Sunday, May 29, 2016

Petir ‘mengganas’ di Eropah

http://www.youtube.com/watch?v=ApujASTrAFg

http://www.youtube.com/watch?v=MlMEPGeTZKE

PARIS – Seorang lelaki maut dan sebilangan mangsa lain termasuk kanak-kanak cedera akibat disambar petir di sebahagian kawasan di Eropah kelmarin termasuk sebuah taman di Paris dan padang bola sepak di Jerman.

Di selatan Poland, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 40 tahun terbunuh selepas disambar petir semasa turun dari Gunung Babia Gora, demikian lapor media tempatan.

Menurut stesen televisyen TVN24 dan agensi berita PAP, tiga mangsa lain di wilayah itu cedera disambar petir, manakala seorang lelaki berumur 61 tahun lemas dalam air banjir.

Di Jerman, lebih 30 orang dibawa ke hospital di kampung Hoppstaedten, barat negara itu apabila petir menyambar padang semasa satu perlawanan bola sepak yang disertai kanak-kanak hampir tamat.

Kebanyakan mangsa kejadian itu ialah kanak-kanak. Mereka kemudian dibawa ke hospital berdekatan sebagai langkah berjaga-jaga namun didapati tidak cedera.

Tiga orang dewasa bagaimanapun parah dan dikejarkan ke hospital menggunakan sebuah helikopter termasuk seorang pengadil berusia 45 tahun yang terkena sambaran tepat.

Di Paris pula, 11 orang dengan lapan daripadanya kanak-kanak cedera dalam kejadian serupa semasa menghadiri sebuah parti hari jadi di taman Parc Monceau, barat laut kota raya itu.

“Kumpulan ini berlari untuk berteduh di bawah sebatang pokok apabila hujan mula turun.

“Mereka disambar petir semasa berteduh,” kata jurucakap jabatan bomba Paris, Eric Moulin. – AFP

Sumber: http://ift.tt/25srCOU