Monday, November 7, 2016

Video: Geng Merah Sedia Jadi ‘Pengawal Keselamatan’ Bersih 5

KUALA LUMPUR – Pemimpin Gerakan Merah, Datuk Jamal Yunos memberi jaminan kepada penganjur Bersih 5 akan menyediakan ‘pengawal keselamatan’ kepada mereka sekiranya perhimpunan Bersih dilakukan di dalam stadium.

Menurutnya, beliau akan menyediakan seramai 2000 orang pengawal keselamatan bagi membantu mereka menjaga keselamatan ketik perhimpunan.

“Tapi jika mereka bersetuju untuk berhimpun di kawasan Stadium di Shah alam kerana selangor ini adalah negeri mereka kami rela untuk menjadi pengawal keselamatan kepada mereka di dalam Stadium Shah alam, Stadium Bukit Jalil atau dimana-mana stadium.

“Kami akan memberikan sumbangan tenaga seramai 2000 orang untuk menjadi pengawal keselamatan kepada Bersih sekiranya mereka buat di stadium.,” katany ketika ditemui media selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Ipd Dang Wangi, tadi.

Namun beliau turut memberi amaran kepada penganjur Bersih 5 bahawa mereka akan bertindak sekiranya mereka masih berdegil mengadakan demonstrasi jalanan pada 19 November ini.

“Dan saya juga menyatakan kepada pihak polis yang kami beri jaminan sepenuhnya jika ada perhimpunan bersih pada 19 november akan datang, kami juga akan ada di tempat dan waktu bersih ada di sana.

“Tidak ada kuning, tidak ada merah, namun jika mereka ingkar bersedialah berhadapan dengan kami kerana kami telah mempersiapkan diri untuk berdepan dengan mereka,” ujarnya.

Terdahulu, permohonan Geng Baju merah untuk mengadakan perhimpunan pada hari yang sama dengan Bersih 5 telah ditolak oleh Majlis Bandaraya Kuala Lumpur.

Jelas penderian pada hari ini datang ke IPD untuk berbincang dan permohonan kami telah ditolak oleh bandaraya, tapi kami tidak teragak-agak untuk mengerakkan semua penyokong kami diseluruh negara.-SuaraTV

Tapi kalau mereka ingkar