Sunday, November 6, 2016

Penyelam temui bom nuklear milik Amerika hilang di laut pada 1950

AGENSI – GAMBAR kanan menunjukkan Mark IV yang hilang selepas pesawat yang membawanya terhempas pada 1950. Sean Smyrichinsky (left) found the object while diving and initially thought he’d spotted some kind of UFO

OTTAWA, Kanada – Pasukan Tentera Laut Diraja Kanada akan menyiasat penemuan objek misteri seorang penyelam yang dipercayai adalah sebutir bom nuklear yang hilang ketika Perang Dingin.

Sean Smyrichinsky menemui objek itu sewaktu melakukan selaman berhampiran Pulau Banks, iaitu sebuah kawasan yang terletak berhampiran lokasi nahas pesawat pengebom Amerika Syarikat (AS), Convair B-36 yang membawa bom jenis Mark IV pada 14 Februari 1950.

Pesawat pengebom Convair B-36 dilaporkan terhempas di utara wilayah British Colombia ketika dalam penerbangan ke Texas dari Alaska, AS.

Smyrichinsky hanya menyedari bahawa objek yang dijumpai itu mungkin sebutir bom Mark IV selepas membandingkannya dengan kepingan gambar dan dimaklumkan mengenai kehilangan senjata nuklear itu.

Susulan itu, Tentera Laut Diraja Kanada akan menghantar kumpulan penyiasat ke lokasi itu untuk menilai kebenaran dakwaan tersebut. – Agensi


He was diving near to the area where the plane’s crew were forced to bail out and send the plane to crash in February 1950. The bomb had not been found since

Artikel Penuh: http://ift.tt/2fJpjra