Thursday, July 21, 2016

Tun M Minta Sokongan DAP Perkukuh Parti Baharu – Penganalisis

KUALA LUMPUR – Penganalisis politik, Prof Dr Nasrudin Mohamed berpandangan Tun Dr Mahathir Mohamad akan menggunakan DAP dalam mendapatkan sokongan parti baru yang akan ditubuhkan kelak.

Ia berikutan sikap tarik-tali Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam menyatakan sokongan terhadap cadangan bekas perdana menteri itu.

Wan Azizah sebelum ini tidak menyatakan secara jelas apakah pendirian PKR terhadap parti baru Mahathir itu, namun terbuka dengan apa sahaja kerjasama untuk menumbangkan pihak lawan, Umno-Barisan Nasional (BN).

“Apabila kita merujuk kenyataan Wan Azizah, kita kena lihat juga bahawa kata-kata parti seharusnya dilihat seiring dengan parti lain. Pada masa parti tersebut tidak memberikan gambaran jelas mengenai sokongan terhadap Mahathir, kita kena lihat bagaimana DAP bertindak dan beri kenyaan.

“Dalam keadaan sekarang, DAP antara kuasa yang akan digunakan Mahathir untuk memperkuatkan parti yang akan ditubuhkan nanti,” demikian menurut Nasrudin ketika ditemubual AP baru-baru ini.

Mahahthir pada minggu lalu mengumumkan akan menubuhkan satu parti politik baru yang akan menjadi sebahagian komponen dalam gagasan pembangkang dalam usaha melawan Umno-BN.

Ia juga disifatkan Mahathir sebagai satu usaha memperkukuhkan kedudukan pembangkang dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) juga hadir di pengumumam Mahathir dan menyambut baik cadangan pemimpin itu, lebih-lebih lagi dalam keadaan pembangkang kini berdepan dengan pelbagai masalah.

Sebagaimana PKR, DAP juga sehingga kini tidak mengkhususkan sokongan mereka terhadap cadangan Mahathir itu.

Sebaliknya buat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat agak terbuka dengan idea penubuhan parti baru dan gabungan pembangkang itu.

Nasrudin, ketika mengulas hal itu menyatakan sokongan Anwar itu berkemungkinan demi manfaat politik yang akan diterimanya kelak, sekiranya gabungan itu berjaya menunjukkan hasil.

“Bagaimana Anwar melihat perkara ini dan bagaimana kemunculan parti baru Mahathir ini boleh digunakan Anwar dalam mencorakkan permainan atau muslihat politik semasa,” ujar Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Negeri Sembilan itu.

Anwar ketika mengulas perkembangan semasa membabitkan idea Mahathir itu berkata apa sahaja kerjasama yang akan dilakukan kelak perlu melihat kepada faedah yang akan diperolehi rakyat.

Konsert Selena Hiburan Melalaikan – Exco PAS Selangor

PETALING JAYA – Exco PAS Selangor tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri membenarkan penganjuran konsert Selena Gomez pada minggu depan.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menyifatkan konsert itu sebagai hiburan yang melalaikan dan bertentangan syariat Islam.

“Saya lihat tidak ada kebaikan pun konsert tersebut untuk masyarakat Islam. Penampilannya yang bertentangan syariat Islam di luar tetap akan memberi kesan kepada generasi muda,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, pemimpin Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Selangor bersama hampir 100 penyokong mengadakan protes membantah konsert Selena di Bangunan SUK, Shah Alam.

Satu memorandum bantahan turut diserahkan kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Mohd Shahrizal Mohd Salleh yang berjanji akan menyampaikan hasrat tiga sayap PAS Selangor itu kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahmad Yunus yang menyokong tindakan tiga sayap PAS Selangor mengadakan protes itu dan konsert itu dibatalkan berkata, bantahan itu bertujuan menyampaikan mesej Islam kepada pentadbir kerajaan negeri.

Konsert Selena Gomez ‘The Revival Tour’ akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Julai ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dilaporkan berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam meluluskan permohonan itu tanpa mendapat tekanan mana-mana individu mahupun organisasi.

Bagaimanapun, MBSA menetapkan beberapa syarat “ketat” untuk dipatuhi penyanyi itu dan penganjur ekoran bantahan sesetengah ahli majlis khasnya ahli majlis daripada PAS.

“Ia termasuk konsert perlu diadakan di lokasi tertutup bagi menjamin keselamatan penonton, pakaian tidak boleh terlalu terdedah, tidak boleh ada arak, rokok dan dadah, tidak boleh melebihi tempoh ditetapkan (sejam hinggan sejam 30 minit), tidak boleh disiarkan secara langsung serta harga tiket perlu terkawal (antara RM250 hingga RM500),” katanya. – FMT

Malaysia, Selatan Thai Tangani Isu Nikah

KANGAR – Berikutan peningkatan jumlah rakyat Malaysia berkahwin di selatan Thailand, satu mekanisma terbaik perlu dibuat untuk menangani isu itu supaya ia sah di sisi undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata perkahwinan yang tidak disahkan undang-undang akan mengundang banyak masalah terutama kepada isteri dan anak-anak.

“Dalam hubungan ini, kita dan lima Wilayah Andaman di selatan Thailand iaitu Yala, Narathiwat, Pattani, Satun dan Songkhla akan merumuskan mekanisma bagi mengukuhkan perkara berkaitan nikah cerai membabitkan pasangan Malaysia yang berkahwin di wilayah tersebut.

“Oleh kerana bilangan pernikahan rakyat Malaysia di selatan Thailand meningkat setiap tahun, perkara ini perlu dikekang bagi mengelak masalah yang mungkin berlaku kemudian,” katanya selepas merasmikan persidangan pengurusan nikah cerai ketua-ketua pendaftar seluruh negara dengan jawatankuasa Majlis Agama Islam (MAI) lima wilayah berkenaan di sini, malam tadi.

Katanya antara kesan perkahwinan yang tidak didaftar atau dirahsiakan ialah anak tidak ada sijil kelahiran, tiada kad pengenalan dan ada juga yang terpaksa dibinkan ‘Abdullah’ walaupun perkahwinan mereka sah mengikut hukum syarak.

“Perkara menjadi lebih rumit apabila berlaku kematian atau perceraian menyebabkan kesukaran mengesahkan pewaris berkaitan tuntutan harta dan pembahagian harta sepencarian. “Ini antara punca keruntuhan institusi kekeluargaan.

Sebab itu saya minta pasangan yang berkahwin di selatan Thailand atau di mana sahaja supaya mendaftar semula perkahwinan mereka sebaik balik ke negara ini,” katanya.

Jamil Khir berkata beliau turut meminta Yang Dipertua MAI lima wilayah tersebut supaya memberi penekanan kepada pasangan negara ini mendaftar perkahwinan mereka di Malaysia selepas berkahwin.

“Persidangan tahun keempat berturut-turut ini menunjukkan kerajaan serius dalam usaha mengatasi isu tersebut,” katanya sambil menambah pasangan yang merancang berkahwin di luar negara juga harus mendapat kebenaran berkahwin dari pihak berkuasa negara ini.

Sementara itu, Yang Dipertua MAI Yala, Ismail Abdul Latif Hari berkata MAI Wilayah Andaman hanya menerima pasangan yang memenuhi syarat sebelum mereka dikahwinkan seperti memiliki pasport.

“Kebanyakan kes yang kami terima membabitkan pasangan yang hendak berpoligami tetapi menghadapi masalah meneruskan perkahwinan mereka di Malaysia,” katanya sambil menambah pembabitan broker atau ejen lebih menimbulkan masalah.

Ismail, ejen yang tidak baik menggunakan pelbagai cara untuk membolehkan pasangan terbabit berkahwin dan mereka juga mengenakan bayaran yang tinggi sedangkan kos perkahwinan hanya kira-kira 6,000 baht sahaja.

Bekas MB Tolak Jawatan Timbalan Exco

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said enggan menerima jawatan Timbalan Exco yang diberikan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Dalam rombakan portfolio Exco kerajaan negeri semalam, Ahmad yang juga ADUN Kijal dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ahmad berkata, walaupun belum menerima surat pelantikan secara rasmi dan hanya mengetahui namanya tersenarai sebagai timbalan Exco, beliau tidak bersetuju dengan pelantikan itu.

“Antara punca menyebabkan saya menolak tawaran ini kerana Ahmad (Razif) tidak mengiktiraf saya sebagai wakil rakyat apabila bertindak memotong peruntukan pembangunan di DUN Kijal, selain melantik orang lain sebagai Pengerusi Pembangunan DUN.

“Sebagai seorang bekas menteri besar, saya anggap Ahmad (Razif) mempersendakan saya apabila melantik sebagai timbalan Exco,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan ADUN Seberang Takir yang mengatakan Ahmad sebelum ini dilantik sebagai timbalan Exco tetapi tidak didedahkan, Ahmad berkata, beliau tidak pernah dihubungi mengenai pelantikan itu.

“Ahmad Razif juga pernah mengumumkan melantik saya sebagai Pengerusi Pembangunan Tasik Kenyir, tetapi tiada surat pelantikan secara rasmi dihantar dan saya juga menolak pelantikan itu,” katanya.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Ahmad mengumumkan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan dilantik Yang Dipertua PERKASA Terengganu.

Ahmad sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila secara tiba-tiba mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Namun usul berkenaan gagal selepas ditolak Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong kerana tidak memenuhi syarat.

Bekas MB Tolak Jawatan Timbalan Exco

KUALA TERENGGANU: Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said enggan menerima jawatan Timbalan Exco yang diberikan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

Dalam rombakan portfolio Exco kerajaan negeri semalam, Ahmad yang juga ADUN Kijal dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ahmad berkata, walaupun belum menerima surat pelantikan secara rasmi dan hanya mengetahui namanya tersenarai sebagai timbalan Exco, beliau tidak bersetuju dengan pelantikan itu.

“Antara punca menyebabkan saya menolak tawaran ini kerana Ahmad (Razif) tidak mengiktiraf saya sebagai wakil rakyat apabila bertindak memotong peruntukan pembangunan di DUN Kijal, selain melantik orang lain sebagai Pengerusi Pembangunan DUN.

“Sebagai seorang bekas menteri besar, saya anggap Ahmad (Razif) mempersendakan saya apabila melantik sebagai timbalan Exco,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Ketika diminta mengulas kenyataan ADUN Seberang Takir yang mengatakan Ahmad sebelum ini dilantik sebagai timbalan Exco tetapi tidak didedahkan, Ahmad berkata, beliau tidak pernah dihubungi mengenai pelantikan itu.

“Ahmad Razif juga pernah mengumumkan melantik saya sebagai Pengerusi Pembangunan Tasik Kenyir, tetapi tiada surat pelantikan secara rasmi dihantar dan saya juga menolak pelantikan itu,” katanya.

Sementara itu dalam sidang media yang sama, Ahmad mengumumkan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) dan dilantik Yang Dipertua PERKASA Terengganu.

Ahmad sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila secara tiba-tiba mengusulkan undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif ketika membahaskan titah ucapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Namun usul berkenaan gagal selepas ditolak Speaker DUN Terengganu, Datuk Mohd Zubir Embong kerana tidak memenuhi syarat.

Menara Sulafa Dubai Terbakar

DUBAI – Sebuah bangunan pencakar langit di kawasan Marina yang padat dengan penduduk tempatan dilaporkan terbakar dalam satu kejadian semalam.

Beberapa kepingan struktur bangunan jatuh ketika kebakaran itu melanda Menara Sulafa yang berketinggian 75 tingkat itu.

Kebakaran itu bermula di tingkat 35 dan mula merebak dengan cepat ke tingkat lain dan sisi bangunan namun berjaya dipadamkan oleh pihak bomba.

Beratus penduduk yang tinggal di bangunan telah dipindahkan manakala mereka yang bekerja di pejabat berdekatan kawasan kejadian hanya mampu melihat rumah mereka dijilat api.

Seorang saksi kejadian, Nora Maki berkata, dia melihat api merebak dengan cepat tetapi pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dengan cepat.

Sehinga kini, tiada laporan punca kebakaran itu berlaku. – Agensi

Ujian Misil Tanda Serangan ‘Tiruan’ Ke Korea Selatan

SEOUL – Korea Utara menegaskan tembakan peluru berpandu balistik terbaharunya semalam diarah dan dipantau secara peribadi oleh pemimpin tertingginya, Kim Jong-Un.

Ia sebagai tanda serangan simulasi atau tiruan nuklear ke atas pangkalan Amerika Syarikat (AS) yang ditempatkan di Korea Selatan.

Tiga misil yang dilancarkan itu sebagai serangan olok-olok dan tindakan terlebih dahulu ke atas pelabuhan Korea Selatan dan pangkalan udara yang menempatkan aset ketenteraan AS, kata pegawai Korea Utara dipetik agensi berita KCNA.

Ia sebagai menguji dan menilai operasi di masa depan dalam mempersiapkan perisian nuklear dan melancarkan roket balistik mengikut paras ketinggian yang dikehendaki sesuai dengan kawasan sasaran,” kata laporan itu.

Penulis Ucapan Isteri Trump Mengaku Silap

CLEVELAND: Seorang penulis ucapan semalam mengaku bertanggungjawab ke atas sebahagian ucapan Melania Trump, isteri kepada calon presiden Republikan, Donald Trump, ketika berucap di konvensyen parti itu minggu ini yang dituduh diciplak.

Kakitangan penulis Pertubuhan Trump, Meredith McIver, berkata beliau memasukkan petikan ucapan ke dalam ucapan Melania yang menyerupai ucapan wanita pertama Michelle Obama pada tahun 2008.

“Saya tidak menyemak ucapan wanita pertama itu. Ini adalah kesilapan yang berat sehingga menyebabkan kekalutan kepada Melania dan Trumps, begitu juga Michelle Obama.

Saya tidak bermaksud jahat,” kata McIver dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Melania ada membacakan petikan dari ucapan Michelle Obama untuk Konvensyen Kebangsaan Demokratik 2008 melalui telefon kepada beliau sebagai contoh. McIver menulis semula ucapan itu dan kemudian memasukkan beberapa petikan dalam draf yang menjadi ucapan Melania pada malam Isnin lalu.

Tuduhan menciplak itu pantas membelenggu kempen Trump sebaik media melaporkan persamaannya. Dalam pada berdepan tekanan untuk menjelaskan apa yang berlaku dan siapa yang harus dipersalahkan, kem Trump menawarkan versi acara berbeza pada Isnin dan Selasa. – Agensi

Erdogan Isytihar Darurat 3 Bulan Di Turki

ISTANBUL: Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat tiga bulan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan lebih berkesan terhadap mereka yang bertanggungjawab dalam cubaan rampasan kuasa, minggu lalu.

Erdogan berkata langkah itu sejajar dengan Perlembagaan Turki dan tidak menyalahi sebarang peraturan undang-undang dan asas kebebasan rakyat Turki.

Perintah darurat yang dikuatkuasakan selepas diwartakan secara rasmi akan membolehkan Presiden dan Kabinet melangkaui Parlimen untuk meluluskan undang-undang baharu selain mengehadkan atau menggantung hak dan kebebasan sekiranya perlu.

Erdogan membuat pengumuman itu dalam siaran langsung televisyen di hadapan barisan menteri Kabinetnya selepas mesyuarat Majlis Keselamatan Negara yang berlarutan selama lima jam – Reuters

Suami Kelar Isteri Di Hotel Bajet

JOHOR BAHRU – Seorang wanita ditemui mati dipercayai akibat dikelar suaminya di sebuah hotel bajet di Taman Sentosa di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, wanita berumur 21 tahun itu didapati dibunuh dengan pisau.

“Kejadian terbabit terbongkar apabila suaminya yang juga berumur 21 tahun menyerah diri di Balai Polis Sentral di sini kira-kira 5 petang semalam.

“Lelaki itu datang ke balai polis dan mengaku dia membunuh isterinya. Di lokasi kejadian, kami turut menemui pisau yang dipercayai digunakan untuk membunuh di bilik hotel tersebut.

“Mayat wanita itu ditemui dengan keadaan leher yang hampir putus akibat dikelar dan kejadian dipercayai berlaku akibat cemburu kerana mangsa dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, turut didapati dua tikaman di bahu dan dada mangsa.

Sulaiman berkata, pasangan tersebut berasal dari Melaka dan mereka menginap di hotel itu sejak Selasa lepas sebelum lelaki tersebut mencari pekerjaan di Singapura.

Beliau berkata, lelaki tersebut pernah bekerja di Singapura sebagai tukang paip, namun kini berhenti bekerja.

Lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah, katanya.

1MDB: Malaysia Sedia Kerjasama Selari Protokol Antarabangsa

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh ke atas apa sahaja siasatan berhubung salah laku syarikat atau rakyatnya selari dengan protokol antarabangsa.

Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffudin Tengku Ahmad berkata, seperti yang selalu ditegaskan Perdana Menteri, jika salah laku tersebut berjaya dibuktikan, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.

“Kami maklum saman awam Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) ke atas beberapa aset. Seperti dinyatakan sebelum ini, Kerajaan Malaysia akan memberikan kerjasama penuh ke atas apa sahaja siasatan berhubung salah laku syarikat atau rakyatnya selari dengan protokol antarabangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tengku Sharifuddin berkata, pihak berkuasa Malaysia telah mendahului siasatan ke atas 1MDB.

Katanya, syarikat tersebut telah disiasat pelbagai agensi dan badan siasatan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ketua Audit Negara, dan Jawatankuasa

Kira-kira Wang Negara (PAC) sebuah badan bebas dianggotai Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

“Selepas penelitian mendalam, Pejabat Peguam Negara mendapati tidak ada jenayah telah dilakukan dan sehingga kini pihak PDRM masih meneruskan siasatan ke atas 1MDB,” katanya.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, 1MDB menyatakan syarikat itu bukan pihak yang dinyatakan dalam saman sivil tersebut, tidak mempunyai apa-apa aset di AS, dan tidak mempunyai manfaat daripada pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman sivil itu

“Lagipun, 1MDB tidak pernah dihubungi Jabatan Kehakiman AS atau mana-mana agensi asing lain berkaitan dalam siasatan mereka,” kata kenyataan itu.

Syarikat itu turut mengulangi pendirian akan memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara itu dan nasihat daripada pihak berkuasa yang sah dalam negara berkenaan.

Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Sekat Pokemon Go

JAKARTA – Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia menimbang untuk menyekat aplikasi permainan Pokemon Go di perkarangan kompleks tersebut kerana berpendapat aktiviti yang berkaitan denganya hanya sia-sia.

Menurut Jakarta Post, Speaker Ade Komarudin turut merancang untuk melarang terus “buruan” Pokemon di kawasan Dewan selepas berbincang dengan Timbalan Speaker.

Jika aktiviti itu mengganggu produktiviti, lebih baik menghalanya,” kata ahli politik Golkar sambil menambah beliau sedar tentang permainan itu tetapi pernah menggunakannya.

Beliau juga tidak tahu jika mana-mana ahli parlimen terlibat dalam permainan yang disifatkan “tidak berguna” dan “tiada motif”.

Sementara itu, Timbalan Speaker, Fadli Zon dari Parti Gerindra bersetuju dengan cadangan Ade menyekat permainan dan berharap ia dilarang di semua institusi kerajaan.

Istana Negara, Tentera Indonesia (TNI) dan Polis Negara telah mengehadkan permainan “memburu raksasa” digital di premis mereka atas sebab keselamatan.

Sebelum ini, Menteri Pertahanan Ryamizard Ryacudu memberi amaran pemain Pokémon Go mungkin secara tidak sedar merakam maklumat rahsia menggunakan telefon sewaktu memburu makhluk maya ini.

Agensi Perisikan Strategi (BAIS) Pasukan Petugas Siber turut menasihati tenteranya agar tidak menggunakan aplikasi itu di lokasi strategik, terutama sekali di pangkalan tentera untuk mengelakkan sebarang kebocoran maklumat kepada badan-badan perisikan asing.

DUN Pulau Pinang Di Bubar Minggu Depan?

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang mungkin dibubarkan dalam tempoh seminggu, susulan perjumpaan Lim Guan Eng dengan pemimpin PKR dan Yang di-Pertua Negeri semalam.

Sumber dipetik China Press percaya, tindakan ketua menteri Pulau Pinang itu menghadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas semalam bertujuan memaklumkan hasil perjumpaan dengan pemimpin PKR untuk mendapatkan perkenan bagi pembubaran DUN.

Guan Eng dilihat berusaha membubarkan DUN mengadakan pilihan raya negeri (PRN) mengejut sebelum perbicaraan kes rasuahnya bermula 22 September ini.

“Lim Guan Eng pernah menghadap Yang di-Pertua Pulau Pinang pada 3 April 2013 untuk membubarkan DUN negeri menjelang Pilihan Raya Umum pada 2013.

“Bagaimanapun, keesokannya beliau mengumumkan pembubaran DUN. Jadi, tiada masalah untuk menghadap lebih awal. Lagipun situasi kali ini agak unik, kes Lim Guan Eng akan mula dibicarakan pada 22 September, oleh itu diharapkan PRN boleh diadakan sebelum itu,” katanya.

Dalam pada itu, sumber DAP Pulau Pinang dipetik akhbar berbahasa Cina sama meramalkan PRN mengejut paling cepat boleh diadakan pada Oktober nanti.

Ini kerana kata sumber itu, beberapa cuti umum jatuh pada bulan depan dan September ini, iaitu sambutan ulang tahun ke-78 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang yang ditunda ke Ogos, Hari Kebangsaan pada 31 Ogos serta Hari Malaysia pada 16 September dan Pulau Pinang tidak boleh berada di bawah pentadbiran kerajaan sementara ketika itu.

Dalam pada itu, ada sumber mendakwa Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali ketika berjumpa dengan Setiausaha Agung DAP itu semalam menyuarakan kebimbangan parti itu terhadap kecenderungan dan corak pengundian orang Melayu, termasuk pada PRN Sarawak dan pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

“DAP berpendapat, keadaan pengundi Melayu di Pulau Pinang berbeza, oleh itu parti terbabit yakin masih boleh meraih undi Melayu dan PKR ada harapan mempertahankan 10 kerusi DUN,” katanya.

Menurut sumber, PRN mengejut itu akan memberi manfaat kepada DAP, kerana ramai yang berpendapat Guan Eng mungkin dipenjarakan sebelum pilihan raya umum ke-14, selain ia boleh dijadikan persiapan buat pembangkang menjelang PRU14 dan petunjuk jika pengundi masih mahu atau menolak kepimpinan Guan Eng.

Semalam, Guan Eng dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus dilihat memasuki Seri Mutiara kira-kira jam 4.40 petang, dipercayai menghadap Abdul Rahman selepas sidang media mengumumkan ketidaksepakatan Pakatan Harapan berhubung isu PRN mengejut di Pulau Pinang.

Guan Eng berkata PRN akan diputuskan selepas mencapai kesepakatan dengan rakan komponen Pakatan Harapan.

Desas-desus PRN mengejut mula tersebar selepas enam wakil DAP, termasuk pimpinan kanan parti itu dilaporkan menemui Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi membincangkan perkara itu yang dipercayai ada kaitan dengan pendakwaan Guan Eng di mahkamah atas tuduhan rasuah.

Bekas MB Dilantik Ketua Perkasa Terengganu

KUALA LUMPUR: Bekas menteri besar (MB) Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said hari ini memutuskan menyertai Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Ahmad Said yang meletakkan jawatan MB dua tahun lalu kini dilantik Yang Dipertua Perkasa Terengganu.

“Datuk Ismail Samah, YDP sebelum ini secara sukarela memberi laluan dan mahu Ahmad Said mengambil ali jawatan sebagai YDP Perkasa Terengganu dan sokongan sebulat suara telah diterima oleh Majlis Pimpinan Perkasa Terengganu,” kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dalam satu kenyataan hari ini.

“Sama-samalah kita berdoa semoga Perkasa Terengganu akan bangkit membawa obor perjuangan Perkasa demi agama, bangsa dan negara,” jelasnya.

Semalam, MB Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman membuat kejutan apabila menyenaraikan Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam perubahan portfolio membabitkan enam Exco negeri.

Pelantikan itu dilihat usaha membawa kembali Ahmad Said yang juga ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal hampir dengan jentera eksekutif negeri.

Hakikat Politik ‘Dalam Permainan’ Di Pulau Pinang

BEBERAPA peristiwa berubah dengan cepat dalam DAP sejak beberapa hari lalu hinggakan tiada siapa yang boleh mengagak apa yang sebenarnya sedang berlaku.

Pada satu ketika ia seolah-olah seperti Dewan Undangan Negeri akan dibubarkan namun hingga kini pilihan raya tergempar masih menjadi tanda tanya.

Apabila Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali tiba di Komtar, Pulau Pinang untuk menemui Ketua Menteri, Lim Guan Eng pada Rabu, banyak pihak menyangka bahawa Pulau Pinang berada di ambang pilihan raya tergempar.

Kedua-dua pemimpin meraikan antara satu sama lain dengan mesra dan Lim membawa rakan sejawatannya dari Selangor untuk melihat George Town dari tingkat 28 Komtar.

Tetapi lain pula ceritanya apabila mereka muncul selepas mesyuarat pada pukul 3 petang untuk mengadakan sidang media.

Lim nampak tenang, tersenyum tanpa henti. Tetapi Azmin kelihatan agak tegang.

Kedua-dua mendakwa pertemuan itu membuahkan hasil tetapi persoalannya adalah, mereka tidak dapat bersetuju mengenai pilihan raya tergempar.

DAP beria-ria mahu meneruskannya, tetapi PKR enggan bersama.

Itulah halangan serta keindahan politik campuran – kaki kanan tidak boleh melangkah ke hadapan jika kaki sebelah kiri enggan berganjak.

Pada masa yang sama, semua pihak mesti bersetuju sebelum keputusan besar dibuat untuk tindakan.

Mungkin satu-satunya perkembangan sebenar adalah mengenai komitmen di pihak DAP bahawa sebarang keputusan mengenai pilihan raya negeri tidak akan dibuat secara bersendirian tetapi berdasarkan perbincangan dan perundingan bersama.

Rakan-rakan Pakatan Harapan perlu bersetuju sebelum pilihan raya negeri dipanggil.

Ini adalah satu kenyataan penting untuk menolak khabar angin bahawa DAP akan melakukannya secara sendirian.

Azmin perlu kembali untuk memberi taklimat kepada kepimpinan parti dan Timbalan Presiden PKR itu berkata, rundingan mengenainya akan diteruskan.

Tetapi untuk berapa lama lagi?

DAP kini kelihatan seperti sebuah parti yang dalam keadaan tergesa-gesa. Bagi mereka, mandat baharu akan membantu ‘mengusir awan gelap dan membawa keluar langit biru’ sekali lagi.

Tetapi menurut beberapa penganalisis, DAP masih belum memberikan sebab-sebab yang meyakinkan untuk mengadakan pilihan raya tergempar.

Ditanya mengenai sebab utama pilihan raya negeri perlu diadakan, Setiausaha Agung DAP itu berkata bahawa terdapat penyalahgunaan kuasa, skandal rasuah dan masalah ekonomi sejak penangkapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat dan proses demokrasi perlu dihidupkan semula untuk menunjukkan bahawa rakyatlah yang berkuasa.

Ia adalah satu sebab yang ganjil. Raut wajah Azmin ketika mendengarnya seolah-olah kaku.

Ia adalah jelas bahawa pemimpin DAP mahu menyerahkan kembali mandat kepada rakyat sebelum perbicaraan rasuah Lim bermula akhir tahun ini.

Pilihan raya tergempar tidak akan menggugurkan tuduhan rasuah terhadap Lim namun partinya bercadang untuk menggunakan pilihan raya sebagai satu referendum mengenai Lim dan untuk mempertahankan dakwaan mereka bahawa beliau adalah mangsa pendakwaan politik.

Ini adalah hakikat politik dan ia bukan luar biasa bagi parti politik untuk memaksa pilihan raya demi mengesahkan kedudukan politik mereka.

PKR telah melakukannya sebelum ini. Tidak lama selepas Anwar dituduh meliwat untuk kali kedua, beliau memaksa pilihan raya kecil di Permatang Pauh di mana isterinya memberi laluan untuk membolehkan beliau kembali ke Parlimen.

Selain itu ‘Langkah Kajang’ menyaksikan Adun yang sedang berkhidmat meletakkan jawatan untuk memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi Menteri Besar Selangor tetapi nasib tidak menyebelahinya – langkah itu tidak menjadi.

Namun realiti janggal di Pulau Pinang menunjukkan cadangan pilihan raya tergempar di negeri itu bukanlah untuk menyelamatkan Malaysia, tetapi tentang usaha menyelamatkan Lim dan partinya untuk terus berkuasa di Pulau Pinang.

Butiran perjumpaan tertutup antara Lim dan deligasi PKR sudah mula terbuka.

Kes Lim adalah berdasarkan keperluan untuk memecahkan momentum Barisan Nasional dan mewujudkan satu nafas baharu dan sokongan untuk Pakatan Harapan.

Tetapi difahamkan Azmin mengingatkan DAP agar tidak terlalu yakin dengan keputusan untuk mengadakan pilihan raya tergempar itu.

Pendirian PKR adalah untuk terus memberi sokongan padu kepada Lim di Pulau Pinang, tetapi tidak ada justifikasi untuk mengadakan pilihan raya mengejut.

Pemimpin-pemimpin PKR masih belum yakin dengan keperluan untuk mengadakan pilihan raya awal dan hujah mereka ialah: “Jika DAP tidak boleh meyakinkan pemimpin PKR, maka bagaimana kita hendak meyakinkan rakyat?”

DAP tidak mampu untuk menunggu terlalu lama jika pilihan raya tergempar yang menjadi pilihan mereka.

Kelewatan ini akan membuka ruang kepada orang ramai membuat penilaian – pro dan kontra. Pendapat awam mungkin akan berkembang ke arah menentang langkah itu melainkan jika DAP boleh memberi sebab-sebab yang lebih meyakinkan dan munasabah.

Jadi masa adalah segala-galanya dan Lim perlu ‘menyerang’ ketika ‘besi masih panas’. – mstar

Seorang Datuk, 7 Pengikut Geng 21 Japan Didakwa

JOHOR BAHRU – Seorang Datuk dan tujuh pengikutnya didakwa di Mahkamah Majistret, di sini hari ini kerana menjadi ahli kumpulan penjenayah terancang dikenali sebagai Geng 21 Japan di kawasan Wilayah Iskandar antara Januari hingga Ogos tahun lalu.

Tertuduh, Datuk K. Elumalai, 42, bersama-sama anggotannya, K. Puvendran, 28; M. Suresh, 39; S. Rajandran, 39; S. Jeeva, 26; R. Shamuga Nathan, 37; R. Ganabathy, 30, dan M. Krishok Kumar, 25; mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan hadapan Majistret, Nor Azlan Shah Mohd. Allias.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 130v Kanun Keseksaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA dan boleh dihukum mengikut akta yang sama, iaitu penjara tidak kurang lima tahun atau tidak lebih 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, kesemua mereka didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Wilayah Iskandar, di sini antara 18 Januari hingga 19 Ogos tahun lalu.

Mahkamah menetapkan 24 Ogos ini untuk permohonan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. – UTUSAN

Bedah Siasat Mayat Tiga Beranak Malam Esok

KUCHING – Mayat tiga beranak yang ditemui mati di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Baru, Samarahan, malam Selasa lalu, belum dibedah siasat berikutan pakar patologi di Hospital Umum Sarawak (HUS) kini berada di luar negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Senior Asisten Komisioner Dev Kumar, berkata pakar patologi terbabit dijangka tiba di Kuching, petang esok.

Berikutan itu, katanya, bedah siasat tiga mayat berkenaan dijangka hanya dapat dijalankan malam esok.

“Pakar patologi HUS ada tugas di luar Kuching, Jumaat (esok) akan balik,” katanya kepada BH sebentar tadi.

Mayat tiga beranak itu ditemui ahli keluarga mereka di kediaman mereka kira-kira jam 8 malam, Selasa lalu.

Mayat Rohana Mohamad, 37, ditemui tergantung di dalam tandas manakala dua anaknya, Adam Hadiman, 7 dan Mohd Ikmal Danish, 4, ditemui di atas tilam di dalam bilik tidur dengan bibir kehitaman. Dev berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan. – BH

Pelakon & pelawak terkenal suspek kes tipu hartanah RM485000

Quote:

Kuala Lumpur: Seorang pelakon dan pelawak terkenal dicekup polis selepas disyaki terbabit dalam kes penipuan hartanah membabitkan kerugian sebanyak RM485,000, semalam

Timbalan Pengarah Risikan Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Roslan Abd Wahid ketika mengesahkan perkara itu berkata, artis terbabit ditahan di kediamannya di Cyberjaya pada 2 petang

“Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut,” katanya

Artis terbabit ditahan reman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini


Bunuh isteri disyaki curang guna pisau pemotong daging

Quote:

Johor Bahru: Lelaki ditahan polis selepas membunuh isterinya menggunakan pisau pemotong sayur sepanjang kira-kira 28 sentimeter di hotel bajet di Taman Sentosa Johor Bahru, Johor kira kira 4.30 petang semalam

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, suspek berusia 21 tahun itu hadir ke Balai Polis Sentral di sini selepas kejadian berkenaan dan bertindak demikian akibat cemburu

Beliau berkata, suspek menikam isterinya yang juga berusia 21 tahun sebanyak dua kali di bahu kanan dan mengelar pipi kanan dan leher mangsa

Katanya, terdapat kesan luka di dua tapak tangan dipercayai kesan mempertahankan diri

Beliau berkata, bekas tukang paip yang kini menganggur itu tidak mempunyai rekod lampau jenayah dan ujian urin yang dijalankan juga negatif pengaruh dadah selain kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan

“Motif perbuatan lelaki berkenaan dipercayai akibat cemburu dan mengesyaki isterinya curang di belakangnya dengan mempunyai hubungan dengan lelaki lain,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, hari ini


Wednesday, July 20, 2016

Bergaduh dengan isteri, koperal ditemui maut tertembak

Quote:

PENAMPANG: Seorang anggota polis maut selepas berlaku pergelutan dengan isterinya sebelum mangsa tertembak di rumah mereka di Cyber City Apartment, di sini, pagi tadi

Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, anggota polis berpangkat koperal berusia 31 tahun dan berasal dari Johor, dikatakan tertembak di dada dalam pergaduhan dengan isterinya yang berusia 28 tahun

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Salehhudin Abdul Rahman, berkata sepasukan polis dikejarkan ke apartmen berkenaan sebaik menerima aduan orang awam pada jam 9.40 pagi

“Sebaik tiba, kami menemui mangsa berusia 31 tahun dengan kesan tembakan di dada di ruang tamu rumah. Siasatan awal tidak menolak punca kejadian mungkin ada kaitan masalah keluarga,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi

Salehhudin berkata, polis menahan isteri mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh


Bayi 10 bulan terpaksa ambil viagra

Adun Buloh Kasap, Norshida Ibrahim mendukong Amanda, ketika melawatnya, diperhati oleh Raja Karipah.
SEGAMAT – Seorang bayi berusia 10 bulan dari Taman Suria, Buloh Kasap, di sini, terpaksa diberi empat pil viagra setiap bulan untuk rawatan jantung yang lemah dan berlubang.

Ibunya, Raja Karipah Raja Hamzah, 46, berkata, Nur Aafiyah Amanda Norhisham dilahirkan secara pembedahan ketika usia kandungannya 34 minggu pada 29 September lalu di sebuah pusat kesihatan.

“Sehari selepas dilahirkan, Amanda dibawa ke pusat kesihatan di Johor Bahru kerana tidak membuang air besar sebelum dikesan mengalami masalah saluran usus.

“Pada usianya 20 hari, Amanda telah menjalani pembedahan usus dan ditahan di unit rawatan rapi neonatal selama empat bulan sebelum dipindahkan ke wad selama 30 hari,” katanya.

Nur Aafiyah Amanda terpaksa bergantung kepada mesin oksigen setiap masa.

Katanya, dia juga tidak pernah memberikan anak bongsu daripada enam beradik itu susu ibu sejak dilahirkan kerana anaknya turut dikesan menghidap penyakit paru-paru dan tekanan jantung yang tinggi.

Katanya, Amanda juga terpaksa meminum susu melalui tiub yang dipasang melalui mulutnya selain terpaksa bergantung kepada mesin oksigen setiap masa yang disumbangkan oleh Baitulmal Segamat.

“Sebelum ini, saya dan suami terpaksa beli viagra di farmasi dengan harga RM38 sebiji untuk diberikan kepadanya melalui saluran tiub getah bagi memastikan jantungnya sentiasa berdegup.

“Ubat ini diberikan ikut saranan doktor, bagi mengatasi masalah tekanan jantung Amanda. Ia perlu diambil untuk membantu menguatkan sedikit jantungnya.

“Amanda perlukan empat biji viagra setiap bulan dan sebelum Ramadan lalu, dia terpaksa ditahan di pusat kesihatan selama 13 hari kerana paru-paru berkuman,” katanya.

Menurutnya, dia dan suaminya, Norhisham Othman, 45, juga turut mengubahsuai salah sebuah bilik di rumahnya dengan kos kira-kira RM2,000 khusus untuk Amanda, dilengkapi dengan pendingin udara bagi mengelakkan jangkitan kuman.

Katanya, sebelum ini rumahnya beberapa kali mengalami masalah gangguan elektrik sehingga mengganggu Amanda. Dia berterima kasih kepada Ketua Umno Bahagian Segamat, Zahari Sarip yang menyumbang mesin alat penjana kuasa kepada mereka, baru-baru ini.

“Ketika hari raya baru-baru ini, hanya suami dan anak-anak lain yang pergi beraya dan saya berada di rumah jaga Amanda. Dia tidak boleh terlalu terdedah dengan orang ramai kerana dibimbangi mendapat jangkitan.

“Adik-beradik faham keadaan Amanda dan mereka teringin untuk bermain dan menciumnya dan kini pergerakan Amanda juga semakin aktif apabila dia mula untuk meniarap dan memberikan respons,” katanya.

Menurutnya, suaminya yang bekerja sendiri juga terpaksa membelanjakan kira-kira RM1,100 untuk perubatan Amanda setiap bulan selain menerima bantuan bulanan sebanyak RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

INFO

Kisah bayi diberikan viagra sebelum ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, sebagai contoh portal berita Mirror, United Kingdom, pada tahun lalu pernah menyiarkan kisah pasangan Laura dan Dave Liggins yang terkejut apabila doktor memaklumkan nyawa bayi mereka mungkin boleh diselamatkan dengan viagra.

Ketika itu bayi yang masih dalam kandungan Laura, tidak membesar secara normal dan ibu muda itu berkemungkinan mengalami keguguran.

Laura bersama bayi perempuannya, Casey yang ketika dalam kandungan diberi viagra.

Bagaimanapun, pakar percaya dadah seks itu boleh meningkatkan pengaliran darah kepada bayi dalam kandungan bagi membolehkannya berada lebih lama dalam rahim sekali gus membesar lebih kuat dan mempunyai peluang survival lebih cerah selepas dilahirkan.

Ternyata usaha itu tidak sia-sia apabila seorang bayi perempuan, Casey kemudian dilahirkan.

Begitu pun, tidak dapat disahkan tahap kesihatan bayi itu sekarang, iaitu ketika berita ini diolah.

Sumber: The Mirror

Konsert Selena Gomez Hiburan Melalaikan – Exco PAS Selangor

PETALING JAYA – Exco PAS Selangor tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan negeri membenarkan penganjuran konsert Selena Gomez pada minggu depan.

Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi negeri, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi menyifatkan konsert itu sebagai hiburan yang melalaikan dan bertentangan syariat Islam.

“Saya lihat tidak ada kebaikan pun konsert tersebut untuk masyarakat Islam. Penampilannya yang bertentangan syariat Islam di luar tetap akan memberi kesan kepada generasi muda,” katanya kepada FMT hari ini.

Semalam, pemimpin Dewan Ulama, Pemuda dan Muslimat PAS Selangor bersama hampir 100 penyokong mengadakan protes membantah konsert Selena di Bangunan SUK, Shah Alam.

Satu memorandum bantahan turut diserahkan kepada Ketua Setiausaha Sulit Menteri Besar Selangor, Mohd Shahrizal Mohd Salleh yang berjanji akan menyampaikan hasrat tiga sayap PAS Selangor itu kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ahmad Yunus yang menyokong tindakan tiga sayap PAS Selangor mengadakan protes itu dan konsert itu dibatalkan berkata, bantahan itu bertujuan menyampaikan mesej Islam kepada pentadbir kerajaan negeri.

Konsert Selena Gomez ‘The Revival Tour’ akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Julai ini.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad dilaporkan berkata, Majlis Bandaraya Shah Alam meluluskan permohonan itu tanpa mendapat tekanan mana-mana individu mahupun organisasi.

Bagaimanapun, MBSA menetapkan beberapa syarat “ketat” untuk dipatuhi penyanyi itu dan penganjur ekoran bantahan sesetengah ahli majlis khasnya ahli majlis daripada PAS.

“Ia termasuk konsert perlu diadakan di lokasi tertutup bagi menjamin keselamatan penonton, pakaian tidak boleh terlalu terdedah, tidak boleh ada arak, rokok dan dadah, tidak boleh melebihi tempoh ditetapkan (sejam hinggan sejam 30 minit), tidak boleh disiarkan secara langsung serta harga tiket perlu terkawal (antara RM250 hingga RM500),” katanya. – FMT

PM Tidak Terlibat Siasatan 1MDB Oleh Kerajaan AS

KETIKA pemimpin terkenal DAP, Tony Pua ‘bangga’ kicau menerusi akaun Twitter konon Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disiasat kerajaan Amerika Syarikat (AS), beliau nyata memperbodohkan diri sendiri.

Dalam kicauan terbaharunya, Ketua Publisiti DAP Pusat itu dengan yakin mendakwa konon Jabatan Keadilan AS mendakwa Najib atas kesalahan ‘rompak’ dana sayap pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Malangnya, ‘gempar’ Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu bukan sahaja tidak berasas, malah menyerlahkan lagi kejahilan beliau mengenai sistem perundangan AS waima ketiadaan nama Najib disebut dalam laporan siasatan itu.

Hakikatnya, Pua mahu mengalihkan perhatian rakyat khasnya di Pulau Pinang daripada isu skandal rasuah Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan berita dari AS yang turut diragui kredibilitinya.

Sekadar makluman, memang AS sebuah negara kuat dan kuasa besar dunia tetapi tidak bermakna secara automatik berada di pihak benar atau bijak. Kerajaan AS diakui ada sumber tentera, diplomatik dan ketenteraan terbesar.

Ironi, AS terpaksa mengorbankan ribuan anak mudanya terpaksa pergi berperang di Iraq konon memusnahkan senjata hebat milik allahyarham Saddam Hussein yang tidak wujud dan sengaja dianggap sebagai wujud oleh AS.

Negara hebat itu pun boleh terkhilaf dan membuat kesilapan terbesar yang cuba disorok. Berbalik kepada tindakan Peguam Negara AS minggu ini sebenarnya ia boleh disifatkan jauh kurang berisiko kepada Malaysia khasnya 1MDB.

Tiada dakwaan jenayah oleh sesiapa dinyatakan beliau dan Peguam Negara itu menghabiskan banyak masa untuk membuat tuduhan aneh itu bagi memberi mesej kepada dunia, sistem perbankan lemah tidak boleh dikompromi.

Berbeza kerajaan di negara-negara lain waima negara maju di Barat, Jabatan Keadilan AS boleh melaksana perintah mahkamah untuk sita aset tanpa perlu membuktikan kesalahan tertuduh. Memang gila tetapi ia memang pun ada.

Di bawah undang-undang AS, kerajaan berhak rampas aset dan cabar pemilik. Lucunya, pemilik tidak dibicara atas kes jenayah tetapi perlu beritahu mahkamah untuk dapat asetnya semula dan batalkan perintah Jabatan Keadilan.

Dalam isu 1MDB, ini tentunya akibat maklumat salah berbaur politik disalurkan kepada AS yang sebenarnya hasil usaha kumpulan pro-Tun Mahathir Mohamad menerusi kelab yang dikenali sebagai Anti Najib Coalition (ANC).

Kerajaan AS pernah berkata, aset yang akan mereka sita itu milik 1MDB, walhal realitinya ia tidak berdasarkan kepada maklumat tepat daripada mana-mana firma perakaunan, pengauditan atau perbankan yang bertauliah.

Waima apa sahaja kritikan terhadap urus tadbir 1MDB, sama ada kelemahan tertentu dalam urusan pelaburan atau bisnes, pihak bertauliah tidak pernah melaporkan kerugian sebagaimana difikirkan Jabatan Keadilan AS sendiri.

Perlu diakui ini bukan kali pertama kerajaan AS diperdayakan oleh penyokong Mahathir yang sebelum itu dakwa konon ada ketirisan RM42 bilion dalam akaun 1MDB sebelum angkanya diturunkan dan akhirnya tinggal sifar.

Terbukti tuduhan kedua-dua pihak iaitu Jabatan Keadilan AS dan kumpulan pro-Mahathir adalah salah. Alasannya cukup mudah, angka besar dan pergerakan wang merujuk kepada operasi di Timur Tengah di luar kawalan 1MDB.

Ia juga bukan di bawah kawalan kerajaan Malaysia. Isu 1MDB enggan bayar balik hutang kepada sebuah syarikat di UAE bukan sebab tidak mampu tetapi lebih kepada pertikaian mahkamah akibat kekeliruan urus niaga di UAE.

Ia bukan berlaku di Malaysia. Apabila wang dipinjamkan kepada Malaysia atau dipinjamkan dari Malaysia, semua telah dilunaskan. Pada 2009, 1MDB melabur dengan PetroSaudi International untuk aset minyak di luar negara.

Aset sumbangan rakan dari Arab Saudi itu gagal namun mereka membayar balik kepada Malaysia dengan kadar faedah. Mereka meminjam jauh dari Malaysia dengan bon kewangan Islam dan hutang itu telah habis diselesaikan.

Memang mudah mengelirukan hubungan pelaburan dalam PetroSaudi, yang dimiliki seorang putera Saudi dan hasil hubugan akrab luar biasa antara Perdana Menteri dengan allahyarham Raja Abdullah yang pernah memerintah.

Kedua-dua melibatkan pengaliran kewangan besar menerusi urutan perbankan rumit ditadbir rakan di Saudi. Bagi sesiapa yang mahu hancurkan Malaysia, mereka sekadar salah faham kaedah urus niaga berbeza antara dua negara.

Mujur isu itu adalah berasingan dan telah dinilai secara berasingan juga oleh Bank Negara Malaysia. Menyentuh dana dipertikaikan dari sumber UAE, konon AS akan menyita daripada kerajaan Malaysia, baca faktanya dahulu.

Adalah jelas dana yang dipertikaikan itu keluar di luar Malaysia dan di luar urusan 1MDB. Kerajaan AS perlu ingat bahawa ada ramai individu dan syarikat seperti kes ini yang tidak bersalah sehingga dibuktikan sebagai bersalah.

Situasi Malaysia pula adalah jelas. Dua keutamaan kerajaan Malaysia adalah memastikan kekayaan negara ini selamat dan ekonomi tumbuh selain memastikan rakyat dapat hidup harmoni dalam keadaan aman sejahtera.

Dasar luar Malaysia dipacu hasil kepimpinan kuat dan hubungan rapat dengan banyak negara yang memahami tugas luar biasa dilakukan kerajaan ini setakat ini dalam mengurus isu perkauman, sosial dan prestasi ekonomi.

Keadaan ini mungkin menyebabkan ada pihak tidak berpuas hati dan kenyataan dikeluarkan Peguam Negara AS jelas senada dengan siri serangan sama terhadap kerajaan Malaysia oleh pengkritik dan pihak pembangkang.

Sesungguhnya apabila kerajaan AS memperoleh maklumat sahih sebagaimana dilakukan pihak berkuasa Malaysia dan Saudi, mungkin mereka akan sedar maklumat konon yang diterima selama ini adalah nyata tidak berasas.

Ketika itu, pihak AS barang kali akan faham kekeliruan maklumat itu disebabkan keghairahan ahli-ahli ANC di Malaysia menyalurkan cerita sensasi tersebut demi cita-cita politik tertentu. – Mynewshub

50,000 Belot Kerajaan Turki Termasuk Guru, Dekan Universiti Berdepan Tindakan

ANKARA – Bilangan pembelot yang terlibat dalam cubaan rampasan kuasa di Turki hujung minggu lalu mencecah 50,000 orang dengan kesemua mereka telah ditahan, digantung tugas dan dipecat.

Portal BBC melaporkan, selain anggota tentera, pembelot lain yang dikenal pasti turut terdiri daripada guru, dekan universiti serta pengamal media.

Menurut kerajaan Turki, sebahagian besar daripada pembelot itu dipercayai penyokong kepada pemimpin antikerajaan yang berlindung di Amerika Syarikat (AS), Fethullah Gulen.

Perdana Menteri Turki, Binali Yildirim berkata, semua pembelot itu ‘bekerjasama’ dengan Gulen yang dipercayai mengetuai sebuah ‘organisasi keganasan’.

“Kami akan cari mereka (pembelot) hingga ke lubang cacing,” kata Yildirim kepada Parlimen.

Ketika ini, Turki dilaporkan cuba menggesa AS supaya mengekstradisi Gulen bagi membolehkan pemimpin itu diadili di negaranya.

Perkara itu dibangkitkan menerusi satu panggilan telefon antara Presiden, Recep Tayyip Erdogan dengan rakan sejawatnya di AS, Barack Obama, kata White House.

Jurucakap bagi pihak kerajaaan AS, Josh Earnest bagaima­napun berkata, keputusan sama ada mahu mengekstradisi Gulen atau tidak akan dibuat menerusi perjanjian antara kedua-dua buah negara.

Selain 20,000 anggota tentera yang telah dipecat ketika ini, kerajaan Turki juga memberhentikan kira-kira 15,200 orang guru dan lebih 10,000 kakitangan di Kementerian Dalam Ne­geri, Kementerian Kewangan dan Pejabat Perdana Menteri Turki.

Pada masa yang sama, seramai 1,577 dekan universiti yang dipercayai terlibat juga telah diminta supaya meletak jawatan.

Turki turut mengenakan tindakan keras terhadap 24 buah stesen radio dan televi­syen yang didakwa mempunyai kaitan langsung dengan Gulen apabila menarik semula permit perniagaan mereka. – UTUSAN

1MDB Nafi Disaman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR – Syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menafikan ia adalah pihak yang berdepan saman sivil oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Menurut satu kenyataan 1MDB menegaskan ia tidak mempunyai aset di Amerika atau mendapat manfaat daripada pelbagai transaksi seperti yang digambarkan menerusi saman sivil berkenaan.

1MDB menambah sehingga kini ia tidak dihubungi Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) atau mana-mana agensi asing berhubung siasatan mereka.

Syarikat itu juga mengulangi kesediaan bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal hal-hal perundangan domestik.

Peguam negara AS Loretta Lynch sebelum ini memaklumkan beberapa individu menyalahgunakan dana syarikat 1MDB.

Tambah Lynch, individu tersebut memasukkan sejumlah dana ke akaun bank peribadi mereka.

“Kami tidak akan biarkan AS dijadikan platform untuk perpindahan wang haram,” kata Lynch dalam satu sidang media pada Rabu untuk membincangkan saman yang difailkan untuk mendapatkan lebih daripada AS$1 bilion (RM4 bilion) yang dikaitkan dengan 1MDB.

Tambah Lynch, beliau berharap dana yang disalahgunakan ini akan dibawa kembali ke Malaysia. – Awani

Peruntukan Untuk Khairul Idham Telah Diluluskan – Khairy

PUTRAJAYA – Kementerian Belia dan Sukan telah meluluskan peruntukan permulaan sebanyak RM100,000 bagi membantu karier pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata peruntukan yang diluluskan bulan lepas itu bagaimanapun tidak dapat diserahkan kepada Khairul Idham selepas pelumba berusia 17 tahun itu gagal memberikan nombor akaun miliknya serta beberapa dokumen yang diperlukan.

“Saya mempunyai salinan surat daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara bertarikh 24 Jun 2016 yang dihantar kepada Khairul Idham berkenaan kelulusan peruntukan RM100,000 seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Dalam surat itu kita meminta beberapa maklumat peribadi termasuk akaun bank atas nama Khairul Idham tetapi diberikan akaun bank atas nama bapanya, Pawi Omar dan dokumen yang diserahkan juga tidak lengkap seperti diminta,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Perdana Fellows Structured BootCamp 2016 di sini Rabu.

Beliau mengulas mengenai keluhan Pawi, 52, Isnin lepas yang terkilan tiada pihak membantu pembangunan karier pemenang Moto3 Grand Prix Jerman seperti membiayai kos pegawai pengiring untuk Khairul Idham.

Menurut laporan akhbar, Pawi mendakwa sehingga kini, mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi melancarkan karier anaknya termasuk membiayai pegawai pengiring.

Mengulas lanjut, Khairy berkata kementerian tidak boleh menyerahkan peruntukan tersebut begitu sahaja kerana selain memerlukan dokumen yang lengkap wang tersebut diluluskan atas nama Khairul Idham, bukan bapanya.

Selain mahu semua pihak menyampaikan maklumat yang benar, Khairy juga memaklumkan beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan untuk meluluskan RM100,000 lagi kepada pelumba pasukan Honda Team Asia itu sebagai tambahan kepada peruntukan yang diluluskan sebelum ini.

Mengenai tujuan peruntukan, katanya ia diluluskan atas nama pembangunan karier Khairul Idham dan terpulang kepadanya bagaimana untuk menggunakan wang tersebut sama ada untuk latihan, peralatan atau membayar pegawai pengiring seperti yang diminta.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata beliau sedang menunggu perkenan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menghadap bagi membincangkan dakwaan penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam persatuan itu seperti dinyatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Katanya beliau mungkin akan memutuskan sesuatu selepas pertemuan yang dijangka minggu depan itu bagi penyelesaian kepada kemelut antara TMJ dan FAM yang berlarutan sekian lama.

Berhubung dakwaan Tunku Ismail bahawa baginda mempunyai bukti penyelewengan yang berlaku dalam FAM, Khairy berkata jika benar, maklumat itu seharusnya dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan kesediaan untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan kegiatan rasuah dalam FAM dan meminta Tunku Ismail menyerahkan maklumat berhubung dakwaan yang dibuat. – mstar

1MDB Sahkan Tidak Memiliki Sebarang Aset Di AS

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Berhad (1MDB) mengesahkan pihaknya tidak memiliki aset di Amerika Syarikat serta tidak mempunyai sebarang manfaat daripada pelbagai transaksi dalam saman sivil yang didakwa difailkan Kerajaan Amerika Syarikat (AS).

1MDB dalam satu kenyataannya berkata, pihaknya tidak dihubungi Jabatan Kehakiman AS atau mana-mana agensi asing lain berkaitan dalam siasatan mereka.

“1MDB maklum sidang media yang diketuai Peguam Negara Amerika Syarikat hari ini yang berkaitan dengan tindakan mahkamah sivil yang difailkan oleh Kerajaan Amerika Syarikat.

“1MDB menekankan bahawa ia bukan satu pihak kepada saman sivil itu, tidak mempunyai apa-apa aset di Amerika Syarikat, dan tidak mempunyai manfaat daripada pelbagai transaksi yang dinyatakan dalam saman sivil itu,” katanya dalam kenyataan itu.

Syarikat pelaburan strategik itu turut mengulangi pendirian akan memberi kerjasama penuh kepada mana-mana pihak berkuasa asing yang sah, tertakluk kepada protokol antarabangsa yang mengawal perkara itu dan nasihat daripada pihak berkuasa yang sah dalam negara berkenaan. – BH

Ajal dihempap kontena

Quote:

Butterworth: Seorang lelaki pemandu lori kontena, 40-an, maut dihempap kontena muatan kayu di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini, 3.15 pagi tadi

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan jam 3.32 pagi dan apabila sampai di tempat kejadian, seorang mangsa didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu lori membawa muatan kontena

Beliau berkata, mangsa cuba untuk membuat pusingan U di satu persimpangan menyebabkan kontena yang dipenuhi muatan kayu seberat 32 tan dibawanya terbalik dan menghempap bahagian pemandu

“Mangsa, Ibrahim Omar, 40-an disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pihak hospital akibat kecederaan parah

“Usaha mengeluarkan mangsa dari tempat duduk pemandu dengan bantuan kren pengangkut mengambil masa dua jam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya


Parti Baharu Tun M Bakal Ulang Sejarah Semangat 46 – Rais

KUANTAN – Penasihat Sosio Budaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim yakin parti yang bakal ditubuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan mendapat sambutan khususnya di kalangan oleh orang Melayu.

Menurut Rais parti baharu itu bakal menempuh ‘warna’ dan suasana seperti yang pernah dialami oleh parti Semangat 46 dahulu yang gagal mendapat sambutan.

Semangat 46 akhirnya terkubur setelah bekerjasama dengan DAP, dan parti lain menubuhkan Angkatan Perpaduan Ummah (APU) demi bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1990.

“Saya tidak rasa ia akan disertai dengan meluas oleh orang Melayu kerana kita perlu ingat kesilapan Semangat 46 dan PAS dahulu yang menerima masuk DAP yang akhirnya menjadikan ‘perkahwinan’ itu tidak lama.

“APU ketika itu menolak DAP dan pakatan baharu kali ini juga hendak membawa (masuk) DAP.

“Bagi orang Melayu, DAP sukar dijadikan ‘teman sekatil’ dan dalam konteks inilah Tun Mahathir semolek-moleknya tidak harus menubuhkan parti baharu ini,” katanya.

Rais bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Pusat Perubatan Universiti Islam Malaysia (IIUMMC) yang disempurnakan oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Menurutnya mengkritik dari dalam parti lebih berkesan daripada menubuhkan parti baharu kerana semasa zaman Mahathir, beliau sendiri pernah mengingatkan bahawa tidak ada kesilapan yang tidak boleh diperbetulkan di dalam UMNO dengan teguran.

“Sistem itu (teguran) boleh digunakan balik walaupun kini Najib (Datuk Seri Najib) yang menerajui pucuk pimpinan parti dan negara.

“Banyak perkara boleh diselesaikan jika kedua-dua pemimpin ini mengadakan pertemuan empat mata.

“Bagaimanapun hak nak menubuhkan parti adalah hak sesiapa sahaja, bak kata pepatah kalau nak mencuba laut dalam, letakkan ia di tepi pasir, kalau nak mencuba sampai mendalam, esok jangan sampai kena usir,” katanya.

Rais turut berharap pemimpin dan orang Melayu kembali bersatu dan meletakkan kepentingan peribadi di tepi untuk mengelakkan unsur-unsur luar mengambil kesempatan terhadap keadaan itu. -BERNAMA

PRN P.Pinang: PAS P.Pinang Sifatkan DAP Dalam Keadaan Gelabah

GEORGE TOWN – Cadangan mengadakan pilihan raya mengejut negeri jelas menunjukkan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang dalam keadaan gelabah, kata Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang Fauzi Mohd Yusof.

Beliau berkata Ketua Menteri Lim Guan Eng sepatutnya menunggu sehingga mahkamah membuat keputusan terhadap dua pertuduhan yang dihadapinya.

“Tindakan kerajaan negeri ini seolah-olah macam DAP yakin bahawa pendakwaan terhadap Lim itu akan lekat (disabit kesalahan). Tindakan ini juga seolah-olah nak selamatkan Lim dan DAP.

“Kami melihat dalam isu ini sepatutnya DAP tak buat tindakan yang mendatangkan masalah kepada rakyat … buat satu perkara yang menyebabkan rakyat menjadi mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Beliau berkata pilihan raya negeri yang akan diadakan itu sudah pasti akan melibatkan perbelanjaan yang besar.

“Rakyat juga akan menghadapi dua pilihan raya, iaitu pilihan raya negeri dan Parlimen. DAP mengambil jalan untuk mengadakan sesuatu yang boleh mendatangkan masalah sehingga boleh menyebabkan prestasi DAP, ketua menteri terhakis dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Dalam pada itu, Fauzi berkata PAS Pulau Pinang sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan akan bermesyuarat untuk membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut.

Laporan media baru-baru ini memetik Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P. Ramasamy sebagai berkata DAP menyenaraikan dua pilihan sebagai respons kepada dua tuduhan rasuah yang dikenakan terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Pilihan pertama ialah mengadakan pilihan raya mengejut dan pilihan kedua ialah menunggu pilihan raya umum akan datang.

Pada 30 Jun lepas, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Turut didakwa bekas pemilik banglo, Phang Li Koon, yang juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Lim bagi mendapatkan untuk diri Lim lot tanah dan rumah itu.-BERNAMA

Parti orang kecewa: Terpulang lah nak kata apa pun!

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi isyarat parti baharu yang diasaskannya akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkannya kepada Sinar Harian hari ini.

“Tidak lama lagilah,” katanya ringkas.

Ketika ditanya mengenai penglibatannya dalam parti itu, Mahathir berkata, beliau terlibat secara langsung.

“Sungguhpun begitu, saya tiada niat untuk menjadi pemimpin,” katanya.

Menurutnya, ramai individu datang berjumpa dengannya dan memberi sokongan terhadap penubuhan parti itu.

“Mereka kata akan bersama kami. Tapi tidak tahulah sampai bila,” katanya.

Menyentuh mengenai rangka parti, beliau berkata, paling penting adalah sokongan keahlian daripada rakyat.

“Saya berharap rakyat akan menyertai parti ini bersama,”katanya ketika ditemui pada sambutan ulang tahun isterinya ke 90, di sini hari ini.

“Keistimewaan dan kekuatan parti akan diterangkan nanti,” katanya yang menyambut baik penerimaan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap parti tersebut.

Ditanya mengenai penubuhan parti baharu sebagai ‘parti orang kecewa’, Mahathir berkata: “Mereka boleh cakap apa sahaja. Mereka boleh cakap saya nyanyuk. Itu hak mereka, tidak mengapa,”katanya.-Sinar

Rosak otak: 50 ahli gusti saman WWE

CONNECTICUT – AMERIKA SYARIKAT. Lebih 50 bekas ahli gusti menfailkan saman terhadap World Wrestling Entertainment (WWE) kerana dakwaan mengalami kerosakan otak dan beberapa penyakit kronik.

Laporan CNN menyebut ahli gusti mengalami kecederaan akibat trauma di bahagian kepala secara rutin sepanjang karier mereka bersama WWE.

Selain itu, WWE dituduh tidak menjaga kebajikan ahli gusti dengan menyediakan rawatan dan tidak memberikan sebarang pilihan kepada mangsa yang cedera secara mental dan fizikal.

Antara bekas ahli gusti yang menyaman WWE adalah Paul Orndorff, Jimmy Snuka dan Joseph Laurinaitis.

Jimmy yang pernah dihadapkan ke mahkamah akibat tuduhan membunuh bekas teman wanitanya pada 1983 telah disahkan sakit mental.

Jimmy juga disahkan mengalami dementia dan kerosakan otak akibat aktiviti gusti.

Sementara itu, WWE menyelar tindakan saman tersebut dan menuduh tindakan saman tersebut hanya untuk merosakkan nama baik WWE.

WWE sebelum ini pernah disaman namun hakim mendapati saman tersebut tidak berasas terhadap organisasi tersebut.-Sinar

Bahagia dicium dua isteri? Ketua Pemuda Umno dedah suram poligami

[IMG][/IMG]

KUALA LUMPUR, 18 Jul — Kebahagiaan yang terpancar di wajah ketua Pemuda Umno Indera Mahkota dicium dua isterinya di pagi Syawal tidak datang bergolek.

Fotonya itu mendapat perhatian media, termasuk di Indonesia, dan pengguna Internet. Namun kebahagiaan yang terpancar itu bermula dengan kesuraman.

Muhammad Faiz Hashim mengakui beliau mengambil masa bagi mendamaikan isteri pertama Norfadhilah Syed Mohd Idris, 35, bersama madunya Nik Noor Syuhada Kamarudin, 30.

“Saya beri masa kepada diri saya untuk mereka bertemu dalam tempoh setahun. Sebab jika perkahwinan kedua itu bermula dengan pemberontakan dan salah faham, ia akan berlarutan.

“Kita perlu mencari ruang bagaimana untuk menghubungkan antara nombor satu dan dua ini.

“Mungkin telefon atau mesej. Bila ada komunikasi yang baik, barulah kita aturkan pertemuan melalui meja makan keluarga,” katanya ketika dihubungi ProjekMMO semalam.

Kisah Faiz mendapat perhatian meluas selepas gambarnya dicium serentak oleh Norfadhilah dan Syuhada hangat diperkatakan di media sosial.

Gambar berkenaan dimuat naik Faiz di Facebook miliknya minggu lalu ketika sambutan satu Syawal dan juga ulang tahun perkahwinan pertamanya yang ke-15.

Faiz, 35, berkata perkahwinan keduanya tidak dirahsiakan daripada Norfadhilah, malah isteri pertama itu juga “redha” apabila terpaksa dimadukan.

Tambahnya, Norfadhilah sempurna di matanya namun atas dasar kemampuan, dalam “kalau sudah jodoh”, membuatkannya menikahi Syuhada.

“Hati wanita mana yang tidak terguris. Mungkin (Norfadhilah) berasa saya mengkhianatinya, seolah-olah dia tidak sempurna sehingga saya sanggup mencari yang kedua.

“Bagi suami pula, itu bukan faktor yang sebenar. Isteri sudah cukup sempurna dan terbaik tetapi apabila Tuhan memberikan kita rezeki yang lebih, rasanya tidak salah kita menerimanya.

“Ini bukan dirancang dan saya tidak pernah terfikir ke arah ini tetapi apabila jodoh datang, kita sambut dalam keadaan baik dan redha,” katanya.

Bapa kepada lapan anak ini, termasuk lima daripada perkahwinan pertama, berkata kejayaan amalan berpoligami hasil tolak ansur antara isteri-isteri.

Katanya, suami juga harus memainkan peranan yang berkesan dengan menunjukkan sifat tanggungjawab dan berlaku adil kepada isteri-isteri.

“Seorang suami yang bijak perlu memberikan sedikit masa. Sebagai suami, buktikan kita bertanggungjawab dan tidak akan membezakan kasih sayang.

“Isteri pertama perlu redha dan isteri kedua perlu bertolak ansur sebab sudah mengambil suami orang.

“Kita minta mereka bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan yang membalas balik supaya tidak berlaku ketegangan,” katanya.

Hidup gadis 19 tahun hanya dalam besen



Rahma Haruna.

KANO – NIGERIA. Rahma Haruna merupakan seorang gadis yang periang, bijak dan bercita-cita membuka sebuah kedai di kawasan tempat tinggalnya.

Namun realitinya gadis berumur 19 tahun berkenaan terseksa akibat penyakit misteri yang menyebabkan anggota badannya tidak membesar secara normal.

Rahma lahir sihat seperti bayi lain namun tumbesarannya terhenti secara tiba-tiba.

Akibat keadaan tersebut, Rahma menghabiskan masanya di dalam sebuah besen dan terpaksa diletakkan di atas kerusi roda untuk bergerak.

Ibu Rahma, Fadi mengatakan penyakit pelik Rahma bermula selepas Rahma belajar untuk duduk ketika kecil.

“Anak saya gagal belajar untuk merangkak selepas itu. Dia mula mengalami sakit perut dan demam,” kata Fadi.

Walaupun Rahma sukar untuk bergerak sendiri, beliau selalu dibawa melawat saudara-mara dan jiran tetangga.

“Rahma gembira bila berjumpa dan berbual dengan orang lain,” kata adik Rahma, Fahad.

Sementara itu, doktor gagal mengenal pasti punca penyakit misteri Rahma dan sesetengah pihak mendakwa Rahma terkena buatan Jin.

http://ift.tt/29WX5Ev

Jangan simpan bukti – KJ

“KALAU ada bukti yang ada hubung kait dengan aktiviti ‘gelap’ dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) elok dedahkan, tak perlu simpan. Langkah terbaik ialah untuk menyerahkannya kepada pihak yang bertanggungjawab agar siasatan boleh dijalankan,”

Demikian tegas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) berhubung isu ‘pendrive’ (pemacu pena) yang mengandungi bukti penyelewengan dalam FAM seperti yang didedahkan oleh pemilik Johor Darul Takzim (Johor DT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Menurut Khairy, jika benar seperti apa yang didedahkan oleh Tunku Ismail itu, pemacu pena tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak bertanggungjawab dan bukannya disimpan.

Jelas Khairy, Tunku Ismail tidak boleh melindungi atau menyimpan mana-mana bukti sekiranya dakwaan baginda itu berasas yang melibatkan amalan rasuah 30 tahun serta sikap salah laku pegawai-pegawai tertinggi di dalam FAM.

“Kalau ada apa-apa dakwaan, terutamannya dakwaan yang berkaitan penyelewengan atau pun rasuah, ia perlu dikemukakan kepada pihak yang bertanggungjawab.

“Kalau ada bukti jenayah, kita tidak melindungi atau tidak boleh simpan bukti tersebut. Kita kena kemukakannya.

“Walau apa pun dakwaan, biarlah pihak yang bertanggungjawab siasat dulu. Saya tidak mahu buat apa-apa andaian. Kalau sekiranya ada maklumat yang sahih, saya harap sesiapa pun akan serahkan maklumat itu kepada pihak yang bertanggungjawab,” kata Khairy kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Perdana Fellows Structured Bootcamp 2016 di Putrajaya, semalam.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Tunku Ismail mendedahkan bahawa baginda memiliki ‘pendrive’ yang mengandungi ‘aktiviti gelap’ di dalam FAM yang mana ia mempunyai maklumat berkenaan ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia.

Bagaimanapun, Tunku Ismail hanya mendedahkan dua daripada 279 halaman maklumat dalam pemacu pena tersebut kerana baginda tidak mahu menganiaya sesetengah individu.

Baginda juga mahu menyimpan sebahagian daripadanya terlebih dulu kerana ia mempunyai nama yang mampu memberi implikasi besar ke atas individu tertentu.

Bagaimanapun, FAM menafikan dakwaan tersebut yang dianggap sebagai tidak berasas.

http://ift.tt/29WW2V2

Nelayan China dakwa dapat tangkap ikan ganas dari era dinosaur

IKAN misteri yang didakwa berasal dari era dinosaur.

Wuhan: Dua nelayan di tengah China terkejut selepas menangkap seekor ikan misteri yang ganas.

Ikan misteri itu yang ditangkap di Wuhan di wilayah Hubei Sabtu lalu berukuran lebih dua meter dan berat 110 kilogram.

Gambar ikan sungai itu dikongsi secara meluas di media sosial di China sementara beberapa media mendakwa spesies itu mungkin berasal dari era dinosaur.

Menurut laporan, ikan itu ditangkap oleh dua nelayan berkenaan di bahagian Sungai Yangtze.

Seorang pakar marin China memberitahu, ikan itu mungkin kacukan ikan Kaluga dan satu speseis yang tidak dapat dikenalpasti.

Menurut pakar itu, ikan yang ditangkap di Wuhan itu mungkin dilepaskan di kawasan berkenaan oleh seseorang yang membelinya.

Kaluga yang hidup di Teluk Heilongjian di timur laut China dipercayai wujud sekitar 130 juta tahun lalu dan antara ikan air tawar terbesar di dunia.

Berat seekor ikan Kaluga dewasa selalunya mencecah lebih 500 kilogram. – Agensi

http://ift.tt/29WWYJ1

Pemain Pokemon diberi amaran periuk api

SARAJEVO – BOSNIA HERZEGOVINA. Pemain aplikasi popular Pokemon GO dinasihatkan supaya berhati-hati dengan periuk api yang tersembunyi di kawasan-kawasan berisiko.

Laporan BBC menyebut badan NGO, Posavina Bez Mina mengeluarkan amaran tersebut selepas dimaklumkan terdapat pemain yang memasuki kawasan berisiko tinggi.

“Kami menerima maklumat terdapat pemain Pokemon GO di Bosnia memasuki kawasan mengandungi periuk api untuk mencari Pokemon,” kata Posavina Bez Mina di Facebook.

Dianggarkan lebih 120,000 periuk api masih belum dimusnahkan dan tersembunyi di Bosnia-Herzegovina.

Hampir 600 kematian disebabkan periuk api direkodkan selepas perang di Bosnia tamat pada 1995.

Awal minggu ini, dua remaja di Amerika Syarikat ditembak kerana menceroboh kediaman dan disalah anggap sebagai pencuri.-Sinar

DAP suka main ‘talak politik’

SHAH ALAM – Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang enggan membubarkan Dun selepas dikaitkan dengan dua pertuduhan rasuah sebelum ini seolah-olah seperti tidak menghargai mandat yang diberikan rakyat pada Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) kepada kerajaan pimpinannya.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, keadaan ini memberikan tanggapan bahawa DAP selaku ketua kerajaan di negeri tersebut dengan sewenang-wenangnya boleh bermain tentang soal mandat dan pilihan raya.

“Dalam politik, mandat boleh diibaratkan sebagai ikrar atau akad perkahwinan, dan ancaman untuk membubarkan mandat yang diperolehi boleh diibaratkan sebagai “talak”.

“DAP ini parti yang suka bermain dengan ‘talak politik’, sudahlah Pas ditalakkan, kini seolah-olah DAP seperti mempermainkan talak dengan rakyat,”katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Sebelum ini, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap dua pertuduhan rasuah berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo di bawah nilai pasaran.

Menurut Md Shukri, DAP dilihat mahu mempermainkan rakyat di negeri itu dengan menggunakan isu pembubaran Dun sebagai senjata bagi kes peribadi yang berkaitan sabitan mahkamah.

“Sepatutnya, Guan Eng yang kini memasuki penggal kedua sebagai Ketua Menteri harus matang dan jangan menggunakan status sebagai pemenang majoriti di Dun sebagai satu kelebihan untuk mengancam kedudukan undang-undang serta menggunakan pilihan raya dengan jalan yang salah dan tidak beretika,”katanya.

Dalam pada itu, Md Shukri memaklumkan bahawa langkah terbaik bagi Guan Eng pada masa ini adalah dengan melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri dan Adun bagi memberi laluan kepada pemimpin DAP lain untuk menerajui negeri berkenaan.

Beliau berkata, PKR juga berkemungkinan boleh mengisi kedudukan Guan Eng dan calon yang sesuai untuk diangkat sebagai Ketua Menteri bagi mewakili masyarakat India adalah Ketua Menteri Pulau Pinang II, Prof Dr P.Ramasamy.

“Biarlah DAP mencatatkan sejarah baharu politik negara dengan melantik seorang Ketua Menteri dari kelompok masyarakat India.

“Guan Eng seolah-olah seperti cuba untuk mempermainkan dan mewujudkan kebimbangan awam dan ini tidak bagus bagi pembangunan negeri,” katanya. -Sinar

Ahli Perniagaan Bergelar ‘Datuk’ Meninggal Dunia Selepas Rumah Dipecah Masuk

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan jual beli hartanah bergelar Datuk meninggal dunia akibat terkejut selepas kediamannya dipecah masuk tiga lelaki di Bukit Pantai, Bangsar, di sini, Isnin.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 malam itu, Datuk Abdul Haleem Shah Salamat Shah, 72, dan isterinya yang baru tiba di rumah mereka terdengar bunyi bising dari arah dalam rumah.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Sharul Othman Mansor berkata Abdul Haleem Shah yang panik menjerit meminta bantuan daripada orang ramai menyebabkan ketiga-tiga lelaki itu terus melarikan diri melalui bahagian belakang rumah.

“Sebaik sahaja tiga lelaki itu melarikan diri, mangsa segera masuk ke bilik tidur utama untuk membuat pemeriksaan namun secara tiba-tiba beliau mengalami sesak nafas dan rebah di biliknya,” katanya kepada Bernama.

Sharul Othman berkata pasukan perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya kemudian datang ke rumah mangsa untuk pemeriksaan dan disahkan meninggal dunia pada 10 malam tadi.

“Hasil pemeriksaan di rumah mangsa mendapati terdapat lima kamera litar tertutup (CCTV) di kediaman berkenaan namun ‘decoder’ CCTV yang terletak di dalam bilik tidur utama telah dilarikan suspek bagi mengelak mereka dikesan pihak berkuasa,” katanya.

Katanya suspek melarikan dua bentuk cincin berlian, seutas jam tangan jenama Rolex dan wang tunai mata wang asing yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM60,000.

Sharul Othman berkata suspek dipercayai membakar wayar elektrik sistem penggera rumah dan masuk ke dalam rumah mangsa melalui tingkap di ruang dapur.

Peruntukan Untuk Khairul Idham Telah Diluluskan – Khairy

[IMG][/IMG]

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan telah meluluskan peruntukan permulaan sebanyak RM100,000 bagi membantu karier pelumba Moto3 negara Khairul Idham Pawi, kata Menterinya Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata peruntukan yang diluluskan bulan lepas itu bagaimanapun tidak dapat diserahkan kepada Khairul Idham selepas pelumba berusia 17 tahun itu gagal memberikan nombor akaun miliknya serta beberapa dokumen yang diperlukan.

“Saya mempunyai salinan surat daripada Jabatan Belia dan Sukan Negara bertarikh 24 Jun 2016 yang dihantar kepada Khairul Idham berkenaan kelulusan peruntukan RM100,000 seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Dalam surat itu kita meminta beberapa maklumat peribadi termasuk akaun bank atas nama Khairul Idham tetapi diberikan akaun bank atas nama bapanya, Pawi Omar dan dokumen yang diserahkan juga tidak lengkap seperti diminta,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Perdana Fellows Structured BootCamp 2016 di sini Rabu.

Beliau mengulas mengenai keluhan Pawi, 52, Isnin lepas yang terkilan tiada pihak membantu pembangunan karier pemenang Moto3 Grand Prix Jerman seperti membiayai kos pegawai pengiring untuk Khairul Idham.

Menurut laporan akhbar, Pawi mendakwa sehingga kini, mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri bagi melancarkan karier anaknya termasuk membiayai pegawai pengiring.

Mengulas lanjut, Khairy berkata kementerian tidak boleh menyerahkan peruntukan tersebut begitu sahaja kerana selain memerlukan dokumen yang lengkap wang tersebut diluluskan atas nama Khairul Idham, bukan bapanya.

Selain mahu semua pihak menyampaikan maklumat yang benar, Khairy juga memaklumkan beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan untuk meluluskan RM100,000 lagi kepada pelumba pasukan Honda Team Asia itu sebagai tambahan kepada peruntukan yang diluluskan sebelum ini.

Mengenai tujuan peruntukan, katanya ia diluluskan atas nama pembangunan karier Khairul Idham dan terpulang kepadanya bagaimana untuk menggunakan wang tersebut sama ada untuk latihan, peralatan atau membayar pegawai pengiring seperti yang diminta.

Dalam perkembangan lain, Khairy berkata beliau sedang menunggu perkenan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menghadap bagi membincangkan dakwaan penyelewengan yang dikatakan berlaku dalam persatuan itu seperti dinyatakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Katanya beliau mungkin akan memutuskan sesuatu selepas pertemuan yang dijangka minggu depan itu bagi penyelesaian kepada kemelut antara TMJ dan FAM yang berlarutan sekian lama.

Berhubung dakwaan Tunku Ismail bahawa baginda mempunyai bukti penyelewengan yang berlaku dalam FAM, Khairy berkata jika benar, maklumat itu seharusnya dikemukakan kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan lanjut.

Semalam, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan kesediaan untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan kegiatan rasuah dalam FAM dan meminta Tunku Ismail menyerahkan maklumat berhubung dakwaan yang dibuat.

Attached Images
Khairul Idham Pawi.jpg (39.5 KB)

Tak solat lebih serius daripada isu dadah

Majlis Dakwah Negara (MDN) digesa memandang serius terhadap kelekaan sebahagian besar umat Islam dalam menjalani tanggungjawab menunaikan solat fardu.

Pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah berkata, kejayaan resolusi tidak akan dicapai sekiranya tuntutan asas agama itu tidak dapat diselesaikan.

“Banyak kajian telah melaporkan antara 70 hingga 80 peratus orang Islam yang sudah akil baligh di negara ini tidak solat lima waktu.

“Dalam mana-mana resolusi, kita harus ingat bahawa, bila kita rapatkan hubungan dengan ALLAH, maka ALLAH akan merapatkan hati manusia,” katanya ketika menyampaikan usul di Perhimpunan Agamawan Kebangsaan, di Hotel Bangi-Putrajaya Bandar Baru, di sini, hari ini.

Perhimpunan anjuran bersama MDN, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Persatuan Ulama Malaysia dan Majlis Alumni Pengajian Islam Kebangsaan Malaysia itu dihadiri kira-kira 300 peserta.

Katanya, MDN harus menubuhkan satu gerak kerja yang lebih serius dalam menangani perkara tersebut sebelum menyentuh perihal lain.

“Hal ini lebih serius daripada isu dadah. Kalau masalah asas ini pun belum selesai, jangan cakap mengenai perpaduan sebab kita masih kurang ajar dengan ALLAH,”
katanya.

Sumber: http://ift.tt/2aapgAI

Pengodam dari China kena penjara 4 tahun kerana godam Boeing

[Google translate]

Seorang warga China dijatuhi hukuman pada Rabu lepas di Los Angeles untuk tempoh tahanan hampir empat tahun penjara kerana terlibat dalam plot yang melibatkan pecurian maklumat ketenteraan yang sensitif dari kontraktor pertahanan AS.

Hakim Daerah Christina A. Snyder menghukum Su Bin selama 46 bulan penjara dan memerintahkan beliau membayar denda USD10,000. Di bawah perjanjian rayuan yang ditandatangani awal tahun ini, Su, 51, menghadapi hukuman sehingga lima tahun penjara.

Su Bin ditangkap di Kanada pada tahun 2014 dan mengaku bersalah pada bulan Mac dalam satu tuduhan berkonspirasi untuk mendapatkan akses yang tidak dibenarkan kepada komputer yang dilindungi dan melanggar Akta Senjata Kawalan Eksport dengan mengeksport barang pertahanan dalam Senarai Senjata Amerika terkandung dalam Trafik Antarabangsa dalam Peraturan-Peraturan Senjata Api, kata Jabatan Kehakiman pada hari ini.

Pendakwa berkata Su mengaku mengambil bahagian dalam plot yang melibatkan penggodaman warga asing ke atas sistem komputer kontraktor pertahanan Amerika, termasuk Boeing, untuk mencuri fail mengenai teknologi rahsia ketenteraan.

Dari 2008 hingga 2014, Su Bin berkomunikasi dengan penggodam di China dan memberitahu mereka individu dan entiti mana mereka harus cuba untuk menyusup dan godam. Bersama-sama, ketiga-tiga mereka bekerja untuk menembusi sasaran mereka dan mencuri maklumat untuk tujuan penjualan ke China untuk keuntungan kewangan.

Sumber: http://ift.tt/2aapDvc

Telan racun tikus, kelar leher, tangan

Quote:

Subang Jaya: Seorang ahli perniagaan lelaki berusia 43 tahun ditemui mati berlumuran darah dipercayai membunuh diri di dalam bilik sebuah hotel di USJ1, Isnin lalu

Kejadian disedari selepas mangsa gagal mendaftar keluar memaksa pekerja hotel itu memecahkan pintu sebelum melihat kesan darah di atas tilam dan lantai bilik berkenaan

Pekerja hotel kemudiannya menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tab mandi bilik hotel berkenaan sebelum menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan

Difahamkan, mangsa menginap di hotel berkenaan sehari sebelumnya dan mangsa juga ada meninggalkan nota sebelum membunuh diri

Menurut sumber polis, mangsa dipercayai menelan pil aspirin dan racun tikus sebelum mengelar leher dan pergelangan tangannya


1MDB: Jabatan Kehakiman AS mohon rampas aset, sahkan RM14.16 bilion diseleweng


LOS ANGELES, Khamis – Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman memohon untuk merampas beberapa harta yang berkaitan dengan syarikat pelaburan Malaysia bermasalah, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), semalam.

Saman yang difailkan di mahkamah di sini turut menyatakan lebih AS$3.5 bilion (RM14.16 bilion) dana 1MDB telah disalahgunakan.

Jabatan itu memohon untuk menyita aset yang ‘terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa bagi mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB’.

Saman itu menyatakan salah laku yang dikatakan dilakukan dalam tempoh lebih empat tahun dan membabitkan pelbagai individu, termasuk pegawai kerajaan Malaysia dan rakan sekutu, yang berkonspirasi untuk menipu dengan melencongkan berbilion dolar daripada 1MDB.

Bagaimanapun, Jabatan Kehakiman AS tidak menamakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di dalam saman itu.

Sebaliknya, menamakan anak tiri Najib iaitu Riza Aziz sebagai ‘individu yang berkaitan’ di dalam kes itu.

Mereka turut menamakan ahli perniagaan Malaysia, Low Taek Jho (Jho Low) dan pegawai kerajaan Abu Dhabi, Khadem al-Qubaisi serta Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny.

Saman itu menyatakan dana yang disalahguna daripada 1MDB dipindahkan kepada pengasas bersama Petrosaudi – syarikat yang mengadakan usahasama dengan 1MDB – dan selepas itu kepada pegawai atasan kerajaan Malaysia yang dinamakan sebagai ‘Malaysian Official One’.

Aset yang akan disita termasuk penthouses, mansion, lukisan dan jet peribadi.

“Penyelewengan itu berlaku dalam beberapa fasa sepanjang beberapa tahun,” kata Jabatan Kehakiman AS. – Agensi

Ahmad Said Dilantik Timbalan EXCO Terengganu

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman membuat kejutan apabila menyenaraikan bekas menteri besar, Datuk Seri Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam perubahan portfolio membabitkan enam EXCO Kerajaan negeri, semalam.

Pelantikan itu dilihat seperti usaha membawa kembali Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kijal hampir dengan jentera eksekutif negeri selepas tiada sebarang jawatan sejak digugurkan sebagai Menteri Besar pada Mei 2014.

Ahmad yang juga Ketua UMNO bahagian Kemaman ketika dihubungi enggan mengulas mengenai pelantikan itu.

Berdasarkan pekeliling perubahan portfolio dikeluarkan Pejabat Menteri Besar petang semalam, Ahmad dilantik sebagai timbalan kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafie yang kini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mendahului senarai pertukaran portfolio yang akan berkuat kuasa Ogos ini ialah Ahmad Razif sendiri yang kini memegang jawatan Perancang, Kewangan & Pelaburan, Tanah, Petroleum, Sumber Asli, Pelancongan dan Kebudayaan negeri.

Berdasarkan pekeliling pertukaran portfolio EXCO Kerajaan Negeri, Ahmad Razif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perancang, Kewangan & Pelaburan, Tanah, Petroleum dan Sumber Asli.

Bagaimanapun, tiga EXCO kerajaan negeri iaitu ADUN Kuala Berang, Datuk Tengku Putera Awang; ADUN Telemong, Datuk Rozi Mamat dan ADUN Kemasik, Ir Rosli Othman tidak terbabit dalam pertukaran portfolio itu.

Tengku Putera masih kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan negeri, Rozi kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia manakala Ir Rosli sebagai Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.

ADUN Permaisuri, Datuk Mohd Jidin Shafie yang sebelum ini Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala ADUN Jertih, Datuk Muhammad Pehimi Yusof yang sebelum ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri Asas Tani, Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Turut terbabit dengan pertukaran portfolio itu ialah ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad apabila dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan, manakala ADUN Bukit Besi, Roslee Daud dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

ADUN Pengkalan Berangan yang juga Ketua UMNO Bahagian Marang, A Latiff Awang pula dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan, manakala ADUN Ajil, Ghazali Taib dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas.

Sementara itu, Mohd Jidin yang juga Ketua UMNO Bahagian Permaisuri yang akur dengan rombakan pertukaran portfolio itu berkata, pertukaran portfolio Exco adalah kuasa Menteri Besar.

“Sebagai pemimpin yang diberi amanah, kita akan laksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab,” katanya. – BH

Piala Malaysia: Kelantan Bangkit Sekat Hajat Selangor

Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor, dinafikan hajat mereka untuk memburu kemenangan kedua berturut-turut dalam kempen Piala Malaysia musim ini apabila diikat Kelantan 3-3 di Stadium Shah Alam, malam ini.

Dikerah dengan penuh bersemangat oleh jurulatih, Velizar Popov, dari garisan tepi padang, Kelantan memanfaatkan serangan terakhir pada saat-saat penghujung masa kecederaan untuk Abdul Manaf Mamat menyumbat gol penyamaan pasukan pelawat.

Selangor membuka tirai jaringan pada minit ke-29 menerusi Mauro Olivi yang bijak bertindak ke atas situasi kelam-kabut yang berlaku di hadapan pintu gol Kelantan.

Berselang 10 minit, giliran Patrick Ronaldhino pula untuk mencatat nama selaku penjaring buat Gergasi Merah Kuning selepas berjaya melonjak tinggi bagi menanduk masuk hantaran Raimi Md Nor dengan mengatasi Norhafiz Zamani Misbah untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Peluang untuk Kelantan merapatkan jurang hadir pada hujung babak pertama selepas mendapat sepakan percuma di dalam kotak penalti dan Wander Luiz menyempurnakan peluang itu untuk menutup aksi babak pertama dengan kedudukan 2-1.

Bersambung dalam babak kedua, Ronaldhino sekali lagi memastikan Selangor terus melebarkan jurang jaringan apabila meledak gol ketiga pada minit ke-49.

Hajat Ronaldhino untuk melengkapkan hatrik tidak kesampaian, malah dia dihukum dengan kad kuning kerana didakwa sengaja merebahkan badan untuk cuba mendapatkan sepakan penalti.

Kemasukan Wan Zack Haikal Wan Noor pada babak kedua nyata memberi kesan besar kepada corak permainan anak buah Popov. Wan Zack menggegar gawang tuan rumah hasil gerakan solonya di sebelah kiri sebelum melepaskan rembatan melangkaui Norazlan Razali.

Tatkala Selangor menghitung detik untuk meraikan kemenangan kedua mereka, Abdul Manaf Mamat memusnahkan impian skuad Merah Kuning apabila menggunakan tempoh tujuh minit masa kecederaan untuk mengikat kedudukan perlawanan.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, pasukan yang sedang bergelut, Terengganu, mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi gol tunggal Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-49 untuk memastikan Sang Penyu meraih kemenangan pertama mereka dalam kempen Piala Malaysia musim ini. – StadiumAstro

50 ahli gusti saman WWE dakwa alami kerosakan otak


Joe Laurinaitis

CONNECTICUT – AMERIKA SYARIKAT. Lebih 50 bekas ahli gusti menfailkan saman terhadap World Wrestling Entertainment (WWE) kerana dakwaan mengalami kerosakan otak dan beberapa penyakit kronik.

Laporan CNN menyebut ahli gusti mengalami kecederaan akibat trauma di bahagian kepala secara rutin sepanjang karier mereka bersama WWE.

Selain itu, WWE dituduh tidak menjaga kebajikan ahli gusti dengan menyediakan rawatan dan tidak memberikan sebarang pilihan kepada mangsa yang cedera secara mental dan fizikal.

Antara bekas ahli gusti yang menyaman WWE adalah Paul Orndorff, Jimmy Snuka dan Joseph Laurinaitis.

Jimmy yang pernah dihadapkan ke mahkamah akibat tuduhan membunuh bekas teman wanitanya pada 1983 telah disahkan sakit mental.

Jimmy juga disahkan mengalami dementia dan kerosakan otak akibat aktiviti gusti.

Sementara itu, WWE menyelar tindakan saman tersebut dan menuduh tindakan saman tersebut hanya untuk merosakkan nama baik WWE.

WWE sebelum ini pernah disaman namun hakim mendapati saman tersebut tidak berasas terhadap organisasi tersebut.

http://ift.tt/2auMwHe

57 guna lorong kecemasan di Negari Sembilan akan didakwa

Quote:

Seremban: Sebanyak 57 pemandu yang menggunakan lorong kecemasan di lebuh raya di Negeri Sembilan sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri 2016, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban, bulan depan

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Rosilan Md Sari berkata, semua 57 pemandu itu disaman serta-merta di lokasi

“JPJ juga akan memanggil 47 lagi pemandu yang memandu di lorong kecemasan untuk soal siasat

“Mereka dikesan melakukan kesalahan itu oleh anggota JPJ yang menyamar dan mengambil gambar ketika kejadian,” katanya pada majlis rumah terbuka Aidilfitri JPJ Negeri Sembilan di sini, hari ini

Rosilan berkata pihaknya juga menerima lebih 60 aduan daripada orang awam mengenai kesalahan memandu di lorong kecemasan

Beliau berkata hanya aduan yang mempunyai maklumat lengkap iaitu berserta gambar, lokasi kejadian dan masa akan diperiksa manakala yang tidak lengkap, ditolak

Katanya selain kereta, lori kecil dan bas juga ada dikesan menyalahgunakan lorong kecemasan

Rosilan berkata, sepanjang Op Hari Raya Aidilfitri 2016, JPJ negeri mengeluarkan 122 saman bagi pelbagai kesalahan kepada 34 pemandu bas ekspres

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah merokok semasa memandu, menggunakan telefon bimbit, memandu di lorong kanan, menurunkan penumpang di tempat yang tak dibenarkan, tidak selenggara buku log dan tiada pemandu kedua,” katanya

Beliau berkata saman itu dikeluarkan oleh anggota JPJ yang menyamar sebagai penumpang dalam 43 bas ekspres


Terseksa bersin 8,000 kali sehari, 10 kali seminit

Quote:

London: Ira Saxena berusia sembilan tahun yang tinggal di Colchester, bersin 8,000 kali sehari sejak tiga minggu lalu, dan kini setiap seminit, dia akan bersin 10 kali

Ibunya, Priya Saxena, berkata doktor berasa pelik dengan keadaan anaknya itu dan buat masa ini, menganggap ia akibat selsema kerana alahan

Budak itu hanya tidak bersin ketika tidur namun sebagai terjaga, akan bersin tidak berhenti-henti menyebabkan dia tidak dapat ke sekolah

Ibunya sudah membawa Ira membuat pemeriksaan di hospital, pakar dan klinik persendirian namun tiada yang dapat mengatasi masalah anaknya

Menurutnya, sebelum ini anaknya tidak mempunyai sebarang alahan dan doktor memberi pelbagai ubat, termasuk semburan hidung dan steroids namun tidak berkesan

Dia kini mahu menggunakan kaedah homeopati bagi merawat Ira dan berharap dapat menemui penyelesaian masalah itu segera

Pada 2009, Lauren Johnson, 12, dari Virginia, Amerika Syarikat, juga bersin ribuan kali sehari dan doktor mendapati sistem imunisasi tubuhnya berhenti berfungsi akibat jangkitan tekak


Pemilik rumah kali pertama terus dapat akses pembiayaan – BNM

Quote:

KUALA LUMPUR: Pemilik rumah kali pertama terus mempunyai akses kepada pembiayaan, kata Bank Negara Malaysia (BNM)

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat berkata pinjaman perumahan terus berkembang pada paras dua angka, mencatat pertumbuhan sebanyak 10.6 peratus pada akhir Mei 2016

“Kira-kira 75 peratus daripada peminjam (kira-kira 1.5 juta) pinjaman perumahan adalah pembeli rumah kali pertama,” katanya

BNM mengulas artikel media yang meminta bank pusat mengkaji semula garis panduan pinjaman

Bank pusat itu menyatakan, akses kepada kredit bukan masalah yang dihadapi bakal pembeli untuk memiliki rumah mampu milik

“Terdapat isu yang lebih asas yang memerlukan resolusi seperti dari segi kemampuan dan kekurangan penawaran rumah yang berharga berpatutan

“Garis panduan pembiayaan oleh BNM akan memastikan individu meminjam mengikut kemampuan mereka untuk membayar balik pinjaman terbabit,” katanya

BNM berkata, ia meletakkan tanggungjawab ke atas bank untuk mewujudkan pendapatan peminjam yang akan disediakan untuk memenuhi pembayaran balik hutang, selepas mengambil kira perbelanjaan dan tanggungan luar jangka

“Ini untuk melindungi dan mengelak individu daripada menghadapi kesukaran dari segi kewangan kerana meminjam berlebihan, yang akhirnya menjejaskan pemilikan rumah disebabkan perampasan harta,” katanya

Bank pusat itu berkata, ia tidak menetapkan sebarang had pinjaman, berikutan keputusan pinjaman ditentukan oleh keputusan perniagaan bank, mencerminkan kesanggupannya untuk mengambil risiko dan strategi

“Sebagai peraturan am, semua pemohon yang memenuhi kriteria kredit dan mampu untuk membayar balik hutang akan mempunyai akses kepada kredit,” katanya

BNM berkata pihaknya, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit serta Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia terus bekerjasama dengan pihak berkuasa negeri untuk menambah baik proses meluluskan permohonan pemohon bagi rumah mampu milik untuk memastikan mereka juga layak untuk pembiayaan bank

“Ini termasuk membantu individu mengenal pasti langkah yang boleh diambil untuk meningkatkan kelayakan mereka untuk pembiayaan,” katanya


Didakwa ganggu suami orang, ibu tunggal dilumur cili pada alat sulit

Wanita yang diculik sebelum dicederakan, termasuk dilumur kemaluan dengan cili api.

Setiu: Ibu tunggal cedera selepas kemaluannya dilumur dengan cili api dan dipukul menggunakan hos getah oleh empat individu yang melarikannya di Kampung Gong Tengah, di sini, pada Ahad lalu.

Siti Rohmoh Abdullah, 52, didakwa dilarikan oleh jiran sekampungnya yang mendakwa mangsa menjalinkan hubungan sulit dengan suami wanita terbabit.

Mangsa dikatakan ditendang sebelum ditarik ke dalam kenderaan jirannya itu yang ke rumahnya kira-kira 9 malam.

Turut ada di dalam kenderaan berkenaan dipercayai dua anak lelaki dan seorang menantu perempuan jirannya itu sebelum meninggalkan mangsa di Kampung Banggol kira-kira 25 kilometer dari rumahnya.

Berikutan itu, mangsa membuat laporan polis dan menerima rawatan di Hospital Besut sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar berkata, pihaknya yang menjalankan siasatan menahan tiga suspek semalam dan seorang lagi yang berusia antara 25 hingga 52 tahun pada hari ini untuk tindakan selanjutnya.

http://ift.tt/29Ts8Uw