yang hanya bekerja untuk menyara keluarganya,” kata seorang pengguna YouTube. – Agensi

Artikel Penuh: http://ift.tt/1VtZxnE

Kepala lelaki tersangkut dalam mesin basuh

Kepala seorang lelaki tersekat dalam mesin basuh di Fujian, China

FUJIAN – CHINA . Nasib malang menimpa seorang lelaki apabila kepalanya tersekat pada sebuah mesin basuh ketika sedang membersihkan alatan tersebut.

Menurut laporan CNN, pasukan bomba terpaksa membuka bahagian ‘drum’ yang menyekat kepala mangsa dari keluar supaya mangsa mempunyai oksigen.

Dengan berhati-hati, pasukan bomba kemudian memecahkan mesin basuh tersebut yang masih menyekat kepala mangsa.

Kejadian tersebut mengambil masa satu jam dan hasil pemeriksaan mangsa tidak mengalami apa-apa kecederaan.



http://ift.tt/1TIco0P

Di usia 69 tahun, Pak Saad masih panjat pokok kelapa

Saad Bahadun terpaksa meneruskan pekerjaan sebagai pemanjat kelapa walaupun sudah berusia 69 tahun. – Foto Bernama

Baling: Sudah berusia 69 tahun namun Saad Bahadun masih gagah mengambil upah memanjat pokok kelapa yang menjadi sumber pendapatannya selama hampir 40 tahun.

Berasal dari Kampung Carok Semeliang, Weng, di sini, Saad berbasikal sejauh 25 kilometer dari rumahnya ke pekan Baling bagi mencari pemilik pokok kelapa yang mahu menggunakan khidmatnya.

Saad mampu memanjat sekurang-kurangnya 10 pokok kelapa sehari dan bagi setiap 10 biji kelapa diturunkan, dia mendapat empat biji sebagai upah yang kemudian dijualnya kepada peniaga santan dengan harga RM1.50 sebiji.

“Saya terpaksa bertahan dengan kerja memanjat kelapa walaupun usia lanjut kerana hanya ini kerja yang saya boleh buat.

“Walaupun ramai menasihatkan supaya cari kerja lain, namun saya tiada pilihan kerana inilah sumber rezeki saya sekeluarga,” katanya.

Banyak kenangan pahit dan manis yang dilaluinya sebagai pemanjat pokok kelapa, antaranya diserang tebuan yang bersarang di tandan kelapa serta pernah memacak Jalur Gemilang di sebatang pokok kelapa ketika ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-52.

Saad perlu menanggung lima anak berusia antara tiga tahun hingga 20-an dengan pendapatan tidak menentu iaitu purata tidak lebih RM20 sehari.

Rumah beliau juga uzur dengan dinding dan bumbung bocor. Orang ramai yang mahu menghulurkan bantuan boleh menghubungi talian 019-4920006.

http://ift.tt/1XbSFNE

Harga RON95, RON97 dan Diesel Kekal Untuk Bulan Jun

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel bagi bulan Jun 2016 tidak berubah, menurut Kementerian Kewangan.

Harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada harga RM1.70 seliter, RON97 berharga RM2.05 seliter manakala diesel pada harga RM1.55 seliter.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memilih untuk menetapkan harga petrol dan diesel pada sistem apungan terurus sejak 1 Disember tahun lepas berikutan penyingkiran subsidi bahan api. – Awani

Hina Erdogan Di Media Sosial, Bekas Ratu Cantik Turki Dihukum Penjara

ISTANBUL – Seorang bekas ratu cantik Turki dijatuhkan hukuman penjara selama setahun dua bulan atas kesalahan menghina Presiden Recep Tayyip Erdogan di media sosial, namun mendapat penangguhan pelaksanaan hukuaman itu hari ini.

Sebab penangguhan berkenaan bagaimanapun belum diketahui.

Model berusia 27 tahun, Merve Buyuksarac, dijatuhkan hukuman itu kerana menghina Erdogan secara umum selepas memuat naik puisi satira di akaun Instagramnya.

Puisi berjudul Master’s Poem – yang dikongsi Buyuksarac ketika Erdogan berkhidmat sebagai perdana menteri – mengkritik pemimpin itu dengan bait-bait yang diubah suai daripada lagu kebangsaan negara tersebut.

Peguam Erdogan, Hatice Ozay, memberitahu mahkamah bahawa apa yang dimuat naik oleh model itu bukan suatu kritikan namun lebih kepada ‘serangan hak peribadi’.

Buyuksarac memenangi pertandingan ‘Miss Turkey’ pada 2006 dan sejak itu bekerja sebagai model dan muncul sebagai bintang televisyen realiti.

Selepas ditahan pada Januari 2015, Buyuksarac mengakui berkongsi puisi itu yang diambil dari majalah satira tempatan, tanpa niat untuk menghina presiden tetapi menyifatkan puisi itu lucu.

Sebelum ini, banyak wartawan dan orang awam dihadapkan ke mahkamah kerana menghina atau memfitnah Erdogan, yang sering dikatakan sebagai seorang pemimpin kuku besi.

Kes seumpama itu bertambah selepas Erdogan menjadi Presiden pada 2014, kerana pemimpin sebelumnya jarang sekali melakukan tindakan seumpama itu.

Menteri Keadilan Bekir Bozdag pada Mac lalu memberitahu bahawa hampir 2,000 orang di Turki telah didakwa menghina Erdogan sejak beliau menjadi Presiden. – Awani

LLM Setuju Tangguh Kutipan Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

KEMAMAN – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bersetuju menangguhkan kutipan tol di Lebuhraya Pantai Timur (LPT2) yang sepatutnya bermula Jun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Rosli Othman berkata penangguhan itu berkuat kuasa hingga Hari Raya Aidilfitri.

Rosli berkata, permohonan penangguhan itu dibuat kerajaan negeri Terengganu bagi meringankan beban rakyat dan memberi peluang kepada pengguna untuk menikmati tol percuma dalam tempoh berkenaan.

Ia juga sebagai hadiah kepada rakyat Terengganu yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti sekolah, dan perayaan Aidilfitri.

“Kita faham, bila musim perayaan, ramai yang akan menggunakan lebuh raya ini untuk balik kampung. Mereka dari luar Terengganu akan menggunakan Lebuhraya Pantai Timur 2 untuk ke destinasi Kemaman, Dungun dan Kuala Terengganu.

“Di samping itu, pengguna yang berasal dari Kelantan juga akan menggunakan kemudahan ini,” kata Rosli.

Menurutnya, pengurusan membabitkan kutipan tol antara LLM, Jabatan Kerja Raya dan pihak konsesi sudah diselesaikan.

Pihak konsesi juga telah menempatkan kakitangannya di sepanjang lebuh raya bagi menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan.

Hentian Rehat dan Rawat yang sebelum ini kosong juga sudah mula beroperasi sepenuhnya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan persediaan bagi kemasukan matrikulasi dan diploma semester satu di Kerteh, Kemaman. – Awani

Wanita mengamuk gara-gara tak dapat jadi dealer

http://www.youtube.com/watch?v=8UoZHG8n0-M

SHAH ALAM – Gara-gara tidak dapat menjadi ‘dealer’ untuk sebuah syarikat pakaian menyusu yng dikenali sebagai Feedmilk Boutique, seorang wanita telah mengamuk di butik pakaian tersebut.

Video insiden tersebut telah dirakam oleh salah seorang pelanggan kedai tersebut dan jelas menunjukkan wanita tersebut melepaskan kemarahan dengan merosakkan beberapa barang di butik terbabit seperti komputer, pintu dan pakaian.

Menurut satu muat naik status butik tersebut di Facebook, wanita terbabit mengamuk gara-gara tidak dapat menjadi dealer kerana senarai untuk menjadi pengedar pakaian butik tersebut telah penuh.

Dalam insiden tersebut, tiada sebarang kecederaan berlaku dan kes ini masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, video yang berdurasi 18 saat ini telah menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka memuat naik komen yang menarik.

“tu la. petunjuk dah tu kenapa dia tak sempat daftar jadi dealer. Kalau dia jadi dealer kena pulak marah dengan customer, mau dia maki balik customer tu. Adab mana kak kalau ye pon nak sangat jadi dealer, fikir la barang tu bukan kita punya. owner punya,” kata Ahmad Najmi.

” Allah nak tunjuk yang manusia tu tak layak jadik dealer … Bayangkan kalau manusia tu jadik dealer,” ujar Izzuddin Bin Khalidi.

“Ganasnya..akak tu dah kahwin ke..kalau dah kawin saya simpati dengan laki dia dapat Bini cmtu,” tulis Diyana Nordin.

http://ift.tt/22vDttK

Lelaki maut dirempuh treler ketika tukar tayar kereta

GOMBAK – Malang nasib seorang lelaki apabila dia dirempuh sebuah treler ketika menukar tayar keretanya dalam satu kejadian di Kilometer 436.1, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Rawang, dekat sini pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.26 pagi itu, mangsa Shahzizi Mustafa, 28, maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisoner Ali Ahmad berkata, kejadian bermula apabila mangsa menghentikan keretanya di lorong kecemasan jalan tiga lorong itu untuk menukar tayar keretanya yang dipercayai bocor.

“Sebaik mangsa keluar dari keretanya, dia telah dirempuh oleh sebuah treler dari belakang menyebabkan dia tercampak ke longkang tepi jalan tersebut.

“Mayat mangsa sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat dan kes masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan petang tadi.





Artikel Penuh: http://ift.tt/22vDbDg

Abang pukul adik sampai mati kerana kencing dalam seluar

Seremban: Angkara marah adik yang juga pesakit mental kencing dalam seluar, si abang dikatakan memukul adiknya hingga mati dalam kejadian pergaduhan di rumah mereka di Taman Bukit Coral, Sikamat di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian 9 pagi tadi selepas lelaki berusia 40 tahun datang ke Balai Polis Sikamat membuat laporan berhubung kematian adik lelakinya berusia 37 tahun.

Menurutnya, lelaki terbabit mendakwa menumbuk dan menendang adik lelakinya di bahagian kepala dan badan dalam pertengkaran 11 malam tadi.

“Suspek mengaku memarahi mangsa kerana membuang air kecil dalam seluar dan menyuruh adiknya itu masuk ke dalam bilik namun enggan menyebabkan suspek menendang badan dan menumbuk kepala mangsa beberapa kali. Selepas kejadian itu, mangsa masuk ke bilik dan tidur.

“Bagaimanapun, ketika suspek masuk ke bilik adik lelakinya itu, 8.30 pagi tadi untuk memberi ubat, dia mendapati adik lelakinya sudah tidak sedarkan diri sebelum membuat laporan polis.

“Polis ke rumahnya untuk siasatan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

http://ift.tt/1O12ZVs

Lori bawa khinzir terbalik, sekurang2nya 100 ekor mati, yang lain bertempiaran

100 pigs killed, many flee after truck overturns

Quote:

PHRAE – At least 100 pigs were killed and many more ran off into the countryside when a truck delivering them to Chiang Mai crashed and overturned in Muang district on Tuesday morning.

The accident occurred near kilometre marker 3 on Liang Muang Road in tambon Na Chak in Muang district, said Pol Capt Wutthichai Churattanasupanond, a duty officer at Muang police station. It was reported to police about 8.30am.

The 10-wheel truck with a Chon Buri licence plate was carrying about 400 pigs weighing 20-30 kg each to Chiang Mai.

Driver Wichian Singsathaporn said a car cut in front of him and he swerved quickly to avoid it. He averted a collision but lost control of the truck, which plunged into the roadside ditch and overturned.

Dead and dying pigs were scattered in and around the vehicle. At least 100 of the animals were killed. Many of the others fled to a dubious freedom, and their fate remained uncertain. It was unclear how many were lost in total


Warga emas 71 tahun dipenjara cabul anak jiran

Tertuduh diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Majistret di sini.

AYER KEROH – Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara setahun tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, Februari lalu.

Tertuduh, yang berumur 71, dari Bertam Malim, Cheng dijatuhi hukuman itu oleh Majistret Mohd Asri Abd Rahman Sidik selepas mengangguk faham dan mengaku bersalah pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didapati mencabul dengan memegang kemaluan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang juga anak jirannya di sebuah rumah di Jalan Padang Japerun, Bertam Malim kira-kira jam 4 petang pada Februari 2016.

Dia didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dua dari hukuman tersebut, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan sudah berusia malah makan minumnya kini ditanggung oleh anak-anak.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Norshazwani Ishak meminta tertuduh diberi hukuman berat supaya tertuduh tidak mengulang kesalahan tersebut selain jenayah gangguan seksual kanak-kanak juga patut dikekang mahkamah.

Selepas mendengar rayuan dan hujah kedua-dua pihak, Mohd Asri kemudian menjatuhkan hukuman penjara selama 15 bulan bermula hari ini.

http://ift.tt/1qZCEMh

Lelaki China pikul 2 anak sambil kayuh basikal

http://www.youtube.com/watch?v=IC2uaub6MSU

LELAKI terbabit mengimbangi basikalnya dengan dua anaknya di dalam bakul.

Beijing: Video menunjukkan seorang lelaki membawa anaknya dalam dua bakul sambil mengayuh basikal adalah viral terbaru di media sosial China.

Video berkenaan menunjukkan lelaki berkenaan mengayuh basikal dengan senang hati. Tetapi, tidak seperti orang lain, dia tidak keseorangan. Dua anaknya berada dalam bakul yang disangkutkan pada galah panjang.

Galah berkenaan dipikul lelaki itu sambil dia mengayuh basikalnya.

Kedua-dua anaknya juga kelihatan gembira, tanpa sedikitpun menunjukkan rasa cemas walaupun mereka dilihat hampir tercampak dari bakul itu ketika bapa mereka membuat lencongan.

Perbuatan lelaki itu mengundang kecaman daripada beberapa pengguna Internet yang menyifatkannya sebagai tindakan berbahaya.

Bagaimanapun, sebahagian lagi memuji kebolehan lelaki itu.

Laporan itu bagaimanapun tidak menyebut tempat kejadian, kecuali berkata, ia di satu kawasan luar bandar di China. – Agensi

http://ift.tt/1qZCtAu

Wanita ditahan telefon bekas teman lelaki 27,000 kali dalam seminggu

KANADA – Seorang wanita di Kanada ditahan gara-gara mengganggu bekas teman lelakinya selepas percintaan mereka selama dua minggu berakhir.

Sin Chew Daily memetik akhbar Hong Kong, Ming Pao sebagai melaporkan tindakan Kelly Murphy itu turut menjadi rekod kes gangguan paling serius di Kanada sehingga menyebabkan lelaki terbabit hampir mengalami gangguan jiwa.

Disebabkan tidak dapat menerima hakikat ditinggalkan teman lelaki, Kelly bertindak menelefon Randy Williams sebanyak 27,639 kali dalam tempoh seminggu menggunakan lapan telefon bimbit.

Selain telefon bimbit, Kelly turut menghubungi Randy di rumah serta tempat kerjanya.

Tambahan, wanita itu turut menghantar 11,229 khidmat pesanan ringkas (SMS), 937 e-mel, 117 pesanan suara dan 47 pucuk surat tulisan tangan dalam tempoh seminggu.

Bagi mengelakkan dirinya mengantuk, wanita itu mengambil minuman bertenaga serta amfetamina.

Gangguan itu telah menyebabkan Randy tidak dapat menjalani kehidupan dan bekerja seperti biasa serta hampir mengalami gangguan jiwa.

Media tempatan melaporkan Kelly menghidap penyakit kecelaruan obsesif kompulsif (OCD) dan dia didapati mengongoi selepas ditahan.

Jelasnya, dia hanya ingin tahu ke mana bekas teman lelakinya pergi dan mahu berjumpa dengannya.

Bagaimanapun, peguam Randy berharap Kelly dapat menerima rawatan supaya perkara itu dapat diselesaikan secepat mungkin.

http://ift.tt/25xWaSW

Mungkinkah Azmin Juga Terkena Sumpahan MB Selangor?

KUALA LUMPUR – Tidak sampai sepenggal Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ke-14, kini timbul pula khabar angin menyatakan beliau bakal keluar ‘ikut tingkap’ seperti mana yang berlaku terhadap kebanyakan Menteri Besar sebelumnya.

Sekiranya Azmin dijangkiti sumpahan Menteri Besar tersebut, beliau akan menjadi Menteri Besar Selangor kedua dari parti PKR disingkirkan dengan cara tidak terhormat selepas pendahulunya, Tan Sri Khalid Ibrahim dipecat dari PKR.

Memetik sumber The Star, usaha menyingkirkan Azmin timbul selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa itu dilihat lebih menonjol daripada Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Situasi tersebut kata sumber disebabkan Menteri Besar itu secara perlahan-lahan mengambil alih teraju PKR dari Wan Azizah.

“Azmin sekarang semakin kuat dan tidak terperanjat sekiranya beliau mengambil alih jawatan Presiden daripada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada pemilihan parti akan datang,” kata sumber tersebut.

Tambah beliau, perkara tersebut membimbangkan penyokong setia Datuk Seri Anwar Ibrahim serta keluarganya dalam PKR disebabkan hala tuju Azmin tidak lagi berkisar tentang pembebasan Anwar apatah lagi memperjuangkan bekas Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri.

Katanya, kebanyakan ahli PKR melihat Azmin sebagai pemimpin yang boleh membawa perubahan dan bukan sahaja menjadi alat untuk agenda politik Anwar seterusnya mengubah landskap pembangkang yang lebih matang.

“Hal ini sangat membimbangkan kepada mereka yang masih tersangkut dengan agenda lama PKR dan mereka yang setia dengan Anwar dan Dr Wan Azizah,” ujarnya.

Jelasnya lagi, sokongan terhadap Azmin juga meningkat kepada 70% daripada keseluruhan ahli parti disamping majoriti pemimpin PKR kini juga berubah kepada kem-Azmin.

Disebabkan takut akan Menteri Besar itu semakin mendapat sokongan seterusnya mengambil alih jawatan Wan Azizah, sebuah gerakan untuk menggulingkan beliau kini giat dijalankan oleh pengkritiknya.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dipalit dengan dakwaan oleh Setiausaha Agung parti Rafizi Ramli mengatakan terdapat salah laku rasuah serta tuduhan pemberian habuan wanita didalam pentadbirannya.

“Tempoh Rafizi sebagai Setiausaha Agung mungkin hampir tamat. Pastinya beliau akan dihukum pada mesyuarat majlis tertinggi akan datang,” kata sumber berkenaan. – Malaysian Digest

PM Lancar Jelajah Turun Padang Bantu Rakyat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan program jelajah Turun Padang Bantu Rakyat Biro Kebajikan UMNO sempena Ramadan, di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini sebentar tadi.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, berkata lebih 40 kenderaan pacuan empat roda dan 150 peserta menyertai konvoi bantuan kepada rakyat memerlukan itu.

“Penerima bantuan meliputi anak yatim, ibu tunggal, pesakit kronik, bekas perajurit, warga miskin dan beberapa kumpulan lain.

“Kita mengunjungi 191 Bahagian UMNO bermula di PWTC sehingga ke Sabah,” katanya di sini, hari ini. – BH

Ketua Geng Samun Rem Sawit Ditembak mati

IPOH – Ketua kumpulan Geng Samun Rem Sawit yang aktif melakukan samun bersenjata di negeri ini sejak awal tahun ini, ditembak mati malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, suspek berusia 24 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 terserempak dengan sepasukan polis yang menahannya untuk pemeriksaan sebelum dia bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

Katanya, polis membalas tembakan sebelum suspek rebah selepas terkena tembakan itu.

Beliau berkata, polis menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejaki kumpulan itu yang dipercayai terbabit dalam kes samun di sebuah Pejabat Timbangan Sawit di Tapah, membabitkan kerugian kira-kira RM30,000.

“Suspek yang berasal dari Batu Gajah mempunyai sembilan rekod jenayah membabitkan dadah, samun dan lain-lain jenayah kekerasan termasuk dikehendaki bersabit satu kes samun empat kenderaan yang masih dalam perbicaraan di Kampar.

“Dalam kejadian itu, polis merampas motosikal dinaiki suspek, sepucuk revolver, beberapa butir peluru dan sebilah parang,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, di sini, hari ini.

Hasnan berkata, susulan daripada kejadian itu, polis menjalankan beberapa serbuan di Ipoh serta Batu Gajah sebelum menahan dua lelaki berusia 26 dan 33 tahun yang dipercayai ahli kumpulan berkenaan.

“Dua suspek ini juga mempunyai rekod jenayah termasuk kes samun dan bunuh manakala salah seorang suspek berusia 26 tahun turut dikehendaki bersabit kes samun empat kenderaan di Kampar.

“Menerusi serbuan dan tangkapan kedua itu, polis berjaya merampas empat parang, sebilah pisau, tiga sarung tangan, empat topeng muka, peralatan menghisap dan menjual dadah, pelbagai barangan peribadi dipercayai disamun serta 10 telefon bimbit dan sebuah kereta PROTON Satria,” katanya. – BH

Dakwaan ikan keli ada 10,000 sel kanser tidak benar

SHAH ALAM – Jabatan Perikanan Malaysia memaklumkan bahawa dakwaan yang mengatakan ikan keli mengandungi 10,000 sel kanser adalah tidak benar.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia melalui laman sosialnya memaklumkan bahawa tiada sebarang kenyataan sedemikian dilaporkan menerusi laman web Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Selain itu, tiada sebarang rujukan kertas saintifik atau laporan saintifik mengenai penentuan bilangan sel kanser dalam ikan keli atau mana-mana ikan dari aspek keselamatan makanan.

Berhubung dakwaan yang mengatakan ikan keli diternak dipenuhi dengan steroid dan bahan kimia lain menggemukkan, Jabatan Perikanan memaklumkan bahawa tiada maklumat yang diperoleh (buat masa ini) mengenai kajian atau laporan spesifik berhubung pengesanan hormon dalam makanan rumusan ikan termasuk ikan keli di negara ini.

Menurut kenyataan berkenaan, ikan keli adalah spesies ikan yang murah dan cepat membesar, maka tiada keperluan untuk menambah ‘hormone’ atau ‘fattening chemicals’ dalam formulasi makanan ikan keli yang hanya akan menambahkan kos pengeluaran.

Katanya, ikan keli yang diberi makan minyak berlebihan boleh menyebabkannya berubah rasa dan bau.

Dalam pada itu, ikan keli bukannya merupakan sumber asid lemak omega-3 yang baik seperti ikan marin malah ia seperti kebanyakan ikan air tawar lain yang mempunyai lebih banyak asid lemak omega-6 berbanding omega-3.

Difahamkan, tidak dinafikan pengambilan omega-6 yang tinggi mempunyai risiko seperti yang dinyatakan seperti di atas. Namun tiada kajian spesifik yang mengaitkan pengambilan ikan keli dengan penyakit yang disenaraikan.

http://ift.tt/1PeRp9f

Pemimpin BN Usah Melatah Dengan RUU Akta Mahkamah Syariah – Annuar

KUALA LUMPUR – Pemimpin parti komponen dalam BN disarankan supaya bertenang dan tidak melatah dalam menghadapi isu Rang Undang Undang (RUU) Persendirian, Akta 355 Mahkamah Syariah.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata ia bukan petanda yang baik jika pemimpin sendiri memberikan maklumat yang tidak benar.

“Kalau kita pemimpin menunjukkan kita melatah atau pun kita memberikan maklumat yang salah itu bukan satu petanda yang baik.

“Jadi jangan mewujudkan sebarang suasana yang menimbulkan suasana tidak aman, itu yang penting,” katanya ketika ditemui di Menara Dato’ Onn, hari ini.

Annuar berkata walaupun ada dalam kalangan pemimpin yang menyatakan ia hanya pandangan peribadi, mereka perlu diingatkan bahawa apa jua kenyataan haruslah berdasarkan fakta.

Ahli Parlimen Ketereh itu berkata pihaknya akan memanggil pemimpin parti komponen BN secara tertutup untuk membincangkan mengenai isu usul yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya fikir sebagai sebuah keluarga kita akan panggil dan bincang secara tertutup di mana kita rasa ada pihak yang keliru. Kita akan berunding secara tertutup,” katanya.

Pada masa sama, Annuar berkata RUU itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan hukum hudud, sebaliknya, ia hanya pindaan kepada Akta 355 bagi memperluaskan bidang kuasa Mahkamah Syariah.

“Langsung tidak ada kena mengena dengan hudud. Apa yang dikemukakan itu pindaan kepada Akta 355 bukan soal hudud. Terlalu banyak kekeliruan dan maklumat yang salah disampaikan, kemudian ada pula yang melatah hendak ambil langkah itu dan ini. Macam langit dah nak runtuh,” katanya.

Hadi pada Khamis lalu membawa usul RUU persendirian berkenaan selepas dicadangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said dan disokong Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Rashid Shirlin.

Tindakan Hadi itu menyebabkan beberapa pemimpin di dalam BN mahu meletakkan jawatan di dalam Kabinet sekiranya undang-undang berkenaan diluluskan oleh Dewan Rakyat.

Antara pemimpin yang membantah ialah Presiden MIC Datuk S Subramaniam, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong. – FMT

Polis temui 2 aligator sedang makan badan manusia

Pasukan polis South Florida kini sedang cuba mendapatkan badan manusia yang sedang dijamah dua aligator di Southwest Ranches, Florida, semalam. – AGENSI

SOUTHWEST RANCHES, Florida 31 Mei – Police di South Florida terkejut dengan satu kejadian di mana dua ekor aligator sedang memakan badan yang dipercayai manusia, semalam.

Laporan portal The Sun Sentinel yang memetik pegawai polis di Davie, Capt. Dale Engle sebagai berkata, badan manusia itu ditemukan Ahad lalu di Southwest Ranches, kira-kira 32.2 kilometer dari Fort Lauderdale, dan dikatakan kejadian itu sudah lama di lokasi tersebut.

Menurut Engle, para pegawainya gagal untuk menghalau dua aligator tersebut bagi membolehkan mereka mendapatkan badan manusia terbabit.

Tambah beliau, pihaknya masih menyiasat situasi tersebut dan belum mengetahui cara kematian serta jantina manusia terbabit. – AGENSI


Anggota penyelam yang terlibat. Daily Mail


Anggota keselamatan dilengkapi AR-15 bersedia sebaik penyelam memasuki air. Daily Mail


Mayat yang sudah pun berjaya dinaikkan. Daily Mail

– See more at: http://ift.tt/1PeRMkk

Kecoh suami anggota IPD Seremban mahu terjun tingkat 8

Seremban: Satu daripada blok kediaman anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, Seremban 2, di sini, agak kecoh sedikit, malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya difahamkan berlaku pertengkaran antara anggota wanita dan suaminya sehinggakan lelaki itu dikatakan hendak terjun dari tingkat lapan blok kediaman.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada 11.26 malam.

“Sebaik tiba di lokasi seminit kemudian, anggota cuba mententeramkan lelaki terbabit.

“Keadaan kembali tenang apabila lelaki itu mendengar nasihat bomba dan keadaan kembali terkawal pada 11.35 malam,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun dihubungi berkata, memang ada perbalahan antara anggota wanita itu dengan suaminya.

“Kerana menyangkakan lelaki itu cuba bertindak di luar batasan, ahli keluarganya menghubungi bomba untuk langkah keselamatan,” katanya.

http://ift.tt/1TSVnDA

KTMB Sedia 333,000 Tiket Balik Kampung Sempena Aidilfitri

KUALA LUMPUR – Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan 333,000 tiket sempena Aidilfitri untuk perkhidmatan keretapi elektrik ETS dan KTM Intercity.

Tiket adalah untuk perjalanan bermula 24 Jun hingga 17 Julai yang akan dijual mulai 8.30 pagi Jumaat ini, kata KTMB dalam satu kenyataan.

KTMB berkata langkah menjual tiket ETS dan Intercity dua bulan lebih awal daripada tarikh perjalanan adalah bagi memudahkan orang ramai membuat perancangan perjalanan mereka.

Tiket boleh diperoleh di kaunter KTMB atau menerusi khidmat atas talian di laman sesawang rasmi KTMB www.ktmb.com.my.

Pertanyaan lanjut mengenai status tiket, jadual tren dan tambang boleh didapati di stesen KTMB berhampiran, Pusat Panggilan KTMB di talian 03-22671200 atau laman rasmi KTMB. – BERNAMA

Pencalonan Tetap Sah Walaupun Tidak Hadir Hari Penamaan Calon – SPR

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menjelaskan calon di mana-mana kawasan pilihan raya tetap sah pencalonannya walaupun tidak hadir di hari penamaan calon, demikian kata Pengerusinya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah.

Beliau merujuk kepada Peraturan 6 (2) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981, yang mengizinkan borang pencalonan boleh diserahkan sendiri oleh calon, pencadang dan penyokongnya, atau oleh mana-mana dua, atau mana-mana seorang daripada mereka.

“Berdasarkan peraturan ini amat jelas tiada halangan dari segi undang-undang sekiranya borang penamaan calon tidak dikemukakan sendiri oleh calon tersebut tetapi boleh juga dikemukakan oleh salah seorang, sama ada pencadang atau penyokong beliau,” katanya dipetik dari laporan Bernama.

Penjelasan Pengerusi SPR itu dipercayai bagi menjawab pertikaian sesetengah pihak yang sebelum ini mendakwa pencalonan Datin Mastura Moh Yazid yang akan mewakili BN menjadi tidak sah sekiranya tidak hadir pada hari penamaan calon untuk menyerahkan sendiri borang pencalonan.

Sabtu lepas, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pencalonan Mastura, balu kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad untuk mewakili BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Parlimen itu.

Mastura bagaimanapun tidak akan terlibat secara langsung dalam kempen BN dalam PRK itu susulan keadaannya yang masih dalam tempoh edah selama empat bulan 10 hari selepas kematian suami.

Mengulas lanjut, Mohd Hashim berkata di bawah peraturan tersebut, setiap borang penamaan calon perlu diserahkan oleh calon atau mana-mana wakilnya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya di tempat penamaan antara 9 hingga 10 pagi hari penamaan calon.

“Sama ada sah atau tidak borang penamaan tersebut bagi menentukan kelayakan bakal calon masih tertakluk kepada syarat-syarat yang sedia ada bagi kelayakan seseorang calon sepertimana dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan bertulis yang berkaitan Pilihan Raya yang berkuatkuasa buat masa ini,” ujarnya lagi.

Sementara itu, berdasarkan rekod pilihan raya negara ini mendapati ketidakhadiran calon semasa hari penamaan calon serta tindakan calon tidak menyertai kempen tidak menjadi satu isu memandangkan ia bukan kali pertama berlaku di negara ini.

Pada PRU-12 tahun 2008, M.Manoharan yang ketika itu berada dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga pernah tidak hadir pada hari penamaan calon namun tetap sah untuk bertanding mewakili DAP dan menang di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah.

M.Manoharan hanya memulakan khidmat sebagai ADUN selepas dibebaskan dari tahanan ISA pada 9 Mei 2009, lebih setahun selepas memenangi kawasan yang ditandingi semasa PRU-12 2008. – SuaraTV

CUEPACS rayu bonus satu bulan untuk persediaan Aidilfitri

Quote:

KANGAR: CUEPACS merayu kerajaan memberi bonus satu bulan gaji kepada penjawat awam bagi persediaan menyambut Aidilfitri Julai depan.

Presidennya, Datuk Azih Muda, berkata pemberian bonus sebulan gaji itu adalah satu keperluan berikutan kenaikan harga barang serta kos sara hidup yang tinggi.

“Permintaan ini diharapkan dapat ditunaikan kerana sebelum ini semua sedia maklum kerajaan memberi bonus RM500 setiap kali menjelang Hari Raya.

“Pemberian bonus ini diharapkan dapat disegerakan berikutan rasionalisasi Skim Perkhidmatan hanya akan berlaku penghujung Julai,” katanya selepas Persidangan CUEPACS Perlis, di sini, sebentar tadi.

Azih juga berharap kerajaan negeri yang berkemampuan dapat memberi bonus kepada kakitangan menjelang Hari Raya.

“Kakitangan kerajaan sudah pastinya akan kecewa sekiranya permintaan bonus satu bulan gaji ini tidak dapat ditunaikan.

“Kami juga menyambut baik langkah kerajaan negeri Pulau Pinang yang mengumumkan pemberian bonus Hari Raya tiga per empat gaji untuk kakitangan kerajaan negeri itu, pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN), baru-baru ini,” katanya.


Anggota Polis Dipuji Bantu OKU

PETALING JAYA – Gambar-gambar yang menunjukkan seorang anggota polis trafik menumpangkan seorang lelaki kurang upaya menaiki motosikalnya tersebar luas dan tindakannya itu dipuji oleh ramai rakyat Malaysia.

Netizen Mohd Shahrin berkongsi beberapa gambar dan menceritakan tentang kejadian itu dalam satu posting di media sosial.

“Seorang anggota polis dari Balai Polis Taman Tun Dr Ismail sedang membuat rondaan menaiki motosikal. Anggota polis itu dengan sukarela menumpangkan seorang lelaki kurang upaya yang tidak mempunyai dua kaki dan tangan kiri.

“Orang kurang upaya itu hanya bergerak menggunakan kekuatan tangan kanan dan badannya. Saya terharu melihatnya. Tahniah Korperal Ropi dari Balai TTDI yang memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan,” kata Mohd Shahrin, Ahad.

Tindakan itu turut disedari oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Syabas URB @PDRMsia #PolisDanMasyarakatBerpisahTiada,” tulis Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar di Twitternya, Isnin berserta gambar-gambar berkenaan.
Gambar-gambar itu, yang telah dikongsi di halaman Facebook PDRM, menerima 5,700 ‘likes’ dalam masa 12 jam.

Anggota polis itu turut menerima maklum balas positif daripada rakyat Malaysia yang memuji tindakannya di ruangan komen.

Menurut laporan Sin Chew Daily, Korperal Ropi bertemu lelaki itu semasa membuat rondaan di Jalan Tun Mohd Fuad 1 pada pukul 8 malam Ahad.

“Saya bimbang kereta mungkin tidak dapat melihatnya kerana hari sudah gelap, jadi saya menawarkan diri untuk menghantarnya ke stesen bas terdekat,” Koperal Ropi dipetik sebagai berkata.

Orang yang mengambil gambar Ropi adalah seorang lagi pegawai polis yang bertugas membuat rondaan bersamanya.

Beliau tidak menyangka gambar itu menjadi viral apabila ia dimuat naik ke Facebook. – mstar

Monday, May 30, 2016

Malaysia Kekalkan Rekod Antara 20 Negara Paling Kompetitif Di Dunia

KUALA LUMPUR – Malaysia mengekalkan kedudukannya dalam kalangan 20 daripada 61 negara paling kompetitif di dunia mengikut senarai Buku Tahunan Daya Saing Dunia 2016 (WCY) yang diterbitkan pusat daya saing dunia, Institute for Management Development (IMD) yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland.

Bagaimanapun, kedudukan Malaysia turun lima tangga ke tempat ke-19 daripada tempat ke-14 pada tahun lepas disebabkan kejatuhan harga komoditi, dolar yang kukuh dan penyusutan lembaran imbangan dalam sektor awam dan swasta.

Ranking itu dinilai bagi 61 negara tahun ini berbanding 60 negara tahun lepas.

Berikut senarai 20 negara teratas:

RANKING SCORE

1) Hong Kong (100.00)

2) Switzerland (98.02)

3) USA (97.88)

4) Singapura (97.65)

5) Sweden (92.35)

6) Denmark (91.76)

7) Ireland (91.54)

8) Netherlands (91.32)

9) Norway (90.05)

10)Kanada (90.05)

11)Luxembourg (90.02)

12)Jerman (88.57)

13)Qatar (86.72)

14)Taiwan (86.37)

15)UAE (86.07)

16)New Zealand (85.61)

17)Australia (84.27)

18)United Kingdom (83.34)

19)Malaysia (83.05)

20)Finland (82.04)

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan berkata, Malaysia mendahului Finland yang berada di tempat ke-20, Israel (ke-21), Belgium (ke-22), Iceland (ke-23), Austria (ke-24), China (ke-25), Jepun (ke-26), Republik Czech (ke-27), Thailand (ke-28) dan Korea Selatan (ke-29).

Dalam ringkasannya, WCY menyenaraikan Malaysia di tangga pertama dalam kalangan 31 negara dengan KDNK perkapita kurang daripada US$20,000, mengekalkan kedudukan pertamanya selama tiga tahun berturut-turut.

“Dalam kalangan 28 negara dengan penduduk melebihi 20 juta, Malaysia berada di kedudukan ketujuh. Di Asean, Malaysia kekal di kedudukan kedua dan keenam dalam kalangan 14 negara di rantau Asia Pasifik,” kata menteri itu.

Beliau berkata, berikutan ketidaktentuan ekonomi dunia Malaysia perlu meningkatkan usaha.

Mustapa berkata, ranking berkenaan jelas menunjukkan pertumbuhan ekonomi semasa bukan bermakna jaminan daya saing di masa depan dan corak sama yang dapat dilihat dalam kalangan semua negara dalam 20 ekonomi terbaik, iaitu peraturan mesra perniagaan serta infrastruktur fizikal.

Malaysia pada kedudukan ke-14 dalam kecekapan perniagaan dan antara 10 terbaik dalam pasaran tenaga kerja pada tempat keenam (2015: keempat) dan amalan pengurusan pada kedudukan kesembilan (2015: keenam), manakala meningkat tiga kedudukan dalam produktiviti dan kecekapan ke tempat ke-21 (2015: ke-24).

Kedudukan negara susut dalam kewangan, sikap dan nilai, masing-masing sebanyak lima dan tiga kedudukan kepada kedudukan ke-20 dan ke-11.

Mustapa berkata, pertumbuhan ekonomi yang kukuh penting untuk memastikan Malaysia mencapai aspirasi menjadi negara maju menjelang 2020.

“Dalam konteks ini, inisiatif kita di bawah Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi akan teruskan seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke-11.

“Strategi pembangunan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 menggariskan produktiviti sebagai pengubah untuk mencapai pertumbuhan mampan dan inklusif.

“Kita juga memberi tumpuan kepada usaha mengubah industri pembuatan selaras perubahan pesat hasil daripada apa yang dikatakan oleh sesetengah orang sebagai ‘Revolusi Perindustrian Keempat’,” katanya.

WCY 2016 berdasarkan analisis lebih daripada 340 kriteria yang diperoleh daripada empat faktor: prestasi ekonomi, kecekapan kerajaan, kecekapan perniagaan dan infrastruktur.

Malaysia turun lima anak tangga dalam prestasi ekonomi ke tempat ke-11 daripada tempat keenam pada 2015.

Penurunan dalam sub-faktor ekonomi dalam negeri kepada ke-22 (2015: ke-15), perdagangan antarabangsa kepada ke-21 (2015: ke-11) dan pelaburan antarabangsa kepada ke-16 (2015: kelapan) menyumbang kepada penurunan keseluruhan faktor prestasi ekonomi, manakala negara mengekalkan kedudukan 10 teratas dalam dua sub-faktor iaitu pekerjaan di tempat kesembilan (2015: ketujuh) dan harga di kedudukan ketujuh (2015: ketiga). – Bernama

PAS Tak Kisah PKR Tolong Kempen Atau Tidak Dalam Dua PRK

KOTA BHARU – PAS mahu melihat samaaada PKR berpihak kepada Parti Amanah Negara (Amanah) atau PAS menjelang tempoh berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar bermula 6 Jun ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS dan PKR masih menjalin hubungan strategik sungguhpun parti PKR kini sudah menyertai Pakatan Harapan bersama Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP.

“Saya tidak tahu PKR hendak tolong siapa, kita serah kepada mereka. Kita juga mahu tengok PKR hendak membantu siapa. Kita tidak ada masalah dan telah bersedia sepenuhnya menghadapi PRK,” katanya kepada pemberita semalam.

PKR terutama Timbalan Presidennya Datuk Seri Azmin Ali dikatakan kecewa dengan PAS selepas parti tersebut tetap berdegil meletakkan calonnya di Sungai Besar dan menolak untuk berunding bersama PKR berhubung isu berkenaan.

Azmin sebelum ini dilaporkan meminta PAS untuk tidak bertanding di Sungai Besar bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru antara PAS, Pakatan Harapan dan BN.

Kata Menteri Besar Selangor itu, sekiranya PAS tidak meletakkan calon di Sungai Besar, beliau akan memujuk Majlis Presiden Pakatan Harapan untuk tidak bertanding di Kuala Kangsar lantas memastikan pertembungan satu lawan satu di kedua-dua kawasan PRK berkenaan.

Walaubagaimanapun, PAS dengan nada tegas menyatakan parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar merupakan kawasan tradisi partinya bertanding dan tidak akan melepaskannya kepada parti lain. – Malaysian Digest

15 Kakitangan Imigresen Dibuang Kerja Kerana Sabotaj Sistem MyIMMs

SEPANG – Jabatan Imigresen mengambil tindakan tatatertib terhadap 37 pegawai dan kakitangannya kerana terbabit dalam kegiatan sabotaj terhadap Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs).

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Seri Sakib Kusmi, berkata daripada jumlah itu, 15 pegawai dan kakitangan dibuang kerja, 14 lagi digantung manakala, lapan ditangguh pergerakan gaji.

Menurutnya, tindakan tatatertib terhadap mereka dilakukan sejak Februari lalu.

“Mereka yang terbabit terdiri daripada pegawai dan kakitangan pelbagai skim perkhidmatan peringkat sokongan yang bertugas di pintu masuk utama negara.

“Selain itu, kita juga sedang dalam proses membuat pertukaran tempat bertugas terhadap 63 pegawai dan kakitangan di pelbagai peringkat,” katanya pada sidang media sempena lawatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, hari ini.

Pada masa sama, Sakib berkata, hasil siasatan dalaman pihaknya mendapati aktiviti sabotaj bermula sejak 2010 serta didalangi ejen di luar negara dan menggunakan rakyat tempatan termasuk pegawai imigresen yang membantu dalam aktiviti sebotaj sistem MyIMMs. – HMetro

“Bukan Islam Jangan Masuk Campur Hal Ehwal Islam” – Ramesh Rao

PETALING JAYA – Bukan Islam tidak sepatutnya masuk campur dalam undang-undang Islam kerana ia khusus untuk umat Islam, kata Presiden Pertubuhan Minda Sosial dan Prihatin (PMSP) Ramesh Rao.

Pendirian Ramesh bertentangan dengan pemimpin bukan Islam lain daripada kedua-dua blok politik (BN dan PH) yang secara terbuka membantah usul Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah)(Pindaan) 2016.

Menulis di Facebook semalam, Ramesh menyatakan sokongan kepada RUU berkenaan yang akan membuka laluan kepada hudud dilaksanakan di Kelantan.

“Hudud hanya untuk umat Islam, maka tidak elok mereka yang tidak berkenaan masuk campur urusan agama orang lain,” tulisnya.

Ramesh menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memegang teguh pendiriannya untuk mengukuhkan Islam walaupun menerima tekanan daripada pelbagai pihak.

“Minta Najib jangan tunduk dengan ugutan MCA dan Gerakan.

“Banyak lagi yang lebih relevan dalam kalangan parti komponen sedia berkhidmat jika diberi peluang,” katanya.

Kenyataan Rao itu susulan ugutan dibuat pemimpin parti komponen BN yang pada hujung minggu lalu berikrar untuk meletakkan jawatan dalam Kabinet jika hudud dilaksanakan.

Ini termasuk Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC (Menteri Kesihatan) Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan Presiden Gerakan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) Datuk Mah Siew Keong.

Ketiga-tiga pemimpin itu membantah RUU yang dibentangkan di Parlimen Khamis lalu, untuk meminda undang-undang yang akan membolehkan hudud dilaksanakan di Kelantan sebagai tidak “berperlembagaan”. – FMT

‘Semuanya Bodoh, Sanggup Ambil Janda Mati Laki!’ – Syed Rosli

KUALA LUMPUR – Bekas calon jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Syed Rosli Jamalulail menyifatkan tindakan mencalonkan balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad, Datin Mastura Yazid, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, sebagai tindakan bodoh.

Beliau turut mempersoalkan apakah tiada lagi calon lain yang lebih layak untuk bertanding di Kuala Kangsar sehingga memutuskan untuk mengambil balu yang masih dalam edah.

“Apa tiada pemimpin lain di Umno Kuala Kangsar lain yang layak ke? Semuanya bodoh belaka kerana sanggup mengambil janda yang mati laki untuk jadi calon? Tak puas keturunan kamu mensakau ke? P*****k kau Mastura!,”tulisnya dalam statusnya di Facebook, semalam.

Dalam status tersebut, beliau turut mendoakan keburukan terhadap keluarga Mastura sehingga turut mempertaruhkan nyawa sendiri.

Terdahulu, Syed memuat naik gambar statusnya sebagai calon bebas PRK P067 Kuala Kangsar untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut selepas kematian Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang melibatkan nahas helikopter di Sarawak-SuaraTV

Video: Wanita Mengamuk Gara-Gara Tak Dapat Jadi ‘Dealer’

SHAH ALAM – Gara-gara tidak dapat menjadi ‘dealer’ untuk sebuah syarikat pakaian menyusu yng dikenali sebagai Feedmilk Boutique, seorang wanita telah mengamuk di butik pakaian tersebut.

Video insiden tersebut telah dirakam oleh salah seorang pelanggan kedai tersebut dan jelas menunjukkan wanita tersebut melepaskan kemarahan dengan merosakkan beberapa barang di butik terbabit seperti komputer, pintu dan pakaian.

Menurut satu muat naik status butik tersebut di Facebook, wanita terbabit mengamuk gara-gara tidak dapat menjadi dealer kerana senarai untuk menjadi pengedar pakaian butik tersebut telah penuh.

” terpaksa di postkan, supaya perkara ni tak berlaku lagi, benda ni berlaku sebenarnya tempoh hari masa hari pengambilan dealer, salah faham berlaku dan ada seorang akak ni datang dari johor, tak dapat jadi dealer,sebab dah Fully booked,”katanya dalam status tersebut.

Dalam insiden tersebut, tiada sebarang kecederaan berlaku dan kes ini masih dalam siasatan.

Dalam pada itu, video yang berdurasi 18 saat ini telah menarik perhatian netizen dan rata-rata daripada mereka memuat naik komen yang menarik.

“tu la. petunjuk dah tu kenapa dia tak sempat daftar jadi dealer. Kalau dia jadi dealer kena pulak marah dengan customer, mau dia maki balik customer tu. Adab mana kak kalau ye pon nak sangat jadi dealer, fikir la barang tu bukan kita punya. owner punya,” kata Ahmad Najmi.

” Allah nak tunjuk yang manusia tu tak layak jadik dealer … Bayangkan kalau manusia tu jadik dealer,” ujar Izzuddin Bin Khalidi.

“Ganasnya..akak tu dah kahwin ke..kalau dah kawin saya simpati dengan laki dia dapat Bini cmtu,” tulis Diyana Nordin. -SuaraTV

Warga emas ditahan mengemis, miliki 2 isteri


PENGEMIS yang ditahan disoal siasat.

Jitra: Sudah ditahan dua kali dalam tempoh empat bulan, namun seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan bagai tidak serik apabila memberi alasan melakukan aktiviti mengemis untuk menyara dua isteri warga Thailand dan anak.

Lelaki berusia 65 tahun dikenali sebagai Rahim dari Padang Terap, di sini, mendakwa wang bantuan bulanan RM350 tidak mencukupi kerana perlu menampung isteri pertama berusia 50 tahun dan isteri kedua berusia 30 tahun serta dua anak berumur 12 dan tujuh tahun.

Dia ditahan bersama dua lelaki lain iaitu warga Thailand dan Vietnam serta seorang wanita tempatan berusia antara 30 hingga 70 tahun dalam Op Pengemis oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Kubang Pasu di pasar malam Jitra, di sini, jam 6.30 petang kelmarin.

Rahim mendakwa dia perlu mencari wang tambahan untuk menampung empat ahli keluarganya kerana hanya isteri kedua saja bekerja sebagai penoreh getah di Durian Burung, Padang Terap untuk meringankan beban ditanggungnya.

“Saya tiada pilihan lain, selain menebalkan muka mengemis kerana mahu menyara keluarga disebabkan tidak mampu melakukan pekerjaan lain sebagai sumber pendapatan.

“Dengan bermodalkan RM5 untuk mengisi minyak motosikal rakan, saya mampu memperoleh antara RM50 hingga RM100 dalam masa tiga jam apabila mengemis di pasar malam ini.

“Duit hasil mengemis dibahagi dua dengan rakan dan bakinya diserahkan kepada isteri untuk kegunaan mereka,” katanya.

Menurutnya, walaupun wang diperoleh tidak banyak, namun dia perlu membahagikannya dengan rakan yang menghantarnya ke setiap lokasi pasar malam kerana membantu mencari rezeki.

“Rakan jemput saya di rumah sebelum dibawa ke lokasi mengemis dan dia menjemput semula sebaik tiba masa ditetapkan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah JKM Kedah Mohamad Noor Chik berkata, pihaknya berharap orang ramai lebih berhati-hati bagi mengelakkan tertipu kerana ada sesetengah pengemis berkenaan diupah sindiket.

“Ada juga pengemis warga asing menjalankan operasi haram menggunakan nama agama sebagai cara mendapat wang secara mudah.

“Melalui siasatan JKM ada dalam kalangan pengemis mengaku beragama Islam dengan berlakon memakai tudung sedangkan mereka beragama lain dan hanya muncul menjelang Ramadan,” katanya.

http://ift.tt/1Wufzis

Mahu dakwa isteri Netanyahu

TEL AVIV – Polis Israel bercadang untuk mengenakan tuduhan jenayah ke atas isteri Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu yang disyaki menyalahgunakan dana negara dan perbelanjaan isi rumah yang melambung tinggi.

Kelmarin, jurucakap pihak berkuasa memaklumkan mereka telah merumuskan siasatan ke atas Sara Netanyahu dan mengemukakan laporan tersebut kepada pendakwa raya.

Difahamkan, tuduhan ke atas isteri pemimpin itu melibatkan penyalahgunaan dana bagi menjaga bapanya yang uzur sebelum dia meninggal dunia selain berbelanja besar untuk makanan mewah.

Bagaimanapun, Netanyahu menafikan dakwaan tersebut melalui Facebook selain turut mempertahankan isterinya. – Press TV

http://ift.tt/1WufECK

Anak hasil hubungan 3 malam pesta

Kuala Lumpur : “Ini anak Tahun Baru, yang ini Valentine (Hari Kekasih), ini pula Merdeka (Hari Kebangsaan),” kata Pengurus Rumah Kebajikan Pertubuhan Kebajikan Nur Hati Mohd Zaid Mohd Shah, 33, menceritakan trend gejala sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan remaja perempuan.

Beliau berkata, hampir semua anak tidak sah taraf berada di rumah kebajikan itu hasil hubungan terlarang ibu bapa mereka ketika hari berkenaan terutama Tahun Baru dan Hari Kekasih.

Katanya, pihaknya menerima kehadiran bayi tidak sah taraf paling ramai pada Ogos hingga November.

“Hasil kajian dan soal selidik membabitkan gadis terlanjur dan kelahiran bayi mendapati mereka ini dilahirkan sempena Hari Kekasih, Tahun Baru dan Hari Kebangsaan.

“Kami menerima 20 bayi Hari Kekasih, Hari Kebangsaan (15) dan Tahun Baru (10) dengan purata setahun bayi tidak sah taraf mencecah 35,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

http://ift.tt/25x7fnj

Tak Jadi Kafir Tolak RUU Hadi, Kata Ustaz PKR

Pihak yang menolak usaha PAS meminda Akta 355 tidak boleh dituduh kafir, murtad, munafik atau sesat, kata seorang ustaz muda PKR Wan Ji Wan Hussin.

Ketua biro agama Pemuda PKR itu berkata, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya membentangkan pindaan sebuah akta dan bukan membentangkan hukum syariah.

Wan Ji juga berkata, gelaran sama tidak boleh diberikan terhadap pihak yang menolak enakmen hudud di Kelantan.

“Ini kerana enakmen itu sendiri dipenuhi dengan pandangan ulama-ulama PAS, bukan sepenuhnya syariah.

“Sifat syariah tidak boleh diubah dan dipinda kerana ia hak mutlak Allah,” kata Wan Ji di laman sosial Facebook beliau.

Beliau berkata, pindaan dibuat pada enakmen itu sebelum ini kerana ia hanya pandangan golongan itu.

“Jika mereka anggap enakmen itu adalah syariah, sudah pasti mereka tidak akan pinda.

“Justeru, jika ada menganggap murtad kepada orang yang tidak menerima enakmen itu, sudah pasti ulama-ulama PAS yang pinda itu lebih murtad.

“Kerana meminda lebih teruk dari tidak terima. Ini sudah pasti mustahil,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kecenderungan mengafirkan di Internet oleh pihak yang menolak usaha Hadi itu.

Kerajaan pada minggu lalu mengusulkan supaya rang undang-undang persendirian Hadi bagi meminda Akta Mahkamah Syariah di parlimen dipercepat.

Hadi bagaimanapun meminta ia ditangguhkan ke sidang depan kerana kesuntukan masa. – Mkini

Gagal Patuh Kualiti Perkhidmatan, SKMM Kompaun Syarikat Telco

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengeluarkan kompaun berjumlah RM660,000 kepada syarikat-syarikat pemberi perkhidmatan telekomunikasi kerana gagal mematuhi kualti perkhidmatan dan pendaftaran kad sim prabayar.

SKMM dalam kenyataan semalam berkata, 12 kompaun berjumlah RM600,000 dikeluarkan untuk kesalahan ketidakpatuhan kepada ‘Guidelines On Registration of End-Users of Prepaid Public Cellular Services’ iaitu kegagalan membuat pengesahan maklumat pengguna akhir semasa pendaftaran kad sim prabayar.

Dua kompaun dikeluarkan kepada Maxis Mobile Services Sdn. Bhd. berjumlah RM100,000, lima kompaun masing-masing DiGi Telecommunications Sdn. Bhd. (RM250,000) dan Celcom Mobile Sdn. Bhd. (RM250,000). Setiap kompaun bernilai RM50,000.

SKMM berkata ia juga mengeluarkan lima kompaun berjumlah RM60,000 terhadap tiga syarikat pemberi perkhidmatan telekomunikasi, dua syarikat Pengendali Rangkaian Maya Mudah Alih (Mobile Virtual Network Operator) dan sebuah badan penyiar kerana kesalahan ketidakpatuhan terhadap Standard Mandatori mengenai kualiti perkhidmatan.

Bagi kesalahan itu, satu kompaun dikeluarkan kepada Celcom Axiata Bhd. berjumlah RM20,000, manakala satu kompaun masing-masing berjumlah RM10,000 kepada Red One Network Sdn. Bhd., DiGi Telecommunications Sdn. Bhd., Merchantrade Asia Sdn. Bhd. dan Husa Network Sdn. Bhd..

“Kawal selia SKMM terus bertumpu kepada kualiti perkhidmatan dan pendaftaran kad sim prabayar.

“Justeru itu, SKMM memandang serius kesalahan yang melibatkan pendaftaran kad sim prabayar dan akan mengambil tindakan tegas termasuk pendakwaan terhadap pemberi perkhidmatan atau pengedar yang gagal mematuhi kehendak Standard Mandatori dan Garis Panduan SKMM bagi memastikan hak dan kepentingan pengguna dipelihara,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Militan IS Jual ‘Hamba Seks’ Dalam Talian

WANITA muda itu mungkin hanya berusia sekitar 18 tahun, berkulit umpama buah zaitun dan rambut menutupi sebahagian wajahnya.

Gambaran yang dipaparkan dalam satu imej yang dimuat naik di laman Facebook itu menunjukkan gadis itu cuba tersenyum tanpa mahu memandang ke arah jurugambar.

Kapsyen Facebook itu mengejutkan: ‘Dia untuk dijual’

“Untuk lelaki berhajat membeli hamba, ini dijual dengan harga $8,000,” catatan Facebook itu berbunyi, ditujukan untuk kumpulan militan Daish (militan IS) yang menggelar dirinya Abu Assad Almani.

Lelaki yang sama itu kemudian memuat naik imej kedua beberapa jam kemudian, kali ini seorang gadis muda, berwajah pucat dan matanya merah dek menangis.

“Seorang lagi sabiyah (hamba), juga pada harga $8,000,” bunyi catatan tersebut. ‘Ya, atau tak?’

Beberapa jam kemudian, imej itu ‘hilang’ — seolah-olah dipadamkan dari laman media sosial popular itu. Namun, tiada penjelasan jika pemilik akaun FB tersebut memuat naik status sebegitu untuk dirinya sendiri atau sekadar memberi komen perihal isu penjualan ‘hamba seks’ berkenaan.

Menurut pakar, status yang dimuat naik di laman media sosial itu menjurus kepada kenaikan kadar peratusan wanita yang dijual sebagai hamba seks oleh kumpulan militan tersebut.

Walaupun, tekanan demi tekanan semakin terarah terhadap kumpulan-kumpulan militan di Iraq dan Syria yang menyebabkan penganiayaan terhadap tahanan wanita – selain dijual dan ditukar oleh ahli kumpulan militan yang dipercayai tidak berduit – mereka turut berdepan masalah kekurangan makanan dan bekalan perubatan di sana.

Bukan itu sahaja, kumpulan wanita itu terpaksa berdepan dengan serangan tentera yang bertubi-tubi saban hari, menurut pakar pengganas dan kumpulan hak asasi manusia.

Laman media sosial yang dipercayai digunakan oleh kumpulan Daish sejak kebelakangan ini turut memuatkan akaun yang digunakan untuk transaksi menjual dan membeli hamba seks dengan bertonggakkan idea yang ianya merupakan undang-undang rasmi untuk berurusan dengan mereka.

Syarat-syarat termasuk sama ada boleh atau tidak untuk melakukan hubungan seks dengan tahanan bawah umur – dan ya, doktrin Daish membenarkannya, menurut pakar – dan sejauh mana seorang hamba boleh dipukul.

Sehingga insiden pada 20 Mei lalu, tidak dapat dikenal pasti jika ada mana-mana pejuang militan yang memilih untuk memuat naik sendiri imej-imej tahanan wanita untuk tujuan dijual.

Imej kedua-dua wanita yang telah dimuat naik hanya seketika sebelum dipadamkan oleh pihak Facebook, namun ia sempat dirakam oleh Institut Penyelidikan Timur Tengah (Middle East Media Research Institute) – sebuah badan bukan kerajaan bertanggungjawab memantau akaun-akaun kumpulan militan.

“Kami pernah menyaksikan banyak keganasan, namun kandungan yang diedarkan oleh ISIS sejak dua tahun lalu melangkaui apa yang telah kami saksikan sebelum ini,” kata Steven Stalinsky, pengarah eksekutif institute penyelidikan itu, selesa dengan penggunaan panggilan singkat kumpulan Daish itu.

“Penjualan hamba wanita di media sosial hanya contoh terdekat.”

Almani, yang merupakan pemilik akaun Facebook itu, dipercayai warga Jerman dan kini berjuang untuk Daish di Syria, kata Stalinsky.

Sebelum ini, individu ini pernah memuat naik beberapa catatan dengan menggunakan identity berlainan, dengan penggunaan Bahasa Inggeris yang lemah.

Catatan beliau yang terawal menunjukkan Almani arif tentang aktiviti kumpulan militant di sekitar Raqqa, yang merupakan pengkalan kumpulan militan itu di Syria. Beliau turut aktif menggunakan akaun peribadinya untuk disalurkan kepada kumpulan pengganas.

Sewaktu memuat naik imej-imej wanita tersebut, Almani dalam statusnya turut berpesan kepada kenalannya di Facebook untuk ‘mengahwini’ dan ‘datang ke Dawlah’ atau ke daerah Daish yang terletak di Iraq dan Syria.

Beliau turut mengajukan soalan sekiranya harga yang diletakkan sejumlah $8,000 itu berpatutan. Antara yang membalas turut memberi komen mereka tentang penampilan gadis-gadis itu, dan yang lain mengutuk perbuatannya kerana mereka digambarkan tanpa menutup aurat.

“Apa yang membuatkan dia (wanita) itu berbaloi dengan harga itu? Adakah dia mempunyai skil lain?,” salah seorang koresponden bertanya tentang wanita dalam imej yang kedua.

“Tidak,” jawabnya. Bekalan dan permintaan menyebabkan harga itu.”

Sehingga hari ini, Faccebook telah mula menarik perhatian kumpulan ‘watchdog’ kerana bertindak terlalu cepat terhadap kumpulan militan yang menggunakan laman itu. Namun, kumpulan militant ini juga cukup licik – menggunakan bukan satu malahan banyak akaun-akaun baharu selepas akaun-akaun lama ditutup.

Dalam satu laporan bulan lalu oleh kumpulan Hak Asasi Manusia mengimbas penderitaan lebih kurang 50 wanita warga Iraq dan Syria yang berjaya melarikan diri dari bandar-bandar tawanan kumpulan pengganas. Antara mereka termasuk merupakan bekas hamba seks Yazidi yang tampil memberi gambaran mereka mangsa seksual selepas ditukar dan dijual.

Nasib kumpulan wanita ini dilaporkan semakin buruk teruatamanya selepas tekanan terhadap tentera dan ekonomi terhadap kumpulan Daish ini.

“Semakin lama mereka menjadi tahanan ISIS, semakin buruk nasib kumpulan wanita Yazidi, dijual,dirogol dan dipisahkan dari anak-anak mereka,” menurut Skye Wheeler, penyelidik kumpulan Hak Asasi Wanita.

“Kekangan ISIS ke atas wanita Sunni (bukan hamba) menyekat mereka dari menjalani kehidupan biasa,” tambahnya. – Awani

Malaysia Kekalkan Hubungan Kukuh Dengan Rakan-Rakan Serantau, Antarabangsa – PM

KUALA LUMPUR – Malaysia akan terus memelihara hubungan akrab dan baik dengan jiran-jiran dan rakan berdagangnya, serta berhubung dan bekerjasama dalam usaha untuk mengekalkan ekonomi yang kukuh, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata Malaysia melakukan ini tanpa mengira ideologi politik negara berkenaan, sambil meneruskan pendirian yang bebas, berkecuali dan berprinsip dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.

“Membina hubungan dan perkongsian ekonomi dengan negara-negara lain dapat memupuk keamanan, kestabilan dan kemakmuran untuk rakyat.

“Itu adalah pendekatan kami – dan kami telah lihat manfaatnya, kata beliau dalam ucaptama di persidangan Meja Bulat Asia Pasifik ke-30 di sini malam Isnin.

Menyebut hubungan Malaysia dengan Singapura, beliau berkata usul Perkara-perkara Perjanjian pada 2010 selepas berdepan dengan kebuntuan selama 20 tahun, merupakan contoh baik bagaimana kedua-dua negara telah memilih bagi membelakangi batu penghalang yang wujud sekian lama untuk bergerak ke hadapan dalam semangat faedah bersama.

Beliau menambah, kedua-dua negara sedang mengkaji untuk membina keretapi berkelajuan tinggi antara Kuala Lumpur dan Singapura, dengan Memorandum Persefahaman dijangka ditandatangani pada Julai.

Di Filipina, Najib berkata Malaysia menjadi fasilitator rundingan bagi menyelesaikan pergolakan yang berlarutan lama di Asia, dan ia kini menunggu-nunggu pelaksanaan akhir Perjanjian Komprehensif mengenai Bangsamoro.

Tahun lepas, beliau berkata Malaysia turut bekerjasama dengan Indonesia, Thailand, Myanmar dan Bangladesh dalam menangani isu pendatang di laut sementara Malaysia akan juga menerima 3,000 pendatang Syria dalam dua tahun akan datang.

“Kami akan terus membantu meredakan krisis kemanusiaan sama ada dekat atau jauh, begitu juga kami akan terus membantu dan mengetuai usaha menentang radikalisme dan ekstremisme.

“Dengan memandang keluar, terbuka kepada perdagangan dan kerjasama, dedikasi kepada kesederhanaan dan toleransi, tekad memerangi bahana ekstremisme ganas, dan fokus sepenuhnya kepada keperluan dan aspirasi rakyat, inilah cara Asia-Pasifik dapat memperkukuh keselamatan kita bersama, ketika kita bergerak menuju ke dekad ketiga yang banyak pihak memanggilnya sebagai Abad Asia, kata beliau. – BERNAMA

Anak ditinggal sekejap dalam hutan sebagai hukuman, datang semula sudah hilang



Yamato Tanooka

HOKKAIDO – JEPUN . Ibu bapa kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang di pergunungan sengaja meninggalkan anak mereka sebagai hukuman dan dia sebenarnya tidak hilang seperti yang didakwa mereka sebelum ini, kata polis.

Menurut jurucakap polis, lebih 150 pasukan penyelamat dan polis mencari Yamato Tanooka selepas dilaporkan hilang di kawasan pergunungan utara kepulauan Hokkaido.

Kedua ibu-bapanya kanak-kanak itu memberitahu polis, Yamato hilang ketika mereka berjalan di kawasan pergunungan berkenaan yang merupakan habitat beruang ketika mencari sayuran hutan.

Bagaimanapun, ibu bapa kanak-kanak itu kemudian mengaku mereka sebenarnya berbohong.

“Ibu-bapa mangsa meninggalkannya di kawasan hutan sebagai hukuman.

“Mereka kembali semula ke kawasan berkenaan namun mendapati kanak-kanak itu tidak berada di situ lagi,” kata jurucakap.

Bapa kanak-kanak itu memberitahu wartawan TV Asahi, mereka takut mengakui perkara sebenar.

Sementara itu memetik The Telegraph, bapa kanak-kanak itu meninggalkan anak mereka sebagai hukuman kerana melemparkan batu ke kereta.

Mereka hanya meninggalkan Yamato sejauh 500 meter selama lima minit namun apabila kembali kanak-kanak itu tidak berada di lokasi tersebut.

Pencarian masih diteruskan dan kehilangan Yamato sudah masuk hari kedua.

http://ift.tt/1O0hubV

China haramkan pelajar koyak buku jika stress

XIAMEN – CHINA . Sebuah bandar di China mengharamkan pelajar sekolah tinggi mengoyakkan buku teks atau menjerit di lorong bagi melegakan tekanan peperiksaan, lapor media.

Pengharaman tersebut dikeluarkan oleh Biro Pendidikan Xiamen, 10 hari sebelum peperiksaan kebangsaan memasuki kolej.

Hampir 10 juta pelajar di seluruh China akan menduduki peperiksaan paling sukar di negara itu selama dua hari setiap tahun, lapor China Youth Daily.

Sementara itu, memetik CCTV, sejak tahun tahun kebelakangan ini, ramai pelajar mengoyak buku teks dan melemparkan di luar bangunan sekolah malah ada yang memilih untuk menjerit bagi mengurangkan tekanan.

Pegawai rasmi Xiamen menggalakan sekolah untuk membiarkan pelajar melegakan tekanan dengan cara yang lebih sihat.

Peperiksaan yang dikenali sebagai ‘Gaokao’ akan menentukan sama ada pelajar layak untuk memasuki universiti.

Menurut Global Times, tujuh pelajar di wilayah Hubei didakwa dibuang sekolah tahun lepas selepas mengoyakkan buku teks dan membuangnya keluar dari tingkap sekolah.

Bagaimanapun, sekolah itu kemudian berkata, pelajar terbabit hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan mengambil peperiksaan.

http://ift.tt/1O0hJUr

Ketum ‘ibu dadah’, kesan lebih teruk daripada heroin – bekas penagih

GHAZALI sifatkan ketum sebagai ibu dadah.

KUALA LUMPUR – Percaya atau tidak, ketum yang dimomokkan sebagai baik untuk kesihatan sebenarnya dianggap ibu dadah kerana kesan dan trauma fizikal akibat rasa giannya yang jauh lebih perit berbanding gian dadah sintetik.

Malah, ketum juga boleh menghilangkan rasa ‘rindu’ atau dalam bahasa penagih, boleh ‘potong’ semua dadah sintetik menyebabkan tiada penagih minum ketum ketika mereka high kerana jika tidak, kesan high itu akan hilang.

Gelaran ‘ibu dadah’ itu diberikan sendiri penagih berdasarkan pengalaman mereka, sekali gus membuktikan dakwaan kononnya ketum tidak boleh disamakan dengan dadah seperti ganja, candu dan sebagainya adalah meleset sama sekali.

Berkongsi pengalamannya selama 25 tahun sebagai penagih, Ghazali, 53, yang berasal dari Kampung Sungai Korok, Kuala Jerlun, Kedah, berkata, kesakitan fizikal akibat gian ketum empat kali ganda lebih teruk daripada heroin.

Bapa kepada lima anak yang kini merupakan penagih tegar ketum sejak 12 tahun lalu berkata, berbeza dengan kesan gian heroin yang mampu hilang dalam tempoh seminggu jika dirawat di pusat pemulihan, penagih ketum sebulan akan menjadi seperti ‘kain buruk’.

“Ketagih ketum ini teruk, dulu saya ambil ‘Pokteh’ (heroin) tapi bagi saya ketum sama macam candu, dia (ketum) ‘ibu’ kepada dadah. Dia boleh ‘potong’ segala dadah, kalau gian dadah paling lama pun seminggu, tapi ketum ini sebulan tak boleh tidur, jadi ‘kain buruk’.

“Badan kita tiba-tiba akan jadi kejang, batuk pula sampai macam nak terkeluar kerongkong, badan jadi lesu selesunya,” kata Ghazali menceritakan pengalamannya berdepan dengan trauma gian ketum kepada Utusan Malaysia di Kedah baru-baru ini.

Ditanya sama ada rasa gian itu disebabkan campuran dengan dadah lain, Ghazali berkata, dia yang memerlukan sekurang-kurangnya lima plastik ketum sehari tidak mencampurkan air ketum dengan mana-mana dadah atau bahan terlarang lain.

Sependapat dengan Ghazali ialah Faizal, 35. Pesawah yang menjadikan air ketum sebagai ‘teman setianya’ sejak 10 tahun lalu itu berkata, pengalaman dua kali ditahan di pusat rawatan menyedarkannya bahawa dakwaan ketum baik untuk kesihatan adalah meleset.

Faizal yang berasal dari Permatang Bonglai, Kubang Pasu berkata, sebagai anak jati Kedah, asalnya dia juga terpengaruh dengan dakwaan ketum dapat menguatkan badan apatah lagi kerjanya sebagai pesawah menuntut kudrat yang banyak.

“Ketum ini bila berpeluh lagi kuat buat kerja, lagi peluh lagi syok, kita tak rasa penat walaupun kita kerja tengah panas. Kita tak rasa panas, tiada masalah untuk saya buat kerja bendang walaupun matahari tegak atas kepala.

“Tapi kalau tak ambik ketum, badan saya langsung larat nak buat kerja, jadi malas dan akhirnya bila ditahan di pusat rawatan, derita gian ketum ini cukup menggila,” katanya yang setuju jika ketum dimasukkan di bawah Akta Dadah Berbahaya.

Sementara itu, seorang lagi penagih tegar ketum, Taufik, 33, berkata, dakwaan kononnya ketum tidak memudaratkan dibuat pihak yang tidak pernah merasa trauma dan penderitaan akibat gian, kerana adalah menjadi budaya masyarakat di Kedah untuk meminumnya hampir setiap hari.

Dia yang asalnya penagih ubat batuk sebelum beralih kepada ketum berkata, dadah lain kebiasaannya mendorong kepada rasa ‘rindu’ yang kuat tetapi semua rasa itu akan hilang tidak lama selepas meminum ketum.

“Pihak yang mendakwa ketum ini tidak memudaratkan, barangkali tak pernah rasa derita bila mereka tidak ambil ketum dalam tempoh dua hingga tiga minggu, bila rasa sendiri derita itu mereka akan faham kenapa kami anggap ketum ‘ibu dadah’,” katanya.

http://ift.tt/1U90blq