Sunday, November 6, 2016

Wanita Korea cedera parah tali terjun bungee terputus

http://www.youtube.com/watch?v=FlStQUWyrnI

GABUNGAN gambar merakamkan aksi Yoo melakukan terjunan bungee pada September lalu. AGENSI

SEOUL 6 Nov. – Seorang wanita di Korea Selatan yang mencuba aksi terjunan bungee cedera parah apabila terhempas dari ketinggian 42.6 meter selepas tali yang digunakan untuk melakukan lagak ngeri itu terputus.

Daily Mirror melaporkan, akibat insiden itu, wanita berusia 29 tahun berkenaan cedera parah di kepala, leher dan dada hingga memaksanya menerima rawatan selama sebulan di hospital.

Pemilik pusat terjunan itu di Chuncheon, Korea Selatan didakwa kerana ‘kecuaian profesional’.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Yoo ketika kejadian sedang dirakam oleh teman lelakinya yang berada di bawah sebelum dia melompat daripada platform terjunan.

Bagaimanapun, tali bungee itu terputus mengakibatkan Yoo jatuh terhempas ke dalam air.

Polis yang memeriksa rakaman video itu kemudiannya menahan pemilik pusat berkenaan pada hari sama kemalangan tersebut berlaku pada 14 September lalu.

Yoo ketika ditemu bual Korean Times berkata, tali bungee yang dilekatkan pada badannya terputus membuatkannya terus terhempas ke dalam air.

“Pemilik pusat terjunan itu menyuruh saya terjun tanpa memeriksa tali berkenaan untuk tujuan keselamatan,” dakwanya.

Menurut jurucakap pusat terjunan itu, tali bungee berkenaan telah diketatkan namun menjadi longgar semasa wanita berkenaan terjun.

– See more at: http://ift.tt/2fJs2AR