Sunday, November 6, 2016

Gara-Gara Ancaman Pistol, Trump Turun Pentas

NEVADA – Gara-gara dikejutkan oleh ancaman pistol, Donald Trump dibawa turun oleh daripada pentas ketika berucap semasa berkempen di Reno.

Agensi melaporkan, kejadian yang didakwa begitu pantas berlaku apabila seorang individu tidak dikenali menjerit “senjata” ketika Trump sedang berucap.

Ejen Perkhidmatan Rahsia dan polis Reno berjaya menahan seorang lelaki tetapi pemeriksaan yang dibuat tidak menemui sebarang senjata.

Trump kemudian dibenarkan kembali ke pentas dan berkata: “Ia bukan mudah untuk kita tetapi kita tidak akan berhenti. Sama sekali tidaka akan berhenti,”.

Reno adalah lokasi kempen yang dibuat pada saat-saat akhir sebelum menjelang pilihan raya presiden.