Thursday, November 3, 2016

Akaun Emas untuk caruman selepas 55 tahun bermula 1 Januari 2017 – KWSP

Quote:

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan bermula 1 Januari 2017, Akaun Emas akan diwujudkan sebagai simpanan persaraan kedua untuk ahli berumur 55 tahun ke atas

Namun tiada perubahan bagi pengeluaran semasa bagi umur 55 tahun

Akaun Emas adalah antara inisiatif di bawah penambahbaikan skim KWSP yang terkandung di dalam Akta KWSP 1991 yang mana semua caruman baharu yang diterima selepas umur 55 tahun akan secara automatik dimasukkan ke dalam Akaun Emas dan akan hanya boleh dikeluarkan apabila ahli mencapai umur 60 tahun

Ia bertujuan memastikan kecukupan simpanan persaraan ahli apabila mencapai umur 60 tahun

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata semasa Rundingan Ahli yang diadakan pada April tahun lalu, pengurus dana pencen itu telah mencadangkan beberapa inisiatif penambahbaikan ke atas skim semasa dan yang paling utama adalah mewujudkan Akaun Emas

Beliau berkata, memandangkan purata rakyat Malaysia kini bekerja selepas umur 55 tahun dan umur persaraan minimum 60 tahun, KWSP memutuskan untuk menyediakan dana persaraan kedua, Akaun Emas untuk memelihara simpanan ahli dari umur 55 hingga 60 tahun

KWSP memberi jaminan kepada ahli bahawa pengeluaran umur 55 tahun adalah kekal dan ahli berumur 55 ke atas masih boleh membuat pengeluaran ke atas baki simpanan, katanya pada taklimat media mengenai penambahbaikan Skim KWSP di sini, hari ini

Shahril Ridza berkata, Akaun Emas tidak akan menjejaskan skim semasa yang mana ahli diberi pilihan untuk membuat pengeluaran ke atas baki simpanan

Beliau berkata, simpanan ahli juga boleh terus menerima dividen untuk Akaun Emas dan baki simpanan dalam Akaun 55

Selain inisiatif Akaun Emas dan Akaun 55, KWSP juga melanjutkan had pengkreditan dividen dari umur 75 tahun hingga 100 tahun

Selanjutnya di : http://ift.tt/2egEi64