Tuesday, July 19, 2016

2 lelaki didenda RM25 kerana bergaduh

KUALA LUMPUR – Gara-gara bergaduh di tempat awam, dua lelaki masing-masing didenda RM25 atau tiga hari penjara oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohd Faizal Ismail menjatuhkan hukuman denda itu terhadap pemandu lori, S. Guru Nat, 25, dan buruh binaan, Norhazly Sazali, 29, selepas mereka mengaku bersalah berkelakuan tidak senonoh di tempat awam iaitu bergaduh sesama sendiri dengan tujuan mengganggu kententeraman awam.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Wisma Malik Stream, Jalan Silang, di sini, pada 5.05 petang, semalam.

Pertuduhan mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil, Ordinan No. 3/55 Pindaan Akta 336/87 yang boleh didenda maksimum RM25 atau penjara tidak melebihi 14 hari dan bagi kesalahan kedua dan seterusnya boleh didenda maksimum RM100 atau penjara tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dikenakan hukuman denda manakala Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Farith Muhd Faizal memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal berbentuk pengajaran. – Bernama

http://ift.tt/2aqbaZO