Monday, November 7, 2016

Video: Geng Merah Sedia Jadi ‘Pengawal Keselamatan’ Bersih 5

KUALA LUMPUR – Pemimpin Gerakan Merah, Datuk Jamal Yunos memberi jaminan kepada penganjur Bersih 5 akan menyediakan ‘pengawal keselamatan’ kepada mereka sekiranya perhimpunan Bersih dilakukan di dalam stadium.

Menurutnya, beliau akan menyediakan seramai 2000 orang pengawal keselamatan bagi membantu mereka menjaga keselamatan ketik perhimpunan.

“Tapi jika mereka bersetuju untuk berhimpun di kawasan Stadium di Shah alam kerana selangor ini adalah negeri mereka kami rela untuk menjadi pengawal keselamatan kepada mereka di dalam Stadium Shah alam, Stadium Bukit Jalil atau dimana-mana stadium.

“Kami akan memberikan sumbangan tenaga seramai 2000 orang untuk menjadi pengawal keselamatan kepada Bersih sekiranya mereka buat di stadium.,” katany ketika ditemui media selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Ipd Dang Wangi, tadi.

Namun beliau turut memberi amaran kepada penganjur Bersih 5 bahawa mereka akan bertindak sekiranya mereka masih berdegil mengadakan demonstrasi jalanan pada 19 November ini.

“Dan saya juga menyatakan kepada pihak polis yang kami beri jaminan sepenuhnya jika ada perhimpunan bersih pada 19 november akan datang, kami juga akan ada di tempat dan waktu bersih ada di sana.

“Tidak ada kuning, tidak ada merah, namun jika mereka ingkar bersedialah berhadapan dengan kami kerana kami telah mempersiapkan diri untuk berdepan dengan mereka,” ujarnya.

Terdahulu, permohonan Geng Baju merah untuk mengadakan perhimpunan pada hari yang sama dengan Bersih 5 telah ditolak oleh Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.

Jelas penderian pada hari ini datang ke IPD untuk berbincang dan permohonan kami telah ditolak oleh bandaraya, tapi kami tidak teragak-agak untuk mengerakkan semua penyokong kami diseluruh negara.-SuaraTV

Tapi kalau mereka ingkar

Tokoh Ulama Tertua Kelantan, Ayah Mat Lundang Paku Meninggal Dunia

KOTA BHARU – Ulama tersohor dan tertua di Kelantan, Allahyarham Tuan Guru Mamat Awang Noh atau mesra dengan panggilan Ayah Mat Lundang Paku meninggal dunia hari ini.

Allahyarham yang merupakan seorang tokoh agama cukup disegani di seluruh negara ini selamat dikebumikan di Madrasah Lundang Paku, Paya Zaman, Dewan Betta di sini jam 10.30 pagi bersebelahan dengan pusara gurunya, Allahyarham Tok Ayah Said yang meninggal pada tahun 1984.

Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Madrasah Lundang Paku sebelum dikebumikan itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 4.45 pagi di sisi cucu tirinya dan murid-murid lain di madrasah yang diasasnya sejak 40 tahun itu akibat sakit tua.

Anak muridnya, Mohd. Idris Haron,47, berkata, Allahyarham meninggal dunia ketika sedang tidur sebelum disedari oleh cucu tirinya.

‘‘Allahyarham semasa hayatnya merupakan seorang insan yang cukup gigih mendalami ilmu agama selain mempunyai anak murid yang ramai di seluruh negara.

‘‘Pemergian Allahyarham amat dirasai kerana Ayah Mat ba­nyak menghabiskan masanya dengan me­ngajar agama,” petik Utusan.

Terdahulu, Ayah Mat Lundang Paku berusia 127 tahun ini me­rupakan di antara ulama tertua di Kelantan dan difahamkan sewaktu zaman mudanya, Allahyarham banyak menuntut ilmu agama dan telah berulang alik ke Mekah sebanyak 12 kali.

Allahyarham juga dikatakan merupakan anak murid dan sahabat Tok Kenali, juga seorang tokoh ulama tersohor di Kelantan.

Waspada tawaran keahlian syarikat pelancongan

Quote:

IPOH: Orang ramai harus berwaspada sebelum menjadi ahli kepada mana-mana agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai tawaran istimewa pakej pelancongan kepada ahli

Ketua Pemuda MCA Ipoh Barat, Aldrich Low, berkata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan tidak pernah mengiktiraf atau menyokong sebarang pengeluaran kad keahlian pelancongan selain sudah mengeluarkan surat larangan penjualan kad keahlian oleh sebarang agensi pelancongan bermula 11 Januari 2008

“Berdasarkan maklum balas yang saya terima daripada Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, walaupun syarikat berkenaan sah didaftar dan dilesenkan di bawah kementerian itu, pengeluaran kad keahlian pelancongan tidak diiktiraf oleh kerajaan

“Jadi, saya ingin menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati terhadap sebarang tawaran daripada syarikat pengendali pelancongan yang mengenakan premium tahunan bagi mendapat kad keahlian yang kononnya menawarkan pelbagai keistimewaan termasuk diskaun percutian, hotel, taman tema, serta insurans kemalangan peribadi,” katanya pada sidang media di Pejabat MCA Perak, di sini, hari ini

Sidang media itu dibuat susulan kes seorang mangsa, Tan Lay Yen, 26, yang membuat laporan polis serta Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) selepas berasa tertipu apabila tidak dapat membatalkan keahliannya bagi pakej pelancongan berserta insurans yang dibeli atas tawaran dalam talian daripada sebuah syarikat pengendali pelancongan

Menerusi kenyataannya, Lay Yen mendakwa dipaksa membayar premium tahunan sebanyak RM330 setahun bagi mendapatkan keistimewaan sebagai ahli walaupun ingin menamatkan keahliannya pada tahun ini

“Saya mula mendapatkan keahlian dari syarikat itu sejak tahun lalu namun selepas berasa rugi berikutan tidak kerap melancong, saya bercadang menamatkan keahlian tahun ini

“Bagaimanapun, apabila pembatalan untuk tahun ini diusulkan, syarikat berkenaan enggan menamatkan keahlian saya dan memaksa saya membayarnya untuk tahun ini,” katanya

Low bagaimanapun menyifatkan kes berkenaan sudah selesai selepas syarikat terbabit mengembalikan semula wang yang dicaj daripada kad kreditnya sebanyak RM660 iaitu pembayaran untuk tempoh dua tahun

“Walaupun kes ini sudah selesai, namun saya sarankan agar orang ramai yang pernah atau sedang mengalami kejadian serupa agar membuat laporan kepada polis serta TTPM bagi mengelakkan perkara ini berulang selain dapat mengembalikan hak mereka,” katanya

Selanjutnya di : http://ift.tt/2fbDVOa


Lima tahun dalam hutan

Quote:

KULIM – Penduduk di Labu Besar, di sini menggesa pihak terlibat segera menyelamatkan seorang pemuda berusia awal 30-an yang hidup di dalam hutan lebih lima tahun lalu

Pengusaha stesen minyak, Mohd Nordin Ismail, 52 berkata, pemuda yang hanya dikenali sebagai Faizal atau ‘budak hutan’ itu dipercayai sebelum ini tinggal di Kampung Keda Bagan Sena dengan keluarganya bagaimanapun menghilangkan diri ke dalam hutan dan tidak lagi pulang ke rumahnya

Menurutnya, keadaan pemuda tersebut begitu menyayat hati dan tidak terurus seolah-olah seperti tidak waras

“Lebih lima tahun dah penduduk di sini nampak dia. Selalunya dia akan sembunyikan diri dalam hutan

“Kalau lapar baru dia keluar pergi ke kedai makanan minta nasi dan air. Tapi peniaga yang kenal dengan dia hanya memberi makanan percuma sahaja kerana kasihan dengan nasibnya

“Kadangkala kalau hujan lebat barulah dia mencari rumah kosong untuk bermalam di situ, bila siang dia masuk ke dalam hutan kelapa sawit dan belukar di sini,” katanya

Mohd Nordin berkata, waris pemuda tersebut juga pernah bertemu dengannya dan meminta supaya anaknya itu diselamatkan kerana mereka tidak mampu berbuat apa-apa lagi

“Saya juga pernah membuat aduan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pihak polis namun dia berjaya melarikan diri di dalam hutan

“Walaupun dia tak kacau orang tetapi penduduk gusar kerana Faizal sering membuang najis merata-rata,” katanya

Katanya, Faizal juga hanya akan berbual dengan orang yang dikenalinya dan sering meminta wang kepada mereka untuk membeli makanan

http://ift.tt/2fyuJ4S


Gempa bumi Berskala 6.0 magnitud melanda Indonesia

Jakarta – Gempa bumi berukuran 6.0 pada skala Richter melanda luar wilayah Banten Indonesia pada Selasa, tetapi tidak berpotensi untuk tsunami, kata pegawai cuaca.

Pusat gempa berada pada 271 km barat daya wilayah Lebak, 10 km di bawah dasar laut, Menurut seorang pegawai daripada agensi meteorologi dan geofizik .

“Kami tidak mengeluarkan amaran untuk tsunami,” katanya kepada agensi berita Xinhua.Sementara itu Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa itu berada pada skala 5.6 magnitud.

Ular melingkar dalam pesawat cetus panik ketika penerbangan

Quote:

MEXICO CITY: First class passengers on a recent Aeromexico flight were confronted by a slithery stowaway, in a jaw-dropping scene reminiscent of the tongue-in-cheek action film “Snakes in a Plane.”

A university rector from Torreon posted video on Twitter of the unwelcome passenger snaking its way out of a an overhead bin and dropping into the cabin.

“The flying viper, HA HA HA,” he joked.

The mile-high stir was enough for air traffic authorities to give the jet – a domestic flight from Torreon to Mexico City – a priority landing.

Animal expert Juan Carlos Gomez Juarez said it was clear from the video that the passengers were not dealing with a poisonous species.

Nobody was hurt but a few passengers were upset. “It is just really common for people to panic when they see snakes,” said Gomez Juarez.

Aeromexico said it was investigating how the snake wound up on the jet.–AFP


Kempen Terakhir : Hillary Gelar Trump Sukar Diramal

PHILADELPHIA – Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Demokrat, Hillary Clinton menggesa ribuan pengundi menolak lawannya dari parti Republikan, Donald Trump yang sukar diramal dalam kempen terakhirnya, semalam.

AFP melaporkan, Hillary berkata, terdapat pilihan yang jelas dalam pilihan raya kali ini sama ada perpecahan atau perpaduan.

“Antara ekonomi yang sesuai untuk semua orang atau hanya untuk golongan yang di atas selain pilihan untuk kepimpinan yang kuat dan stabil atau seseorang yang sukar diramal dan meletakkan sesuatu dalam risiko,” katanya.

Waris Mangsa Maut Dihempap Kren Harap Siasatan Disegerakan

KLANG – Waris keluarga pasangan suami isteri yang maut selepas kereta mereka dihempap jentera cerucuk besi di Bandar Bukit Raja di sini Jumaat lepas meminta siasatan punca kejadian itu segera diselesaikan.

Anak sulung mangsa, Muhamad Zahidin Abd Rahim, 32, berkata andai punca sebenar diketahui, ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesedihan keluarganya akibat kemalangan tragik yang meragut nyawa ibu bapanya.

Menurutnya, subkontraktor bagi projek pembinaan Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat, WCE Holdings Berhad, memberikan kerjasama dengan baik dalam memberi penjelasan berhubung insiden berkenaan.

“Kita memang serahkan kepada polis dan agensi terlibat untuk siasat siapa yang bersalah dan punca sehingga berlakunya insiden seperti itu, namun diharapkan agar ia dapat segera diselesaikan.

“Tapi kami sedikit kesal apabila datang ke kawasan pembinaan itu, kami lihat ada aspek keselamatan yang kurang dititikberatkan, mungkin itu punca jentera tersebut tumbang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Muhamad Zahidin lagi, dua adiknya, Siti Hajar, 17, yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Siti Nordiana, 13, tenang dan reda dengan pemergian ibu bapa mereka dan keluarga itu juga terus memberi sokongan supaya ia tidak mengganggu pelajaran mereka.

Sementara itu, peguam yang dilantik keluarga berkenaan, Mohd Fadly Hashim menyatakan tindakan sivil mungkin akan diambil terhadap pihak yang sepatutnya bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.

“Namun kita akan tunggu dulu hasil siasatan yang sedang berjalan supaya kita tahu apakah puncanya dan salah siapa, baru kita putuskan sama ada akan ambil tindakan sivil atau tidak.

“Kita amat terharu dengan keprihatinan WCE Holdings Berhad menyalurkan sagu hati kepada keluarga ini untuk pembiayaan urusan kematian malah kerjasama mereka cukup baik dan mereka yang hubungi kami dulu sejak kemalangan itu,” katanya.

Dalam kemalangan itu, Abd Rahim Abd Rahman, 51, dan isterinya, Nurhayati Rosli, 46, seorang warga Indonesia, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala apabila kereta yang dinaiki mereka dihempap jentera cerucuk besi ketika melalui kawasan tapak pembinaan di Persiaran Astana, Meru, di sini. – Bernama

Putera Charles Serah Replika Al-Quran Dipercayai Wujud Era Khalifah Abu Bakar

DUBAI – Pewaris takhta Britain, Pu­tera Charles akan menye­rahkan replika digital helai­an al-Quran yang ditemui oleh Universiti Birmingham, da­lam lawatannya ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

BBC melaporkan, salinan manuskrip al-Quran itu akan menjadi simbolik kepada hubungan budaya antara Britain dan UAE.

Helaian al-Quran asal dan mungkin yang tertua di dunia itu tersimpan di Universiti Birmingham sehingga kini.

Manuskrip tersebut, yang dianggarkan berusia sekurang-kurangnya 1,370 tahun, telah diiktiraf sebagai penemuan terbesar.

Kitab itu yang mana ayat-ayat sucinya ditulis pada kulit biri-biri atau kambing, telah dipamerkan kepada umum di Birmingham.

Ini adalah pertama kali replika digital kitab tersebut akan dibawa keluar dari Britan dan dipamerkan pada acara-acara yang dianjurkan di negara ini.

Manuskrip al-Quran itu mula ditemukan sekitar 1920-an oleh seorang rakyat Iraq, Alphonse Mingana, yang mengembara ke serata Asia Barat.

Menurut Naib Canselor Universiti Birmingham, David Eastwood, al-Quran tersebut merupakan signifikan besar kepada kebudayaan dan pengajian akademi Islam.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Yayasan Mohammed Rashid Al Maktoum, Jamal Huwaireb berkata, pihaknya percaya kitab yang ditemukan itu merupakan al-Quran pertama yang wujud ketika era pemerintahan khalifah pertama, Abu Bakar Al Siddiq, antara tahun 632 dan 634 Masihi.

“Saya secara peribadi memeriksa helaian kertas purba itu. Pada pendapat saya helaian ayat al-Quran tersebut ditulis di atas bahan khas dan dihasilkan untuk seseorang yang penting seperti khalifah,” katanya.

PAS Yakin Usul RUU 355 Dibentang Akhir Persidangan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Pas menjangkakan Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) sempat dibentang dan dibahaskan sebelum sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke-13, berakhir.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri, ditemui di lobi Parlimen berkata: “Insya-ALLAH, tunggu dan lihat.”

RUU itu bertujuan meminda Seksyen 2 akta itu bagi menggantikan peruntukan dalam undang-undang sedia ada iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas penganut agama Islam, dan dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara yang disenaraikan dalam Butiran 1, Senarai Negeri di bawah jadual kesembilan Undang-Undang Persekutuan.

Ia juga bagi memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan, selain hukuman mati.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menyatakan beliau tidak pasti jika ada masa bagi RUU Persendirian yang dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang juga Presiden Pas.

Abdul Hadi pada Mei mengesahkan RUU itu bertujuan untuk memperluaskan lagi skop hukuman yang boleh dikenakan oleh Mahkamah Syariah dan bukan bermaksud untuk memperkenalkan hukum hudud di Kelantan.

Difahamkan, pindaan akta itu hanya memerlukan majoriti mudah dan tidak perlu mendapatkan sokongan 2/3 dewan.

Sidang Dewan Rakyat Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen ke-13, akan berakhir pada 24 November ini. – Sinar

Wanita Teringin Nak Rasa Mati

CAMOCIM – Seorang wanita akhirnya berjaya memenuhi impiannya yang mahu merasai mati selepas satu upacara pengebumian olok-olok dibuat khas untuknya.

Vera Lucia da Silva, 44, yang berpura-pura mati dibaringkan di dalam keranda ketika upacara pengebumian dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakanya.

Upacara itu diadakan di rumah pengembumian di Camacim, Brazil bagi memenuhi impian Vera selama 14 tahun yang ingin merasai pengebumian sendiri semasa dia masih hidup.

Ramai keluarga dan rakan-rakan yang tidak menyokong idea itu namun tetap menghadiri upacara itu dan memakai pakaian hitam.

Sementara itu, pemilik rumah mayat Enternal, Paula Araujo mendermakan keranda dan ruang kepada wanita itu bagi memenuhi impian wanita itu.

Araujo berkata, wanita itu memujuknya sejak lima tahun lalu bagi memenuhi impiannya itu.

“Suami Vera tidak menyokong idea pelik itu dan cuba menghalang melakukan perkara demikian sebelum ini.

“Namun kali ini, wanita itu berjaya memujuk semua ahli keluarganya untuk bersetuju dengan idea itu,” katanya dipetik Mirror.uk.

Dalam pada itu, Vera yang juga suri rumah dan tidak mempunyai anak berkata, meraikan hari pengebumian sendiri adalah impian lama dan tidak pernah menyangka ia akan menjadi kenyataan.

“Saya mahu mengadakan pengebumian sendiri sejak 14 tahun lalu serta telah menunggu dalam tempoh masa yang lama dan akhirnya hasrat ini tercapai,” ujarnya.

Vera mengakui, dia gembira pada hari pengebumian tersebut namun tidak bersedia untuk mati. – Sinar

JAS Siasat Najis Babi Di Sepang Cemar Sungai

KUALA LUMPUR — Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan melakukan siasatan segera mengenai pencemaran najis babi di Sungai Giling di Kampung Batu Laut, Sepang, Selangor.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata siasatan itu bagi mengenal pasti secara menyeluruh bentuk pencemaran sebelum mengambil tindakan susulan.

“Beberapa penyelesaian boleh dibuat…apa sahaja melibatkan industri ternakan, sekiranya perlu dipindahkan dari kawasan itu kita boleh arahkan seperti penternakan babi berdekatan lapangan terbang di Sarawak yang telah dipindahkan kerana mengakibatkan bau busuk.

“Sekiranya benar dakwaan pencemaran di sungai itu disebabkan najis babi, tindakan undang-undang boleh diambil ke atas pemilik ladang berkenaan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini semalam.

Sebuah akhbar harian semalam melaporkan penduduk kampung berkenaan mendakwa pencemaran itu bukan sahaja menjejaskan sungai, malah menyebabkan penduduk khususnya orang Melayu berpindah selepas menjual tanah masing-masing kerana tidak tahan dengan pencemaran itu.

Menurut laporan itu, lebih 12 hektar tanah berstatus pegangan bebas milik penduduk Melayu sudah bertukar milik selepas pemiliknya tidak mampu meneruskan kehidupan yang diselubungi bau busuk kesan pencemaran najis babi. — Bernama

Pisau terpacak di muka suami dan kekasihnya lepas ditikam isteri


GAMBAR menunjukkan pisau masih tercacak di muka lelaki dan kekasihnya selepas diserang isterinya sendiri. – Agensi

Rio de Janeiro: Seorang isteri yang berang selepas mendapati suaminya berada di atas katil dengan wanita lain bertindak menikam muka pasangan berkenaan dengan pisau.

Kejadian itu dipercayai berlaku di Brazil dan gambar serta video pasangan berkenaan berlumuran darah dengan pisau masih tercacak di muka dimuat naik di Facebook baru-baru ini.

Pengguna Facebook, Daniel Kemps Kemps yang memuat naik video dan gambar berkenaan berkata, wanita itu berang selepas menangkap suaminya bersama wanita lain di atas katil.

“Lelaki itu ditikam dengan pisau di bahagian muka berhampiran hidungnya manakala kekasihnya pula ditikam di bahagian atas mata,” katanya.

Dalam gambar dan video yang mengerikan itu, menunjukkan pisau masih lagi tercacak di muka pasangan berkenaan.

Pasangan itu juga dilihat masih sedar dan boleh bercakap dengan pasukan perubatan yang merawatnya.

Difahamkan pasangan itu tidak mengalami kecederaan serius walaupun pisau berkenaan terpacak sedalam beberapa sentimeter.

Wanita itu juga ditahan polis untuk siasatan lanjut kerana menyerang suaminya dan kekasih lelaki itu. – Agensi

http://ift.tt/2fiJqby

NGV di Stesen PETRONAS kembali operasi dalam dua bulan

Quote:

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tenaga gas asli (NGV) di 67 stesen PETRONAS yang ditutup, dijangka beroperasi semula dalam tempoh sebulan hingga dua bulan

Sehubungan itu, dakwaan mengatakan Petronas Dagangan Berhad (PDB) menutup terus perkhidmatan itu di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor adalah tidak benar

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata penutupan itu adalah bagi membolehkan penambahbaikan standard keselamatan di stesen PETRONAS yang menawarkan perkhidmatan NGV

Katanya, ia berikutan kejadian NGV meletup di stesen minyak itu di Austin Height, Mount Austin di Johor Bahru yang mengorbankan seorang pekerja kontraktor pembaikan pam, pada 25 Oktober lalu

“Ketika ini, 61 daripada 128 stesen PETRONAS yang menawarkan perkhidmatan NGV masih beroperasi, selain penutupan sementara tidak membabitkan bahan api alternatif lain seperti petrol

“Pemandu kenderaan lain serta teksi masih boleh mendapatkan NGV di kesemua 61 stesen yang masih beroperasi dan pemandu teksi diharap bersabar sementara menunggu penambahbaikan untuk menjaga keselamatan mereka,” katanya ketika sesi khas Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini

Selanjutnya di : http://ift.tt/2fVFild


Nombor daftar DDA dibuka

Quote:

KOTA BHARU – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan memaklumkan bahawa orang ramai boleh membuat tempahan nombor pendaftaran siri DDA hingga 12 tengah hari 22 November nanti

Pengarahnya, Mahasan Mustapa berkata, tempahan nombor pendaftaran kenderaan siri DDA 1 hingga DDA 9999 dibuka kepada orang awam bermula hari ini (8 November)

“Antara kategori nombor bernilai utama (golden numbers) bermula dari nombor satu hingga 10 (1-10) dengan harga tempahan minima RM10,000

“Bagi kategori nombor menarik (attractive numbers) termasuk 11 hingga 9999 dengan harga tempahan minima RM2,000,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, semalam

Selain itu, Mahasan berkata, bagi kategori nombor popular (popular numbers) antaranya 20 hingga 9988 dengan harga tempahan minimum RM300, sementara nombor semasa (running) berharga tempahan minimum RM300.

Beliau berkata, setiap pembida hanya layak ditawarkan tiga nombor pendaftaran sahaja dalam setahun

Menurutnya, pemohon boleh merujuk panduan dan syarat lanjut mengenai tempahan nombor pendaftaran di dalam Borang Tempahan Nombor Pendaftaran

“Pemohon boleh sertakan wang pendahuluan sebanyak 50 peratus daripada harga tempahan penuh dalam bentuk wang pos, bank draf atau kiriman wang untuk deposit hendaklah dibayar atas nama Ketua Pengarah JPJ Malaysia,” katanya

Katanya, permohonan tempahan boleh dibuat melalui borang tempahan nombor pendaftaran kenderaan dan ditujukan kepada Pengarah JPJ Negeri Kelantan, Taman JPJ Panji, 16100 Kota Bharu

“Borang tempahan nombor pendaftaran secara tawaran borang boleh didapati di pejabat JPJ negeri atau cawangan atau laman web JPJ (www.jpj.gov.my),” katanya

http://ift.tt/2fyjud4


Pengemis Tolak Mayat Isteri 80 Kilometer Ke Tapak Persemadian

HYDERABAD, INDIA – Seorang pengemis terpaksa menolak mayat isterinya di dalam kereta tolak sejauh hampir 80 kilometer selepas tidak mampu menyewa pengangkutan bagi membawa mendiang pulang ke kampung untuk dikebumikan.

L Ramulu, 53, berkata, isterinya, Kavita, 46, meninggal dunia pada Jumaat lalu ketika berada di Hyderabad akibat sakit.

Menurutnya, pihak hospital meminta bayaran Rs5,000 (RM315) untuk perkhidmatan ambulans bagi membawa mayat mendiang pulang ke kampungnya di Sangareddy.

Pasangan itu pergi ke Hyderabad selepas mendapat tahu ada sebuah agensi bantuan mahu memberikan beras percuma kepada pengemis.

Bagaimanapun, ketika baru mendaftar di agensi itu Kavita yang sudah lama sakit tiba-tiba meninggal dunia. – HMetro

Penunggang Motosikal Masih Hidup Selepas Digilis Kereta

NILAI – Pantang maut sebelum ajal. Itu berlaku apabila seorang lelaki terselamat sekalipun motosikalnya hancur digilis kereta dalam kemalangan di Kilometer 284, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Nilai, di sini, tengah malam kelmarin.

Sumber berkata, lelaki berusia 32 tahun yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka hanya cedera dan menerima rawatan di Hospital Kajang, Selangor.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah malam, tayar motosikal Yamaha RXZ ditunggang mangsa dikatakan pecah menyebabkan mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke tengah jalan.

“Mangsa terjatuh atas jalan dan pada masa sama kereta dari belakang tidak sempat mengelak lalu menggilis motosikal mangsa sejauh beberapa meter.

“Kemalangan turut mengakibatkan kereta berkenaan terbalik. Pemandu kereta yang cedera ringan dikeluarkan orang awam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41, Akta Pengangkutan Jalan 1987. – HMetro

‘Caj Tambahan Uber Mengikut Masa Tidak Masuk Akal’

KUALA LUMPUR – Seorang pelanggan Uber Technologies Inc. mendakwa syarikat itu mengenakan caj tambahan mengikut masa tertentu pada kadar harga yang tidak masuk akal.

Tinjauan SuaraTV mendapati sumber yang namanya dirahsiakan itu berkata, sudah beberapa kali dikenakan caj tambahan yang harganya lebih mahal daripada harga meter yang ditawarkan oleh perkhidmatan teksi.

Katanya, sebelum ini, harga caj tambahan mengikut masa itu hanya naik sekali ganda namun selepas minggu kedua, kenaikan harga itu bertambah dari dua kali ganda ke empat kali ganda.

“Selalunya saya naik dari rumah di sekitar Bangsar ke Seri Kembangan purata harganya sekira RM21-25 namun selepas itu naik harga tambahan mengikut masa antara jam 8-10 pagi itu dinaikkan kepada RM35 ringgit. Paling terbaharu harganya RM65 selepas seminggu dari tarikh caj tambahan mengikut masa yang dikenakan kepada saya.

“Saya tidak berpuas hati bagaimana mereka kira? Mengapa sewenang-wenangnya kenaikan harga menjadi 4 kali ganda lebih mahal? Malah, ia lebih mahal daripada tambang teksi mengikut meter ke kawasan itu,”katanya kepada SuaraTV.

Katanya, sekiranya perkara ini berlarutan, tidak mustahil selepas ini perkhidmatan Uber tidak lagi mendapat permintaan daripada orang ramai.

Tambahnya, kesemua pelanggan Uber sudah pasti akan beralih semula menggunakan perkhidmatan teksi bermeter sedia ada.

Uber merupakan perantara pembekal taxi premium yang menggunakan program khusus tempahan taxi yang menghubungkan pelanggan dengan pemandu Uber taxi, ia boleh diakses melalui telefon pintar dan komputer yang disambungkan ke rangkaian internet.-SuaraTV

Polis nafi kereta pegawai KPDNKK terbakar angkara khianat

Quote:

Putrajaya: Tiada unsur khianat ditemui berhubung siasatan kes kereta seorang pegawai KPDNKK yang terbakar di Presint 9, Putrajaya malam tadi sebaliknya ia berpunca daripada masalah enjin kenderaan

Ketua Polis Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, siasatan mendapati, kereta itu pada mulanya dipandu oleh isteri pegawai berkenaan untuk ke kedai berhampiran rumah

Menurutnya, sebaik meletakkan kereta di hadapan rumah, bahagian enjin kenderaan tiba-tiba berasap sebelum mencetuskan api

“Mangsa kemudian menelefon pihak bomba bagi memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, bahagian hadapan kereta jenis Honda Accord milik mangsa musnah teruk akibat kebakaran itu

Sebelum ini, beberapa blog berita mengaitkan kejadian itu dengan unsur khianat memandangkan KPDNKK kini agresif dalam operasi khas Skim Penstabilan Minyak Masak sejak 1 November lalu

http://ift.tt/2fNv6Mz


TunM Ke Parlimen Sebagai Pembangkang Hari Ini

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini ke parlimen untuk menghadiri mesyuarat khas berkaitan hak-hak dan kekebalan anggota parlimen.

Ini pertama kali pengerusi Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) itu menjejakkan kaki ke bangunan itu sebagai pembangkang.

Ini juga mungkin kehadiran pertama beliau ke parlimen sejak berundur sebagai perdana menteri 13 tahun lepas, pada 2003.

Turut hadir Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas menteri Datuk Seri Shafie Apdal, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Ketua Anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang.

Lebih 20 orang anggota parlimen pembangkang dilihat hadir mesyuarat yang dianjurkan di bangunan sementara di parlimen.

Bagaimanapun, setakat laporan ini ditulis, bekas menteri kewangan kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak kelihatan.

Kenapa Selangor Bayar 10 Kali Ganda Untuk Beli SPLASH?

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus didesak untuk memberi penjelasan terhadap tawaran pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd.(SPLASH) yang meningkat lebih 10 kali ganda.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo ketika dihubungi berkata, tawaran awal oleh bekas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada 2009 RM250.6 juta meningkat kepada RM2.975 bilion.

“Jumlah pengambil alihan itu cukup besar dan kita percaya rakyat Selangor inginkan penjelasan. Jangan pula mengambil sikap sepertimana isu-isu yang sebelum ini dan beliau perlu tampil ke depan menjawab secara ‘gentleman’,” katanya.

Ujarnya, angka berkenaan bukannya rekaan namun didedahkan sendiri oleh Khalid didalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) mendesak penjelasan Menteri Besar namun tidak diendahkan Azmin.

“Dakwaan berkenaan bukanlah daripada orang biasa apatah lagi daripada pimpinan UMNO atau parti-parti yang lain sebaliknya datang daripada bekas menteri besar Selangor yang digugurkan sejurus ‘Langkah Kajang’ yang menimbulkan pelbagai konflik dalam parti.

“Kita bukan mahu menambah minyak ke dalam api dan juga bukanlah mahu mengambil kesempatan sebaliknya bersama-sama dengan rakyat negeri ini yang mahukan dakwaan berkenaan diberikan penjelasan sejelas-jelasnya,” katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan Khalid berhubung isu berkenaan.

Ujarnya, peningkatan 10 kali ganda pembelian SPLASH berbanding tawaran awal sebelum ini menyentuh soal tadbir urus dan integriti kerajaan negeri serta melibatkan penggunaan wang rakyat.

“Ini merupakan isu integriti yang harus dilihat secara serius kerana ia dikaitkan dengan penggunaan duit rakyat.

“Kenyataan Tan Sri Khalid merupakan satu kenyataan yang mempunyai fakta yang perlu dijawab oleh kepimpinan kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Kegagalan kerajaan negeri mendapatkan kata putus dalam rundingan membeli SPLASH melewatkan lagi proses pengambilalihan konsesi air negeri lantas melambatkan proses pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2.

Sebelum digulingkan dari jawatan Menteri Besar, Khalid berjaya meletakkan tiga syarikat konsesi air negeri dibawah kuasa kerajaan negeri dengan membeli Puncak Niaga Holding Berhad (PNHB) dengan pampasan RM2.47 bilion.

Sementara Bekalan Syarikat Air Selangor (Syabas) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS) masing-masing menerima pampasan RM3.11 bilion da RM990 juta.

Demo Anti-PAS Di Konvensyen HARAPAN Sabtu Ini?

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (AMANAH) menafikan terlibat dalam demonstrasi membantah “penyertaan” PAS bersama Pakatan Harapan.

“Saya tidak tahu menahu berhubung perkara itu dan pihak AMANAH tiada kaitan sama-sekali dengan himpunan tersebut.

“Jangan ada pihak cuba menangguk di air keruh,” kata setiausaha agungnya Mohd Anuar Tahir.

Berdasarkan undangan yang mula beredar di kumpulan WhatsApp ahli politik dan wartawan itu, demonstrasi anti-PAS itu akan diadakan pada 7.45 pagi di Ideal Convention Centre (IDCC) shah Alam, Selangor.

Ia dikatakan dianjurkan oleh kumpulan yang menamakan diri mereka “Sekretariat NGO pro-PH”.

Konvensyen HARAPAN turut berlangsung di tempat sama pada hari itu.

Ia mencuri tumpuan kerana dikatakan bakal memperlihatkan barisan kepimpinan pembangkang untuk berdepan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Serpihan Umno, Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) yang baru ditubuhkan dan PAS turut diundang – dilihat bagi mencapai kata sepakat ke arah mewujudkan pertembungan satu lawan satu dengan BN.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad dalam kumpulan WhatsApp beliau bersama wartawan turut menafikan perkara itu.

“Tak tahu. Tak terlibat. Tak ada kena mengena dengan AMANAH.

“Anggota-anggota AMANAH dinasihati supaya tidak hadir,” katanya ketika menjawab soalan pemberita.-Malaysiakini

Jadi Wakil Rakyat Sekarang Lebih Mencabar

SHAH ALAM – Pensyarah Pusat Pengajian Teras, Universiti Sains Islam Antarabangsa, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis berpendapat, ahli parlimen zaman kini lebih mencabar berbanding ahli parlimen era sebelumnya.

Katanya, suasana lebih agresif di Dewan Rakyat khususnya, di Parlimen menjadikan wakil rakyat masa kini perlu lebih bersedia dan lebih peka dengan isu semasa.

“Pada pandangan saya, terdapat beberapa aspek yang membezakan kematangan ahli parlimen terdahulu dan ahli parlimen sekarang. Ahli politik pada masa kini perlu lebih sedia menjawab soalan dengan fakta berbanding retorik pemujukan semata-mata kerana pengundi mahukan pemimpin bijak.

“Isu ekonomi telah menjadi bahan utama yang diangkat kerana masyarakat mahu melihat pemimpin mereka memperjuangkan dan mencari penyelesaian kos sara hidup,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Menjawab pertanyaan adakah ahli parlimen masa kini lebih beretika berbanding ahli politik terdahulu, beliau berpendapat, ahli parlimen di negara ini masih mempunyai nilai adab yang baik.

“Saya rasa ahli parlimen masa kini pun masih ada nilai sivil. Mereka hanya dipengaruhi tekanan yang ada dalam Dewan Rakyat pada hari ini. Kita perlu tahu tekanan di dewan pada masa sekarang berbanding dahulu adalah tidak sama.

“Bila parti pemerintah tidak mendapat 2/3 ahli dalam dewan, maka dewan seharusnya lebih hidup,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, katanya, untuk lebih berdaya saing, ahli parlimen akan memerlukan para pengkaji dari dunia akademik bagi membantu menambah baik kualiti penyampaian fakta yang dikongsikan dalam dewan.

“Ahli parlimen perlu mengangkat secara serius aspirasi golongan yang memerlukan dalam menghadapi isu peningkatan kos ssara hidup melalui strategi dan kaedah yang berkesan,” katanya lagi.-Sinar

Video: Sorok Minyak Masak, Permis Jual Alat Sembahyang Cina Diserbu KPDNKK

SUNGAI SIPUT – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri merampas sebanyak 3,000 kilogram (kg) minyak masak bersubsidi di sebuah premis menjual peralatan sembahyang di Taman Jalong, di Sungai Siput pada Isnin.

Ketua Unit Anti Pencatutan KPDNKK negeri, Ahmad Ahrazuddin Ahmad Hamdan berkata, dalam serbuan kira-kira jam 11.30 pagi itu, seramai lapan anggota penguat kuasa menyerbu premis berkenaan membuat serbuan sebelum merampas minyak masak berkenaan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM14,000.

“Premis ini didapati menyimpan dan memiliki barang kawalan melebihi daripada had yang ditetapkan iaitu sebanyak 500 kg.

“Pada masa yang sama, kami turut mendapati pemilik premis cuba untuk menyeleweng minyak tersebut untuk kegunaan industri,” katanya.

Tiga lelaki termasuk seorang pemilik premis turut ditahan untuk diambil keterangan dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan.

Malaysiakini Memang Ada Agenda

Sungguh ironi. Sebahagian orang yang mengadakan protes di pejabat Malaysiakini hujung minggu lalu menyarung topeng Guy Fawkes.

Kumpulan Baju Merah, menurut pemimpin mereka, berhimpun untuk mempertahankan demokrasi.

Tetapi Fawkes, sebaliknya terlibat dalam “Gunpowder Plot” — rancangan untuk mengebom parlimen Inggeris pada sidang pembukaannya lima ratus tahun lalu.

Bagi sesetengah pihak, demokrasi bermaksud mengadakan pilihan raya setiap lima tahun dan membenarkan pemilih memilih calon pilihan hari di peti undi.

Bagi mereka, aktivis hanyalah ancaman terhadap demokrasi dan mesti dilawan, mungkin melalui pencak silat jika perlu.

Kini, kewartawanan juga telah masuk dalam senarai ancaman.

Polis menyiasat Malaysiakini susulan dana diterima daripada badan yang mempunyai kaitan dengan hartawan Amerika Syarikat George Soros.

Soros pula didakwa menentukan arah tuju redaksi portal berita ini dengan agenda politik untuk perubahan rejim.

Bagaimanapun, dalam tempoh 11 bulan terakhir, ayuh kita susuli kembali laporan-laporan Malaysiakini, untuk menilai kesahihan dakwaan itu.

Pada Januari, portal ini mendedahkan siri video Sirul Azhar Umar, bekas anggota polis elit yang disabitkan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam rakaman itu, Sirul antara lain berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai kaitan dengan kes itu.

Jadi Malaysiakini yang kononnya mahu menggulingkan perdana menteri pilih untuk ketengah video yang membersihkannya. Logik ini sukar kita fahami.

Pada Mei, Malaysiakini mendedahkan berkaitan surat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Penjara Sungai Buloh, yang penuh waspada terhadap usaha Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Deklarasi Rakyat bagi menuntut pengunduran Najib.-Malaysiakini

Malaysia Tekad Capai Tahap Satu Senarai Pemantauan AS

LONDON – Malaysia sedang menggiatkan usaha meningkatkan bilangan pertuduhan dan sabitan dalam kes pemerdagangan manusia atau perhambaan moden melalui kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol), Polis Nasional ASEAN (ASEANAPOL) dan pertukaran maklumat perisikan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa langkah ini selaras dengan tekad untuk memperbaiki kedudukan negara dari Tahap Dua ke Tahap Satu dalam senarai pemantauan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS).

“Kita telah mencapai Tahap Dua selama dua tahun berturut-turut, menjelang tahun 2020 kita nak mencapai Tahap Satu,” katanya pada sidang media dengan wartawan Malaysia, di sini Isnin.

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysa di United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.

Ahmad Zahid, yang berada di sini bagi lawatan kerja lima hari berkata beliau akan turut membincangkan mengenai isu ini dalam pertemuannya dengan Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri United Kingdom, Amber Rudd, yang dijadualkan Rabu.

Peningkatan Malaysia ke Tahap Satu boleh mempercepatkan kelulusan permohonan Malaysia untuk pengecualian visa dari AS untuk rakyat Malaysia ke negara itu.

Timbalan perdana menteri berkata Malaysia sebelum ini berdepan masalah untuk meningkatkan bilangan mereka yang dihadapkan ke pengadilan kerana tidak ramai yang boleh menjadi saksi untuk memperkukuhkan bukti bagi sabitan.

“Masalah yang dihadapi pihak pendakwa raya dalam menangani kes-kes pemerdagangan manusia ialah mendapat saksi penting hadir di mahkamah.

“Ini berkait rapat dengan kewujudan jaringan sindiket pemerdangan manusia global,” katanya.

Ahmad Zahid berkata pada masa ini pihak AS mendapati walaupun tangkapan Malaysia terhadap pesalah yang terbabit dengan kegiatan ini telah meningkat kepada lebih 100 orang, namun bilangan mereka yang dituduh dan disabitkan di mahkamah masih kecil.

Justeru, katanya, Malaysia dianggap sebagai tidak begitu serius untuk menangani perkara ini.

Oleh itu, katanya, perbincangan telah dibuat dengan pihak Pejabat Peguam Negara bagi mencari kaedah terbaik untuk meningkatkan bilangan pendakwaan dan sabitan terhadap mereka yang terbabit dalam kes isu pemerdagangan manusia.

Beliau berkata, pada masa ini, lebih 30 orang telah didakwa di mahkamah dan lebih 50 orang lagi dijangka dihadapkan ke muka pengadilan tahun depan termasuk 10 orang yang akan diektradisi dari Thailand, kerana terlibat dalam kes pengebumian beramai-ramai mangsa pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis, pertengahan tahun lepas.

Ahmad Zahid berkata United Kingdom dan Malaysia mempunyai kepentingan bersama dalam isu pemerdangan manusia yang juga diistilahkan sebagai perhambaan moden.

Ini jelas semasa beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May semasa di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di New York baru-baru ini.

Usaha lebih menyeluruh, katanya, harus dilakukan bagi menangani isu itu terutamanya apabila beberapa usaha yang dijalankan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) bagi menangani masalah ini menemui jalan buntu.

Isu perhambaan moden ini, katanya, adalah penting bukan sahaja di Eropah malah di rantau ASEAN terutamanya Malaysia yang menjadi antara tumpuan pekerja asing untuk mencari mencari peluang kerja.

Ahmad Zahid memulakan lawatan dengan mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan pihak Digital Barriers hari ini, sebuah syarikat peneraju pasaran peralatan dan perisian keselamatan serta risikan global.

Beliau kemudian melawat Penjara Belmarsh di sini dan akan menghadiri jamuan malam bersama peneraju industri United Kingdom. – Bernama

Pembantu Rosmah: Siapa pimpin pilihan raya ‘kotor’ era Dr M?

Pembantu isteri perdana menteri Rosmah Mansor menjawab kembali isu dakwaan pilihan raya kotor yang didakwa Tun Dr Mahathir Mohamad dengan membandingkannya dengan era pentadbiran perdana menteri keempat itu.

Rizal Mansor berkata selama 13 kali BN memenangi pilihan raya umum, hanya dalam pilihan raya umum terakhir sahaja ia diketuai oleh Datuk Seri Najib Razak, itu pun sangat tipis.

Rizal berkata, perkara itu berbeza dengan keputusan di era Mahathir dengan setiap kali BN mencatat kemenangan bergaya.

“Antara yang lima kali menang selesa dengan yang hanya sekali menang dengan tipis, pilihan raya di zaman siapakah yang kotor?

“Nak tahu jawapan kepada soalan itu?

“Pembayangnya… orang kuat SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) di zaman pemimpin itu mengetuai lima pilihan raya umum bersama parti mereka,” katanya tampa menyebut nama secara langsung.

Beliau bagaimanapun dilihat merujuk kepada bekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang dilantik sebagai naib presiden Parti Bumiputera Bersatu Malaysia (BERSATU) minggu lalu.

Rizal berkata demikian ketika mengulas tulisan Mahathir, kini pengerusi BERSATU, di blog yang antaranya mendakwa Baju Merah yang menentang BERSIH berjuang untuk pilihan raya kotor.

“Oleh kerana kekotoran yang dipertahan oleh baju merah ialah kekotoran Kerajaan, maka Merah bersetuju dengan tuduhan Baju Kuning bahawa kerajaan bergantung kepada yang kotor untuk menang pilihan raya,” tulisnya.-Malaysiakini

Polis Nafi Kereta Terbakar Di Rumah Pegawai KPDNKK Perbuatan Khianat

PUTRAJAYA – Pihak polis menolak andaian kejadian sebuah kereta milik pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) yang terbakar dalam satu kejadian di hadapan rumahnya, di Presint 9 malam tadi adalah perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Rosly Hasan ketika dihubungi berkata kebakaran kereta jenis Honda itu dipercayai berpunca daripada enjinnya yang terbakar, sekembalinya beliau dari kedai.

“Enjin kereta tersebut terbakar sendiri, ia dipandu oleh isteri pegawai KPDNKK tersebut kira-kira jam 8.00 malam tadi.

“Laporan awal mendapati tiada perbuatan khianat atau jenayah,” katanya ketika dihubungi hari ini.

SPRM Perlu Siasat Dakwaan Khalid Berhubung Splash

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).

Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim berkata siasatan itu perlu memandangkan kenyataan Khalid menyentuh soal tadbir urus dan integriti kerajaan negeri.

“Ini merupakan isu integriti yang harus dilihat secara serius kerana ia dikaitkan dengan penggunaan duit rakyat. Kenyataan Tan Sri Khalid merupakan satu kenyataan yang mempunyai fakta yang perlu dijawab oleh kepimpinan kerajaan negeri Selangor,” katanya kepada pemberita di Parlimen, hari ini.

Abdul Khalid sebelum ini menafikan dakwaan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang mengatakan kerajaan Selangor ketika di bawah pimpinannya menawarkan sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Splash antara 2008 dan 2014.

Mohamed Azmin baru-baru ini dilaporkan mendakwa Abdul Khalid, sewaktu memegang jawatan menteri besar tidak pernah memaklumkan kepada Dun berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada Splash melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya pada 19 Julai 2009. Sementara itu ketika ditanya jika Barisan Nasional Selangor akan membuat laporan kepada SPRM berhubung kenyataan Abdul Khalid itu, Irmohizam berkata mereka akan mendapatkan dahulu kenyataan balas daripada kerajaan negeri Selangor.

Tambahnya kenyataan Abdul Khalid itu perlu dijawab kerana ia menimbulkan spekulasi dalam kalangan rakyat mengenai tadbir urus air yang dilihat semakin lemah dan menyebabkan kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat negeri Selangor.

Sementara itu di SHAH ALAM, Adun Barisan Nasional (BN) Selangor mencabar Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), memanggil Mohamed Azmin untuk mendedahkan secara terperinci berhubung tawaran pembayaran pengambilalihan ekuiti Splash.

Adun Dengkil Shahrum Mohd Shariff berkata perkara itu perlu didedahkan kepada Selcat bagi membolehkan rakyat mendapatkan maklumat terperinci serta nilai sebenar bayaran pengambilalihan tersebut.

“…justeru kita gesa Selcat supayamemanggil Mohamed Azmin dan Abdul Khalid untuk memberikan penjelasan supaya tiada unsur salah laku dan penyalahgunaan kuasa di sini,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri, di sini, hari ini.

Abdul Khalid dalam satu kenyataan sebelum ini berkata, kerajaan Selangor di bawah pentadbirannya tidak pernah menawarkan bayaran RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Splash antara 2008 dan 2014 seperti didakwa Mohamed Azmin.

Beliau berkata tuduhan itu dibuat bagi mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran Mohamed Azmin untuk membayar sebanyak RM2.975 bilion ke atas ekuiti syarikat konsesi air itu, iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal yang berjumlah RM250.6 juta. – Bernama

Akhbar Inggeris kedua terbesar Brunei ditutup

Quote:

KUALA LUMPUR: Akhbar berbahasa Inggeris kedua terbesar di Brunei, The Brunei Times, mengumumkan penutupannya semalam selepas 10 tahun diterbitkan

Pengumuman itu dibuat pada muka hadapan keluaran terakhir akhbar berkenaan semalam berikutan ia tidak lagi dapat menampung sumber bagi meneruskan operasi media dan penerbitannya. Brunei Times dimiliki Brunei Times PLC bermula dengan format broadsheet sebelum bertukar kepada saiz tabloid pada tahun 2010

“Brunei Times tidak dapat lagi menampung sumbernya untuk meneruskan operasi media dan penerbitannya. Lembaga pengarah syarikat bersetuju tindakan terbaik adalah dengan menutup akhbar itu

“Ia disebabkan isu perniagaan, standard laporan dan kewartawanan yang perlu memenuhi tanda aras dan juga isu berkaitan kemapanan perniagaan, terutama dalam keadaan mencabar daripada media alternatif,” menurut pengumuman di muka hadapan akhbar itu

Mengikut laporan Bangkok Post, penutupan akhbar itu menyebabkan 110 kakitangan hilang pekerjaan

The Brunei Times adalah akhbar kedua terbesar dalam edaran harian selepas Buletin Borneo dengan 10,000 naskhah sehari

Selanjutnya di : http://ift.tt/2fiBCX9


Terima Dana Asing Tak Salah Di Sisi Undang-Undang

SHAH ALAM – Tindakan menerima dana asing mungkin tidak salah di sisi undang-undang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Ini kerana katanya, buat masa ini tidak ada peraturan atau undang-undang khas berkaitan sumbangan asing boleh dikuatkuasakan ke atas penerima dana asing.

Bagaimanapun, beliau akui pendedahan daripada pihak berkaitan berkenaan penerimaan sumbangan daripada Open Society Foundation (OSF), yang dimiliki oleh George Soros adalah sesuatu yang membimbangkan.

“Malaysia sebuah negara yang berdaulat. Setiap rakyat Malaysia boleh berbeza pandangan tetapi kita perlu sependapat agar tiada campur tangan dalam urusan pentadbiran dan politik di negara ini.

“Bagaimanapun, kita tidak bertolak ansur dengan perkara yang boleh menggugat kedaulatan dan demokrasi negara ini. Setiap warga negara yang cintakan negara ini seharusnya tidak bertolak ansur dengan sebarang pencabulan daripada mana-mana pihak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berpandangan sudah tiba masanya bagi Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) dan Peraturan Pertubuhan 1984 untuk dikuatkuasakan kepada pelbagai kategori pertubuhan.

“Secara dasarnya, pendaftaran badan-badan bukan kerajaan (NGO) akan melalui Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS) atau Suruhanjaya Syarikat-Syarikat Malaysia (ROC) dan tertakluk kepada undang-undang berkaitan.

“Namun, terdapat keperluan untuk menambah baik akta ini dengan mengambil kira prosedur laporan terhadap sumbangan yang diterima adalah mengikut tadbir urus yang betul, telus dan bertanggungjawab,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, akta itu juga perlu menyediakan ruang untuk mengawalselia pendaftaran gabungan NGO-NGO seperti Bersih bagi menghalang sebarang penyalahgunaan.

“Ia bertujuan membentuk pembangunan sosial dan masyarakat yang lebih baik di negara ini,” ujarnya.-Sinar

‘Sikap Lunak Umno Sebenarnya Pecahkan Pas’

KOTA BHARU – Pas Kota Bharu menyifatkan kaedah politik lunak yang digunakan BN berjaya mewujudkan dua aliran pemikiran di dalam Pas.

Pemangku Ketuanya, Dr Rosli Allani berkata, satu pihak merasakan Umno jujur membantu Pas manakala satu kumpulan yang lain melihat ia sebagai tipu daya licik ketika mana BN menghadapi saat yang sukar.

Sebagaimana kenyataan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau berkata, Umno adalah punca sebenar yang menyebabkan Pas berpecah.

“Janji manis dari pemimpin Umno khususnya Perdana Menteri termasuk memberi laluan untuk ahli parlimen Marang mengemukakan cadangan pindaan Akta 355 adalah sebahagian punca selain daripada pengiktirafan tokoh dan kepimpinan Pas termasuk bekas Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din dan Presiden Pas sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang mendakwa DAP menjadi punca perpecahan Pas.

Rosli berkata, situasi ini berlaku ketika BN sedang meniti hari yang sukar akibat penolakkan rakyat secara umum kepada Perdana Menteri yang dipalit dengan pelbagai isu sehingga gagal ditepis oleh pimpinannya sendiri.

Beliau turut menegaskan formula satu lawan satu perlu direalisasikan dalam PRU14 nanti bagi menafikan taktik pecah dan perintah yang digunakan oleh kerajaan sekaligus memberi tali hayat baru kepada Perdana Menteri.

“Tiada ada cara lain untuk proses ini direalisasikan melainkan pembangkang dapat duduk bersama bagi memastikan formula satu lawan satu dapat dijelmakan sebelum pilihan raya nanti,”katanya.-Sinar

Dulu Penjual Teh Kacak, Kini Penjual Sayur Cantik

GORKHA – Selepas penjual teh kacak, Arshad Khan mendapat perhatian netizen, kini giliran seorang penjual sayur pula untuk mencipta nama.

Penjual sayur tersebut, Kusum Shrestha, 18 menarik perhatian laman sosial selepas fotonya sedang menjual sayur dimuat naik.

Beberapa foto lain ketika beliau berjalan membawa epal juga telah dimuatnaik dengan hashtag #Sabjiwali dan #Tarkariwali yang bermaksud ‘penjual sayur’.

Kusum memberitahu BBC beliau merupakan seorang pelajar yang kini sedang bercuti dan menolong ibu bapanya menjual sayur dan buah.

“Kawan saya tanya adakah saya individu yang viral di laman sosial, saya kata tak tahu,” kata Kusum.

Kusum berkata, kawannya kemudian menunjukkan foto-foto yang viral tersebut kepadanya.

“Saya terkejut individu itu adalah saya. Hari foto diambil, saya sedang tolong keluarga saya jual sayur ketika jurugambar, RupChandra mengambil foto saya. Tapi ketika itu, saya tidak tahu foto saya sedang diambil,” jelas Kusum.

Warga laman sosial memuji-muji kecantikan Kusum dan mengusik beliau patut menjadi pasangan penjual teh kacak, Arshad yang berasal dari Pakistan.

Arshad pula menarik perhatian laman sosial selepas jurugambar, Jiah Ali memuat naik fotonya yang sedang membuat teh di laman sosial, Oktober lepas.-Sinar

Teringin Nak Rasa Mati

CAMOCIM – Seorang wanita akhirnya berjaya memenuhi impiannya yang mahu merasai mati selepas satu upacara pengebumian olok-olok dibuat khas untuknya.

Vera Lucia da Silva, 44, yang berpura-pura mati dibaringkan di dalam keranda ketika upacara pengebumian dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakanya.

Upacara itu diadakan di rumah pengembumian di Camacim, Brazil bagi memenuhi impian Vera selama 14 tahun yang ingin merasai pengebumian sendiri semasa dia masih hidup.

Ramai keluarga dan rakan-rakan yang tidak menyokong idea itu namun tetap menghadiri upacara itu dan memakai pakaian hitam.

Sementara itu, pemilik rumah mayat Enternal, Paula Araujo mendermakan keranda dan ruang kepada wanita itu bagi memenuhi impian wanita itu.

Araujo berkata, wanita itu memujuknya sejak lima tahun lalu bagi memenuhi impiannya itu.

“Suami Vera tidak menyokong idea pelik itu dan cuba menghalang melakukan perkara demikian sebelum ini.

“Namun kali ini, wanita itu berjaya memujuk semua ahli keluarganya untuk bersetuju dengan idea itu,” katanya dipetik Mirror.uk.

Dalam pada itu, Vera yang juga suri rumah dan tidak mempunyai anak berkata, meraikan hari pengebumian sendiri adalah impian lama dan tidak pernah menyangka ia akan menjadi kenyataan.

“Saya mahu mengadakan pengebumian sendiri sejak 14 tahun lalu serta telah menunggu dalam tempoh masa yang lama dan akhirnya hasrat ini tercapai,” ujarnya.

Vera mengakui, dia gembira pada hari pengebumian tersebut namun tidak bersedia untuk mati.-Sinar

Pembangkang Tewas Undian Bajet 2017, PAS Berkecuali

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Rakyat pada Isnin meluluskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 atau Bajet 2017 selepas berdepan undian belah bahagi yang dituntut oleh ahli-ahli parlimen pembangkang.

Bagaimanapun, dalam undian tersebut pihak kerajaan memperolehi 117 undi manakala pembangkang hanya mendapat 70 undi.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang mempengerusikan persidangan malam tadi turut mengumunkan 11 ahli parlimen tidak mengundi.

Mereka adalah barisan ahli-ahli parlimen daripada PAS.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dari PAS mengundi bersama ahli-ahli pembangkang lain.

Pembangkang menuntut undian belah bahagi selepas Menteri Kewangan 11, Datuk Johari Abdul Ghani selesai menggulung perbahasan kira-kira jam 10.10 malam.

Hampir setiap tahun mereka akan menuntut undian belah bahagi bagi menolak bajet yang dibentang oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Terdahulu, Bajet 2017 yang dibentang oleh Najib pada 21 Oktober lalu dibahaskan selama enam hari bermula 24 Oktober lalu oleh ahli-ahli parlimen Barisan Nasional dan pembangkang.

Sementara itu, tiga hari diperuntukkan kepada 25 kementerian bagi penggulungan yang berakhir hari ini.

Semasa perbahasan bajet kali ini, blok pembangkang berterusan menyerang syarikat pelaburan negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mengungkit tindakan saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) walaupun sudah dilarang oleh Speaker memandangkan ia bersifat ‘subjudis’ kerana masih dalam pertimbangan mahkamah.

Najib yang juga Menteri Kewangan pada 21 Oktober lalu membentangkan bajet dengan tema ‘Merancakkan Pertumbuhan, Memastikan Pengurusan Fiskal Berhemat, Meningkatkan Kesejahteraan Rakyat,’ yang menyenaraikan beberapa langkah dalam usaha menangani cabaran ekonomi negara berikutan ketidaktentuan di peringkat global.

Bajet kali ini dibentang dengan diperuntukkan sejumlah RM260.8 bilion, merupakan peningkatan 3.4 peratus daripada pengubahsuaian Bajet 2016.

Daripada jumlah tersebut, RM214.8 bilion adalah Perbelanjaan Mengurus dan RM46 bilion untuk Perbelanjaan Pembangunan. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.

Di bawah Peruntukan Mengurus, RM77.4 bilion adalah untuk Emolumen, serta RM32 bilion untuk Perkhidmatan dan Bekalan.

Manakala, RM103.9 bilion untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap. Pembelian Aset pula, diperuntukkan RM691 juta, dan RM816.6 juta lagi, untuk perbelanjaan lain.

Sementara itu, bagi Peruntukan Pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM25.9 bilion, diikuti oleh sektor sosial RM12.2 bilion. Sektor keselamatan mendapat RM5.3 bilion, dan sektor pentadbiran am lebih RM2.5 bilion.

Diunjurkan, berdasarkan prestasi semasa, hasil 2017 dijangka berkembang sekitar tiga peratus iaitu kepada RM219.7 bilion dan sasaran kerajaan untuk defisit fiskal adalah tiga peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017 – Bnbbc

Jadikan jagung tanaman kedua negara selepas padi

KUALA LUMPUR 7 Nov. – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mahu menjadikan tanaman jagung sebagai tanaman kedua negara selepas padi.

Menurut menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, ja*gung merupakan bidang yang perlu dibangunkan kerana buat masa ini aspek makanan haiwan diimport hampir 100 peratus dari luar negara melibatkan jagung dan kacang soya.

“Malah, sehingga sekarang, kita mengimport sebanyak tiga juta tan metrik dengan nilai RM3 bilion setahun dan sekiranya kita dapat mencapai 20 peratus daripada jumlah itu, kita mampu mewujudkan keupayaan baharu sebanyak RM600 juta dalam kalangan petani,” katanya ketika menggulung Rang Undang-undang Perbakalan 2017 kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha meningkatkan penghasilan produk berunsurkan agro makanan untuk tujuan eksport yang mampu membantu mengurangkan defisit perdagangan negara. Ahmad Shabery berkata, pada masa ini, Malaysia mengeksport sebanyak RM27 bilion hasil yang dikaitkan dengan produk agro makanan negara.

Beliau berkata, antara bidang agro makanan yang boleh diberikan penekanan ialah perikanan, ayam serta bidang baharu seperti buah durian. “Permintaan terhadap buah durian kita semakin bertambah khususnya dari China dan kita sedang berusaha untuk mengeksport semua jenis durian agar permintaan bertambah dan pendapatan para petani meningkat.

“Sebagai contohnya, durian Musang King yang dipasarkan di Hong Kong harganya telah mencecah HK$400 (RM200) untuk satu kilogram dan itu masih tidak mencukupi,” katanya.

Pekedai Mengaku Bersalah Sorok 885kg Minyak Masak

LANGKAWI – Seorang pengusaha kedai runcit semalam mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan cuba menyorok minyak masak di premis perniagaannya pada bulan lalu.

Lim Hak Liang, 41, dituduh menyorok sebanyak 885 kilogram (kg) minyak masak di kedainya di Kuah di sini dalam pemeriksaan pasukan penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pada 29 Oktober lalu.

Bagaimanapun Majistret Nur­shahida Abdul Rahim membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Januari ini untuk sebutan semula kes itu.

Tarikh sebutan semula kes itu dimohon Pegawai Pendakwa KPDNKK, Tarmezy Mohamad yang memerlukan masa bagi memperoleh laporan kimia minyak masak yang dirampas daripada tertuduh.

Hak Liang didakwa mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22 akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun penjara atau kedua-dua­nya, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Hillary Clinton Dahului Donald Trump

WASHINGTON – Calon Presiden Demokrat Hillary Clinton mendahului empat peratus mata di hadapan pencabarnya dari Republikan, Donald Trump dalam tinjauan ABC News/Washington Post dikeluarkan semalam, sehari sebelum pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS).

Dalam tinjauan ke atas 1,763 bakal pengundi AS, 47 peratus mengatakan mereka menyokong Clinton dan 43 peratus berkata, mereka memilih Trump.

Tinjauan itu memiliki margin kesilapan 2.5 peratus, kata akhbar Washington Post.

Satu tinjauan berasingan Bloomberg Politics-Selzer & Co dikeluarkan terdahulu hari ini menunjukkan Clinton hanya mendahului dengan tiga mata. – Reuters

Hutang 1MDB Kena Bayar, Hutang George Soros Tak Payah Bayar, Kata Shafie Apdal

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dimaklumkan bahawa bantuan hartawan, George Soros terhadap segelintir badan bukan kerajaan (NGO) di negara ini adalah secara tidak bersyarat.

Namun, dakwa Shafie, berbeza dengan beberapa bantuan lain yang diterima kerajaan dari luar seperti 1MDB kerana ia mempunyai syarat yang perlu dipenuhi.

“Ada orang kata bantuan Soros tak bersyarat, tapi kita tahu lain-lain kita dapat bantuan daripada luar ada syarat.

“Hutang 1MDB kena bayarlah, hutang Soros tak payah bayar,” katanya dalam nada berseloroh.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan campur tangan Soros membiayai beberapa NGO tertentu yang dikhuatiri boleh mengugat keselamatan negara.

Jelas Shafie yang juga Presiden Parti Warisan Sabah, beliau tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta mengenai dakwaan itu.

“Tak tahu fakta macam mana (Soros) ganggu keselamatan negara,” katanya.

Pada Khamis lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan penglibatan Soros dalam gerakan Bersih, Merdeka Center dan portal berita Malaysiakini.

Khalid berkata, pasukan itu sedang meneliti dan mengkaji pelbagai sumber berkaitan yang mendakwa wujud penyaluran dana daripada luar membiayai mana-mana gerakan dalam negara.

“Pasukan itu sedang mengkaji laporan-laporan di Internet dan laporan yang dibuat pengadu.

“Kita juga sudah kenal pasti beberapa individu yang ada kaitan, dan apabila sudah siap kajian terhadap maklumat-maklumat ‘open source’ ini, kita akan mula panggil saksi,” kata Khalid.

Pasukan khas itu ditubuhkan selepas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi supaya kes itu disiasat secara empirikal dan terperinci, berdasarkan pemerhatian dan ujian saintifik.

Ia susulan dakwaan wujud dokumen yang dikatakan daripada jaringan penaja bantuan antarabangsa, Open Society Foundation (OSF) menunjukkan pengasasnya, Soros mempunyai ‘kepentingan peribadi’ dalam Pilihan Raya Umum (PRU) di negara ini. – mstar

2 pelagak ngeri India mati lemas ketika penggambaran filem


DUA pelagak ngeri Uday dan Anil yang lemas ketika pengambaran di Thippagondanahalli.

BANGALORE: Dua pelagak ngeri lemas semalam selepas melompat dari sebuah helikopter ke dalam takungan air di selatan India ketika menjalani penggambaran filem, kata polis.

Kru sedang melakukan penggambaran adegan kemuncak filem serantau Kannada, ‘Maastigudi’ apabila Anil Verma, 31, dan Raghav Uday, 38, terjun ke dalam takungan Thippagondanahalli di negeri Karnataka.

“Kedua-dua aktor mati lemas kerana mereka tidak tahu berenang dan tidak sempat diselamatkan,” kata inspektor polis tempatan, HL Nandeesha.

Rakaman televisyen menunjukkan dua pelakon lagak ngeri dan Duniya Vijay, seorang daripada aktor terkenal pawagam Kannada, melompat daripada ketinggian kira-kira 30 kaki (9.14 meter) dan timbul di permukaan selepas beberapa saat. Namun hanya Vijay berjaya berenang ke daratan dengan selamat.

Polis memfailkan kes jenayah kecuaian ke atas produser “oleh kerana langkah berjaga-jaga dan keselamatan tidak diambil untuk penggambaran,” kata pegawai polis kanan, Chandragupta.

“Tiada jaket keselamatan, tiada pasukan penyelamat atau ambulans,” tambahnya. Kedua-dua lelaki terbabit hilang selama lebih tiga jam sebelum mayat mereka ditemui. -AFP

http://ift.tt/2fhtEO6

Lelaki dari Sungai Petani jadi pembunuh upahan untuk jadi kaya

Faridon (tiga, kiri) meraikan keluarga penghuni penjara dalam Majlis Jalinan Kasih Sempena Deepavali di Penjara Pokok Sena semalam.

POKOK SENA – Demi memburu kemewahan, seorang lelaki dari Sungai Petani, di sini, sanggup bekerja sebagai pembunuh upahan tanpa memikirkan risiko yang bakal dihadapi.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Linggam berkata, dia sudah meringkuk dalam penjara kira-kira 21 tahun.

Menurutnya, keinginan untuk menjadi kaya membuatkan dia memilih pekerjaan sebagai pembunuh upahan yang menawarkan pendapatan lumayan.

“Kekurangan didikan agama juga turut memerangkap diri saya dalam melakukan pekerjaan terkutuk itu hinggalah berjaya diberkas oleh polis.

“Walaupun keluarga pernah menasihatkan tetapi sikap sombong dan hanya mementingkan hiburan bersama-sama rakan membuatkan saya lupa asal usul keluarga serta abaikan nasihat mereka,” katanya ketika ditemui dalam Program Jalinan Kasih Sempena Deepavali Peringkat Penghuni Penara Pokok Sena semalam.

Menurut Linggam, selepas dimasukkan ke penjara pada 1995, barulah dia mengenali dirinya dan sangat berterima kasih kepada pihak Jabatan Penjara yang mendidiknya menjadi insan yang mempunyai maruah dan pendidikan agama.

“Melalui Program Pembangunan Insan (PPI) ini saya dalami agama Hindu, malah pada hari ini saya turut mengajar rakan dari kalangan orang India supaya mendekati agama untuk melahirkan insan yang berguna.

“Di sini saya banyak mendapat motivasi dari Bahagian Pemulihan dan Rawatan yang membimbing dan memberi kesedaran supaya kesal dengan tindakan saya selama ini. Perbuatan pertama kali itu cukup memberi pengajaran kepada saya supaya tidak menghabiskan hayat dengan kerja tidak faedah itu,” katanya yang menghadapi hukuman sepanjang hayat.

Bagi Ramesh, dari Kulim pula, dia sangat gembira dapat berjumpa kali kedua bersama dengan keluarganya itu sempena Deepavali ini.

“Semenjak dipenjarakan di sini selama 12 tahun, sikap saya sudah banyak berubah dengan menyertai pelbagai kursus serta mendapat bimbingan kaunseling dari Penjara Pokok Sena.

“Saya sangat menyesal dengan perbuatan lalu dengan mengikut rakan-rakan hingga terjebak dalam kes pembunuhan seterusnya dibawa di dalam tembok batu ini. Dahulunya saya banyak mengikut perasaan setiap kali tindakan diambil dan kini mulai insaf atas segala perbuatan yang dilakukan,” katanya yang dipenjarakan selama 16 tahun kerana kes bunuh.

Program Jalinan Kasih sempena Deepavali yang merupakan acara tahunan itu dirasmikan Timbalan Pengarah, TKPj Faridon Mat Saad.

Sementara itu, Timbalan Penguasa Penjara Pokok Sena, Abd Ghani Md Isa berkata, tujuan majlis itu diadakan ialah untuk merapatkan hubungan penghuni di penjara ini dengan keluarga mereka.

Katanya, keluarga juga memainkan peranan utama dalam memulihkan kehidupan mereka selepas melakukan kesalahan pada masa lalu.

“Kedatangan keluarga ini secara tidak langsung menunjukkan banduan di sini masih diterima oleh keluarga mereka,” katanya.

http://ift.tt/2fht8zN

Kementerian siasat pelajar diarah duduk atas jalan kerana datang lambat

http://www.youtube.com/watch?v=yLVX3-neazI

Kuala Lumpur: “Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar.

“Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya.”

Itu ulasan Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan, apabila dihubungi, malam tadi.

Dia berkata demikian selepas Harian Metro menunjukkan beberapa gambar kejadian pelajar duduk di atas jalan dalam kawasan sekolah, di Taman Tun Dr Ismail.

Semua gambar, petikan video dan ulasan pengetua SMK Taman Tun Dr Ismail mengenai perkara itu diterima Harian Metro daripada keluarga pelajar, kira-kira 6 petang, 7 November.

Waris pelajar yang meminta tidak disiarkan namanya berkata: “Saya lihat kejadian itu ketika hendak hantar anak untuk menduduki hari pertama SPM.

“Apabila saya tanya kenapa buat begitu kepada pelajar, pengetua itu menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpaksa diasingkan daripada pelajar lain.

“Kata pengetua ini, memandangkan sekolah tidak cukup ruang ketika perhimpunan, mereka tidak mempunyai pilihan lain selain duduk di atas jalan.

“Pengetua itu kata, mereka (pelajar) juga diarahkan supaya membawa plastik alas sekiranya lambat ke sekolah.

“Bila saya tanya tidakkah ada cara lain selain duduk atas jalan kerana pelajar memakai pakaian yang sama untuk bersolat, dikhuatiri terduduk atas najis dan sebagainya.

“Tapi, pengetua itu seolah-olah menyindir pula dan menjawab agar ibu bapa boleh menderma lebih 1,000 bangku untuk memastikan anak-anak dapat duduk atas bangku ketika perhimpunan,” katanya.

Dr Mohd Ali dalam ulasan tambahan menganggap tindakan itu sebagai agak keras dan tidak wajar dilakukan.

Beliau berkata, seharusnya pelajar diberi amaran terlebih dahulu dan bukan terus diperlakukan sedemikian.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P Kamalanathan berkata, pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyiasat segera perkara itu.

Katanya, kementerian memandang serius berhubung kejadian segelintir pelajar SMK Taman Tun Dr Ismail yang diarahkan duduk di atas jalan kerana lewat sampai ketika perhimpunan sekolah.

“Saya juga melihat pengetua sekolah ini tidak sewajarnya memberikan kenyataan mengikut perasaan. Perkara ini perlu diperhalusi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, malam tadi.

Menurutnya, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seharusnya mengadakan perbincangan berhubung perkara ini.

“Soal duduk di atas jalan tar perlu dilihat secara jelas bersama unit disiplin pihak sekolah terbabit,” katanya.

http://ift.tt/2eFCdUO

Kereta Penguatkuasa KPDNKK Hangus Terbakar Disyaki Angkara Khianat

KUALA LUMPUR – Kereta kepunyaan Pegawai Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Khairy Jamaluddin hangus terbakar dalam satu kejadian malam tadi.

Laporan awal yang diterima menyebut, kereta yang diletakkan di hadapan rumah mangsa itu telah dibakar oleh individu yang tidak dikenali.

Menurut sumber, kejadian disyaki berpunca dari perbuatan khianat oleh individu yang tidak dikenali.

SuaraTV masih sedang cuba untuk menghubungi pihak polis bagi mendapatkan kenyataan berhubung kejadian tersebut.

Siasatan awal turut mendapati, kejadian ini mungkin berkaitan dengan tugas rasmi beliau dalam Operasi Khas Skim Penstabilan Minyak Masak sejak rasionalisasi subsidi minyak masak dikuatkuasakan bermula 1 November yang lalu.

Sebanyak 22,498 premis diperiksa manakala 42.25 tan metrik minyak masak bernilai kira-kira RM120,000 dirampas sejak 21 Okt sehingga semalam.

Kereta KJ Hangus Terbakar Disyaki Angkara Khianat

KUALA LUMPUR – Kereta kepunyaan Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin di dakwa telah hangus terbakar tadi.

Menurut laporan yang diterima, kereta tersebut telah terbakar di hadapan rumah beliau namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam pada itu, kejadian ini disyaki berlaku gara-gara perbuatan khianat.

Menurut laporan yang diterima, kesemua ahli keluarga beliau selamat.-SuaraTV

Laporan Menyusul…

Gadis didakwa kerana beri burung makan kentang goreng

Lauren Paige Smith

SWANSEA – BRITAIN. Seorang remaja disaman dan dikehendaki ke mahkamah selepas enggan membayar denda kerana memberi burung merpati makan kentang goreng.

Lauren Paige Smith,19, didatangi seorang pekerja perbandaran dan didenda £25 (RM130) atas kesalahan membuang sampah.

Lauren memberitahu pegawai terbabit bahawa, dia tidak membuang sampah sebaliknya hanya memberi burung merpati makan malah tiada sisa ditinggalkan, namun alasannya itu tetap ditolak dan dia tetap didenda.

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, remaja itu enggan membayar denda, namun dia kemudian menerima surat saman dan perlu hadir ke mahkamah pada 15 November.

Lauren disaman kerana melanggar seksyen 87 Akta Perlindungan Pesekitaran.

“Saya hanya memberi makan kentang goreng kepada burung gagak dan burung merpati ketika makan tengah hari apabila didatangi pekerja perbandaran dan memberitahu saya telah membuang sampah.

“Saya terpaksa membayar denda walaupun tiada sisa makanan tertinggal,” katanya dipetik Metro.uk

Denda Lauren kini meningkat kepada £100 (RM523) dan dia dijangka di Mahkamah Majistret Swansea pada 15 November.

http://ift.tt/2fxMRKR

Isu PU Faiz : ‘Wanita Itu Bukan Penceramah Bebas’

KUALA LUMPUR – Seorang pelayar Facebook yang menggunakan akaun Hanisah Azman memberikan komen mendakwa isu bekas naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Faizuddin Rosli atau PU Faiz, berkaitan kes di bawah seksyen 335 adalah disifatkan sebagai kes aniaya.

Pelayar itu turut memuat naik status yang didakwa daripada isteri PU Faiz yang cuba menjelaskan cerita sebenar disebalik kes dakwaan tersebut.

“Alhamdulilah.. terima kasih kepada yang mengutuk dan membuatkan kami tersenyum dalam keadaan yang masih bersedih atas kehilangan Ayahanda tercinta. (AL FATIHAH). Moga kalian mendapat keampunan.

“Seperti yang di dakwa dan kami berhak memperjelaskan keadaan yang sebenar untuk tidak melahirkan lagi mulut-mulut puaka bakal penghuni neraka,”tulisnya yang memetik akaun isteri PU Faiz.

Menurut perkongsian itu juga memberitahu wanita yang didakwa dicederakan itu bukan penceramah bebas seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Wanita itu bukan penceramah bebas atau ustazah seperti yang tertulis di dada akhbar. Beliau datang dan menceroboh ke pusat pengajian kami dan dia juga didakwa kerna menceroboh. PU Faiz tidak mencederakan atau memukul beliau melainkan lebih kepada “MEMPERTAHANKAN DIRI” kerna cubaan memeluk (menurut saksi) dan berlaku pergelutan yg mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan wanita itu.

“Wanita itu sering menganggu kami dgn hal rumahtangga beliau(sekarang dah bercerai) dan juga sering menghubungi Pu Faiz utk berjumpa serta ingin melakukan hubungan seks agar melahirkan seorang zuriat iaitu IMAM MAHDI walau ketika itu beliau MASIH ISTERI ORANG. Wanita itu sering mendakwa dirinya adalah Ibu kepada IMAM MAHDI dan sering berjumpa NABI,”kongsi status itu lagi.

Tambahnya, wanita itu juga cemburu dengan kebahagiaan PU Faiz dan Isteri sehingga sanggup memfitnahnya sekeluarga telah bercerai.

“(Wanita itu) menfitnah yang kami sudah bercerai dan PU Faiz adalah bakal suami keduanya. Kesimpulannya, ini adalah dugaan untuk kami dan didatangkan ujian berbentuk sebegini. Apapun InsyaAllah kami akan tenang hadapi,”akhiri kenyataan itu.

Terdahulu, PU Faiz mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang penceramah wanita di sekolah tahfiz di Kota Damansara, dua bulan lalu.

Tertuduh, PU Faiz, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.
Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua- duanya, jika disabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini sebagai sebutan semula kes.-SuaraTV

Isu PU Faiz : ‘Moga Kalian Mendapat Keampunan’

KUALA LUMPUR – Seorang pelayar Facebook yang menggunakan akaun Hanisah Azman memberikan komen mendakwa isu bekas naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Faizuddin Rosli atau lebih dikenali sebagai PU Faiz, berkaitan kes di bawah seksyen 335 adalah disifatkan sebagai kes aniaya.

Pelayar itu turut memuat naik status yang didakwa daripada isteri PU Faiz yang cuba menjelaskan cerita sebenar disebalik kes dakwaan tersebut.

“Alhamdulilah.. terima kasih kepada yang mengutuk dan membuatkan kami tersenyum dalam keadaan yang masih bersedih atas kehilangan Ayahanda tercinta. (AL FATIHAH). Moga kalian mendapat keampunan.

“Seperti yang di dakwa dan kami berhak memperjelaskan keadaan yang sebenar untuk tidak melahirkan lagi mulut-mulut puaka bakal penghuni neraka,”tulisnya yang memetik akaun isteri PU Faiz.

Menurut perkongsian itu juga memberitahu wanita yang didakwa dicederakan itu bukan penceramah bebas seperti yang dilaporkan sebelum ini.

“Wanita itu bukan penceramah bebas atau ustazah seperti yang tertulis di dada akhbar. Beliau datang dan menceroboh ke pusat pengajian kami dan dia juga didakwa kerna menceroboh. PU Faiz tidak mencederakan atau memukul beliau melainkan lebih kepada “MEMPERTAHANKAN DIRI” kerna cubaan memeluk (menurut saksi) dan berlaku pergelutan yg mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan wanita itu.

“Wanita itu sering menganggu kami dgn hal rumahtangga beliau(sekarang dah bercerai) dan juga sering menghubungi Pu Faiz utk berjumpa serta ingin melakukan hubungan seks agar melahirkan seorang zuriat iaitu IMAM MAHDI walau ketika itu beliau MASIH ISTERI ORANG. Wanita itu sering mendakwa dirinya adalah Ibu kepada IMAM MAHDI dan sering berjumpa NABI,”kongsi status itu lagi.

Tambahnya, wanita itu juga cemburu dengan kebahagiaan PU Faiz dan Isteri sehingga sanggup memfitnahnya sekeluarga telah bercerai.

“(Wanita itu) menfitnah yang kami sudah bercerai dan PU Faiz adalah bakal suami keduanya. Kesimpulannya, ini adalah dugaan untuk kami dan didatangkan ujian berbentuk sebegini. Apapun InsyaAllah kami akan tenang hadapi,”akhiri kenyataan itu.

Terdahulu, PU Faiz mengaku tidak bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang penceramah wanita di sekolah tahfiz di Kota Damansara, dua bulan lalu.

Tertuduh, PU Faiz, 27, didakwa di Mahkamah Majistret di sini, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Dakwaan kes dilakukan mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda maksimum RM4,000 atau kedua- duanya, jika disabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini sebagai sebutan semula kes.-SuaraTV

Pening kepala dengan perangai pelancong China

Keadaan di kawasan menunggu Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju. – Foto Korea Times Jemin Ilbo

JEJU – KOREA SELATAN. Pelancong dari China dirakam membuang balutan plastik barangan bebas cukai di lokasi pengambilan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju.

Menurut Korea Times, kawasan tersebut yang juga merupakan kawasan menunggu di sebelum menaiki pesawat dipenuhi beratus-beratus balutan plastik.

Pelancong dari China didakwa membuka balutan dan membuangnya ke atas lantai walaupun tong sampah disediakan berdekatan dengan lokasi.

Untuk mengurangkan jumlah sampah, Korea Airports Corporation terpaksa menambah jumlah kakitangan pembersihan.

Lapangan terbang Jeju juga merancang untuk mendenda kelakuan membuang sampah di atas lantai pada masa hadapan.

http://ift.tt/2fvavvd

Teruk Dihentam Netizen, Nora Danish Dakwa Kenyataan Isu Cukai Diputar Belit

nora-danish-isu-cukai

KUALA LUMPUR — Nora Danish mendakwa ada pihak “memutar belit” kenyataannya berhubung saranan pelepasan cukai untuk penggiat seni.

Kecewa dipertikaikan orang ramai susulan kenyataannya di sebuah akhbar, pelakon itu juga menegaskan beliau seorang yang patuh membayar cukai.

“Isu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tidak buat salah pun kena marah. Ini mesti ada yang putar belit penyampaian Nora.

“Tidak apa, saya dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Nora akan periksa siapa yang cuba sensasikan berita ini,” kata pelakon filem Gudang Kubur di Instagramnya.

Beliau juga memuatkan beberapa hashtag atau kumpulan kata kunci, termasuklah #haruslahbayarcukai dan #sayabayarcukai.

ProjekMMO sebelum ini menghubungi seorang pegawai pelakon tersebut tetapi dimaklumkan beliau tidak dapat memberikan ulasan lanjut kerana berada di luar negara.

Dalam wawancaranya di Utusan Malaysia, Nora dilaporkan mencadangkan LHDN memberikan pelepasan cukai bagi menampung kos “penampilan diri” untuk selebriti dan artis.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak disenangi pengguna internet (netizen) apabila berita ini menjadi viral.

Beberapa blog membuat tanggapan seolah-olah golongan artis boleh mengelak cukai.

Berikut petikan penuh sebahagian temubual Nora bersama akhbar tersebut berhubung isu cukai yang kini mengundang kontroversi.

Soalan: Sebagai antara artis yang berjaya dalam bidang lakonan dan perniagaan, ketika ini juga ramai artis sedang “dikejar” oleh LHDN, Nora bukan salah seorang daripadanya?

Nora: Macam saya cakap, dikejar itu tidaklah. Sebab saya membayar cukai pada waktu yang sudah ditetapkan. Bagi saya jumlah yang perlu dibayar tidaklah terlalu mengejutkan.

Ini memandangkan saya sudah membayar sejak dari awal, setiap tahun, jadi ia masih dalam jumlah yang okay sebab tiada tunggakan.

Soalan: Ada juga artis yang lari daripada cukai ya, bagaimana Nora melihat isu ini?

Nora: Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita. Cuma apa yang saya harap ada sedikit pelepasan buat selebriti macam kami ini. Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri.

Jadi, ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja bagi kami. Kalau boleh pihak LHDN pertimbangkan hal-hal sebegitu, ia akan lebih baik buat kami para artis dan selebriti lain yang amat bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul berhadapan dengan khalayak. – MalayMail

Adenan Nafi Mahu Sarawak Keluar Dari Malaysia

KUCHING — Pejabat Ketua Menteri (CMO) Sarawak hari ini membuat penafian tentang perkara yang tersebar melalui laman sosial yang menuduh Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem menyalahkan pihak berkuasa persekutuan bagi kebanyakan masalah yang menimpa negara ini.

Dalam kenyataan di sini hari ini, CMO berkata tulisan dalam laman sosial itu juga mendakwa Ketua Menteri mengancam untuk membawa Sarawak keluar daripada Malaysia sekiranya semua masalah yang didakwa wujud itu tidak diatasi.

“Tulisan itu dilaporkan berasal daripada akaun Facebook ‘Sarawak Keluar Malaysia 2021′,” menurut kenyataan itu.

“CMO menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa Ketua Menteri pernah membuat sebarang kenyataan umum yang bermaksud demikian dan menyifatkan tulisan itu sebagai tidak benar sama sekali serta suatu perbuatan yang secara terang-terangan bertujuan memberi gambaran buruk mengenai Ketua Menteri di mata Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Menurut kenyataan itu, Ketua Menteri telah berulang kali menegaskan bahawa Sarawak tidak akan sekali-kali berpisah daripada Malaysia, tetapi ia tidak bermakna negeri berkenaan tidak boleh memperjuangkan haknya seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Perjanjian Malaysia 1963, Akta Malaysia, Laporan dan Cadangan Jawatankuasa Antara Kerajaan dan Laporan Suruhanjaya Cobbold.

Sementara itu, ketika dihubungi bagi merujuk tentang tulsian itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Datuk Dev Kumar M.M. Sree Shunmugamberkata, polis sedang menyiasat kes berkenaan. — Bernama

Lelaki Jerman Tawanan Abu Sayyaf Pernah Ditawan Lanun Somalia

PETALING JAYA – Lelaki Jerman berusia 70 tahun yang kini berada dalam tangan Abu Sayyaf sebelum ini pernah menjadi tawanan lanun Somalia yang menyerbu kapal layar yang turut dinaiki isterinya.

Juegen Kantner dan Sabine Merz telah mengemudi kapal layar mereka – Rockfall melalui Teluk Aden yang berbahaya pada Jun 2008 apabila lanun bersenjata membuat serangan.

Sepanjang pengalaman pahit menjadi tebusan selama 52 hari, mereka terdedah kepada hukuman mati.

Pada Ahad lalu, Kantner belayar melalui perairan Sulu dalam kawasan Tawi Tawi dan nasib sekali lagi tidak menyebelahi mereka apabila kali ini mereka ditawan lelaki bersenjata Abu Sayyaf.

Kantner menjadi tahanan manakala isterinya telah ditembak mati.

Mayatnya ditemui dalam kapal layar itu pada Isnin.

Menerusi penculikan pada 2008, sebuah akhbar Jerman melaporkan bahawa Kantner dibebaskan selepas wang sebanyak AS $600,000 telah dibayar kepada Somalia namun Kantner enggan mengulas mengenainya.

“Ia adalah pengalaman yang paling teruk saya pernah lalui. Ia benar-benar menyakitkan.

“Pada suatu hari saya berkata kepada mereka bahawa saya berharap kapal terbang akan mengebom kami semua…supaya kami boleh mati bersama-sama,” Kantner.

Pada Mei 2009, Kantner dan isterinya kembali ke Somalia untuk menuntut semula kapal layar mereka walaupun dicemuh oleh penduduk di Berbera, sebuah pelabuhan Somalia yang dipenuhi lanun Aden.

“Mereka berfikir bahawa saya gila, mereka memanggil saya lelaki kulit putih gila atau kelasi Jerman gila. Mereka tidak tahu betapa pentingnya bot saya kepada saya,” katanya.

Lapan tahun kemudian Kantner kembali belayar ke perairan bermasalah.

Kali ini Abu Sayyaf membunuh tawanan mereka, termasuk rakyat Malaysia dan warga asing. – mstar

Naib juara Pencetus Ummah didakwa cederakan penceramah wanita

Ahmad Faiz keluar dari Mahkamah Majistret selepas mengaku tidak salah mencederakan seorang wanita September lalu.

PETALING JAYA – Bekas naib juara program Pencetus Ummah (PU) musim kedua, Ahmad Faiz Hafizuddin Rosli mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi atas pertuduhan mencederakan seorang wanita, dua bulan lalu.

Ahmad Faiz Hafizuddin, 27 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Majistret Datin Fadzlin Suraya Mohd. Suah.

Mengikut pertuduhan tertuduh didakwa mendatangkan kecederaan terhadap seorang penceramah, Nurul Intan Sakinah Azmi, 29, atas sebab kemarahan.

Penceramah bebas itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di Sekolah Tahfiz Pondok Rumi Sufi Jawi, No. 14-3, Tingkat 2, Jalan Pekaka 8/4 Seksyen 8, Kota Damansara, di sini pukul 2.30 petang pada 29 September lalu.

Berikutan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 335 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum empat tahun atau denda sehingga RM4,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Fadzlin Suraya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember ini untuk sebutan semua kes.

Artikel Penuh: http://ift.tt/2fKnMkJ

Sunday, November 6, 2016

Video : Komen Ramli MS Punca Elly Mazlein Tarik Diri?

KUALA LUMPUR – Pelakon sensasi, Elly Mazlein akhirnya didakwa menarik diri sejurus berakhirnya minggu ke-empat Gegar Vaganza, semalam.

Dakwaan mengatakan penyingkiran tersebut dibuat diatas permintaan Elly sendiri.

Terdahulu, Elly menarik diri kerana terasa dengan komen Datuk Ramli MS yang memberi komen ‘Tengok belas kasihan Astro’ untuk mengekalkannya di dalam program itu.

Saingan yang menyaksikan 10 artis bertanding bertemakan duet itu menjadi kejutan apabila keputusan malam tadi tidak berpihak kepada Elly Mazlein apabila diumumkan tersingkir.

Bagaimanapun, juri dan pengacara juga kelihatan terkejut dengan keputusan tersebut. Malah di twitter, rata-rata netizen tidak berpuas hati Elly disingkirkan.-SuaraTV

Pemimpin PAS Selar Tindakan PAN Politikkan Isu ‘Taklik Sebelum Nikah’

KOTA BHARU – Malu dituduh tidak tahu hukum, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud akhirnya menjelaskan salah faham berhubung ‘taklik nikah’ yang disebutnya ketika sesi perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, minggu lalu.

Katanya, pada hari itu beliau hendak menyebut ‘taklik sebelum beri surat nikah’, tetapi terkeluar ‘taklik sebelum nikah’.

Berikutan kesilapan itu, ujarnya, pihak tertentu terutama Parti Amanah Negara (PAN) Kelantan mengambil sedutan itu dan viralkannya menerusi laman sosial bagi tujuan mengaibkannya.

Berucap pada ceramah penerangan isu semasa di Pasir Tumboh, dekat Kota Bharu, malam kelmarin, Mohd Nassuruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas Meranti berkata, jika bercakap mengenai bab taklik nikah, budak sekolah rendah pun tahu.

“Bab taklik ni, budak sekolah rendah pun tahu (hukum) dan (PAN) tak perlu nak malukan saya hanya kerana saya tersasul atau tersilap sebut pada hari itu.

“Bab taklik juga orang lain tak payah nak lawan saya… orang lain sekali taklik (kahwin sekali), saya dua kali (lafaz) taklik (kahwin dua). Bukan saya tak tahu bab taklik ni. Saya tahu,” katanya yang disambut ketawa hadirin.

Minggu lalu, ketika perbahasan dan menjawab soalan dari Datuk Husam Musa (PAN-Salor), Mohd Nassuruddin tersasul menyebut ‘taklik sebelum nikah’, menyebabkan dewan gamat dan tidak ada pembetulan dibuat oleh beliau yang mungkin tidak perasan kesilapannya.

Beliau hanya menyedari kesilapan itu sehari kemudian setelah sedutan video pada sebutan itu menjadi viral dan menerima banyak panggilan daripada penyokongnya.

Berikutan kesilapan itu, Husam mencadangkan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub supaya menggantung Exco itu dan mengenakan larangan daripada bertanding selama lima tahun.

Mohd Nassurudin kemudian menempelak Husam dengan bertanya, adakah Husam ketika dalam Pas dahulu sudah lupa bai’ah atau sumpah taklik yang dilafazkannya di hadapan (Allahyarham) Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dahulu?

“Masa kita bai’ah, tak terfikir pun nak dipecat atau digantung kepada sesiapa yang keluar parti. Ini (Husam) bertanding Naib Presiden Pas dan calon ADUN Salor.

“Dia sumpah depan tok guru, Wallahi Wabillahi Watallahi… kalau lompat parti, kena letak jawatan, jatuh talak ke atas isteri dengan tiga talak. (Sumpah) itu jadi (sah),” katanya mengingatkan Husam dengan tindakannya keluar dari Pas. – MalaysiaGazette

5 lelaki Islam ditahan beli nombor ekor gelap

Pegawai dan anggota Penguat kuasa JHEAT memeriksa sebuah premis dipercayai menjalankan perniagaan nombor haram di bandar Jertih.

JERTIH – Lima lelaki tidak sempat larikan diri selepas dicekup anggota Penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam serbuan di dua premis yang dipercayai menjual nombor ekor haram di bandar ini, minggu lepas.

Pegawai Agama Daerah, Khairul Azizi Idris berkata, dalam serbuan kira-kira jam 6.30 petang itu, empat lelaki diberkas di kedai makanan haiwan dan seorang di kedai runcit yang terletak tidak jauh antara satu sama lain.

“Mereka berada dalam premis tersebut dan dipercayai terlibat dalam urusan membeli nombor ekor haram di premis tersebut yang beroperasi secara sulit.

“Kesemua mereka berusia 20 hingga 50-an ditahan dibawa ke Pejabat Agama Besut dan dibebaskan dengan jaminan bon sementara menunggu tarikh pertuduhan di Mahkamah Rendah Syariah Besut,” katanya.

Operasi khas perjudian haram disertai 40 pegawai dan anggota Penguat kuasa Ibu Pejabat JHEAT dibantu anggota Penguat kuasa Agama Pejabat Agama Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dan Besut.

Menurut Khairul Azizi, serbuan di dua premis tersebut dibuat hasil risikan dan pemantauan JHEAT sebelum ini setelah mendapat maklumat kegiatan penjualan nombor ekor haram.

“Seperti premis yang pernah diserbu sebelum ini, modus operandi peniaga nombor ekor haram ini adalah berselindung di sebalik perniagaan lain yang mereka jalankan menyebabkan usaha mengesan mereka berdepan sedikit kesulitan,” katanya.

Menurutnya, sejumlah wang tunai dan bahan bukti lain turut dirampas oleh anggota terbabit.

“Mereka akan didakwa di bawah 22(1) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-dua sekali.

“Orang Islam yang didapati berjudi atau berada di rumah judi boleh didakwa di bawah seksyen tersebut,” katanya.

Katanya, pemantauan dan operasi berterusan akan dijalankan bagi memastikan tidak ada umat Islam yang terbabit dengan aktiviti yang dilarang agama itu.

http://ift.tt/2f8Fg8z

Perniagaan merosot, farmasi terpaksa jual gula-gula untuk bertahan

KUALA LUMPUR: Walaupun rakyat Malaysia mengadu terpaksa membayar harga yang terlalu tinggi bagi tujuan perubatan, ahli farmasi mendakwa perniagaan mereka sebenarnya semakin merosot.

Sehubungan itu kebanyakan farmasi terpaksa mencari jalan lain dengan menjual gula-gula dan pelbagai produk bukan perubatan untuk terus bertahan.

Menyangkal tuduhan bahawa mereka telah menjual ubat-ubatan pada harga yang tinggi, Presiden Komuniti Malaysia Pharmacy Guild (MCPG) Lovy Beh berkata: “Sebelum ini, ia adalah perkara biasa bagi ahli farmasi untuk mengenakan caj 25-30 peratus di atas harga kos bagi mengekalkan operasi mereka.

“Tetapi hari ini, mereka hanya mengenakan bayaran tambahan sebanyak 15 peratus. Sesetengah daripada ahli farmasi menjual ubat di bawah harga kos.”

MCPG berfungsi untuk mempromosi dan melindungi kepentingan pengamal farmaseutikal.

Ia mempunyai 13,147 ahli di seluruh negara.

Beh memberi gambaran bahawa perniagaan ahli farmasi komuniti (CP) tidak begitu memuaskan dengan mengatakan bahawa sebanyak 50 peratus daripada CP bebas tidak mendapat pulangan yang baik.

Untuk memastikan perniagaan mereka terus kekal, Beh berkata CP memberi ‘servis yang lebih’ walaupun hanya mendapat keuntungan terhad.

“Servis yang lebih bermakna ahli farmasi terpaksa menjual produk pengguna seperti pasar mini.

“Jadi barang bukan farmaseutikal seperti akhbar, majalah, gula-gula dan ais krim terpaksa dijual di premis mereka untuk menarik lebih ramai pelanggan,” katanya.

Mereka tidak lagi boleh semata-mata bergantung kepada penjualan ubat untuk mendapat pulangan modal, kata Beh kepada The Star.

Beh berkata “pasaran yang sangat kompetitif” memaksa CP untuk menjual ubat-ubatan di bawah kos.

Akhirnya kesatuan itu melihat lebih banyak perniagaan terpaksa ditutup sejak kebelakangan ini.

Katanya CP terpaksa bersaing dengan rantaian farmasi dan doktor yang dibenarkan untuk mendispens ubat di Malaysia.

Beh berkata Malaysia tidak mengamalkan Dispensing Separation (DS) di mana doktor hanya menetapkan jenis ubat sementara ahli farmasi menjual ubat.

Beliau memberi contoh negara-negara seperti Australia dan Britain yang mengamalkan sistem DS di mana kos dan bayaran balik harga runcit untuk ubat-ubatan telah diseragamkan oleh Kerajaan.

Malaysia, katanya juga perlu bergerak ke arah ini.

Pada 10 Oktober lalu menerusi forum mengenai Undang-undang Persaingan dalam Sektor Farmaseutikal, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin menyifatkan Malaysia sebagai negara yang menjual ubat-ubatan farmaseutikal pada harga yang tinggi.

Beliau berkata kekurangan kawalan kerajaan menyebabkan pengeluar, pengedar dan peruncit menetapkan harga.

http://ift.tt/2f8Ff4v

Harga menjunam, ini masa terbaik beli koleksi duit lama

SIBU: Harga wang kertas dan syiling lama kini menjunam sekurang-kurangnya 30 peratus sejak beberapa bulan lepas, demikian menurut Presiden Persatuan Numismatik Sarawak, John Goh Cheong Huat.

Sebagai contoh, beliau berkata duit syiling RM1 yang dikeluarkan pada 1971 sebelum ini berharga RM30, tetapi kini boleh didapati pada harga RM12.

“Duit syiling perak 20 sen dari tahun 1939 dijual kira-kira RM22 sekeping.

“Ia sebelum ini berharga RM90,” katanya ketika ditemui pada program jualan dan pameran duit kertas, syiling, setem dan kad telefon lama pada Ahad.

Goh berkata pemilik barang-barang ini terpaksa menjual koleksi mereka bagi membantu menghadapi situasi kewangan semasa.

“Pada masa yang baik, anda tidak dapat mencari barang-barang ini kerana tiada pengumpul yang mahu menjualnya.

“Jika anda berjaya mencari syiling atau wang kertas, ia hanya pada jumlah yang terhad sahaja.

“Tetapi dalam beberapa bulan yang lalu, pengumpul mula menjual koleksi mereka,” katanya.

Tambah beliau, dua bulan yang lalu seorang pengumpul di Kuala Lumpur, mengejutkan ramai pihak apabila secara tiba-tiba mengeluarkan 4,000 keping syiling lama untuk dijual.

“Anda boleh mencari aktiviti jualan dan pameran seperti itu hampir setiap hari di negara ini sekarang,” katanya.

Goh berkata terdapat pembeli yang berharap untuk membuat keuntungan besar dengan membeli koleksi lama itu pada masa ini dengan harga yang rendah dan menjualnya kemudian.

“Saya memberitahu mereka bahawa ini adalah masa yang baik untuk melabur dalam hobi ini.

“Bagaimanapun mereka tidak harus menetapkan harapan terlalu tinggi, kerana tiada siapa yang akan tahu nilainya pada masa depan,” katanya.

Tambahan pula, nilai juga akan jatuh jika pengumpul tidak tahu bagaimana untuk memastikan koleksi berkenaan sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Goh yang memiliki kira-kira 40 tahun pengalaman dalam bidang perniagaan mengambil bahagian dalam penjualan dan pameran barangan antik, termasuk setem, duit syiling dan wang kertas.

http://ift.tt/2fuKkmk