Monday, November 7, 2016

Malaysiakini Memang Ada Agenda

Sungguh ironi. Sebahagian orang yang mengadakan protes di pejabat Malaysiakini hujung minggu lalu menyarung topeng Guy Fawkes.

Kumpulan Baju Merah, menurut pemimpin mereka, berhimpun untuk mempertahankan demokrasi.

Tetapi Fawkes, sebaliknya terlibat dalam “Gunpowder Plot” — rancangan untuk mengebom parlimen Inggeris pada sidang pembukaannya lima ratus tahun lalu.

Bagi sesetengah pihak, demokrasi bermaksud mengadakan pilihan raya setiap lima tahun dan membenarkan pemilih memilih calon pilihan hari di peti undi.

Bagi mereka, aktivis hanyalah ancaman terhadap demokrasi dan mesti dilawan, mungkin melalui pencak silat jika perlu.

Kini, kewartawanan juga telah masuk dalam senarai ancaman.

Polis menyiasat Malaysiakini susulan dana diterima daripada badan yang mempunyai kaitan dengan hartawan Amerika Syarikat George Soros.

Soros pula didakwa menentukan arah tuju redaksi portal berita ini dengan agenda politik untuk perubahan rejim.

Bagaimanapun, dalam tempoh 11 bulan terakhir, ayuh kita susuli kembali laporan-laporan Malaysiakini, untuk menilai kesahihan dakwaan itu.

Pada Januari, portal ini mendedahkan siri video Sirul Azhar Umar, bekas anggota polis elit yang disabitkan membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Dalam rakaman itu, Sirul antara lain berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mempunyai kaitan dengan kes itu.

Jadi Malaysiakini yang kononnya mahu menggulingkan perdana menteri pilih untuk ketengah video yang membersihkannya. Logik ini sukar kita fahami.

Pada Mei, Malaysiakini mendedahkan berkaitan surat Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Penjara Sungai Buloh, yang penuh waspada terhadap usaha Tun Dr Mahathir Mohamad melalui Deklarasi Rakyat bagi menuntut pengunduran Najib.-Malaysiakini